Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.ling.gua.lis.me] | بيليڠݢواليسمى

Definisi : 1. pemakaian dua bahasa oleh seseorang atau sesebuah masyarakat, kedwibahasaan; 2. kefasihan bertutur dlm dua bahasa, kedwibahasaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.ling.gua.lis.me] | بيليڠݢواليسمى

Definisi : 1 pemakaian atau penggunaan dua bahasa oleh seseorang atau sesebuah masyarakat. 2 kefasihan bertutur dlm dua bahasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bilingualisme


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
assalamualaikum.. saya ingin bertanya mengenai beza biblingualisme dengan diglosia dan apakah domain-domain kedwibahasaan

Saudara Nursyazwani,

Perkataan bilingualisme bermaksud 1. pemakaian dua bahasa oleh seseorang atau sesebuah masyarakat, kedwibahasaan; 2. kefasihan bertutur dlm dua bahasa, kedwibahasaan.

Perkataan diglosia bermaksud (Lin) kewujudan dua variasi bahasa dlm sesuatu bahasa mengikut situasi, yg satu lebih tinggi statusnya apabila berada dlm situasi formal berbanding dgn yg satu lagi dlm situasi tidak formal

Daripada makna yang dinyatakan jelas terdapat perbezaan antara kedua-dua perkataan ini. Bilingualisme adalah berkaitan dengan pemakaian dua bahasa manakala diglosia adalah berkaitan dengan kewujudan dua variasi bahasadalam sesuatu bahasa.

Untuk maklumat lanjut saudara bolehlah  merujuk buku atau membuat kajian  tentang perkara ini yang ada di perpustakaan di tempat saudara. 

Lain-lain03.09.2009
mksud perkataan billingualisme dan multilingualisme dengan lengkap dan padat..tq dbp..Bilingualisme bermaksud pemakaian dua bahasa oleh seseorang atau sesebuah masyarakat atau perkataan lain ialah kedwibahasaan, manakala multilingualisme bermaksud pelbagai bahasa, iaitu seseorang yang memahami pelbagai bahasa. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, sila rujuk buku-buku linguistik yang berkenaan atau kunjungi pusat bahasa di IPTA/IPTS.Makna23.11.2009

Kembali ke atas