BILLBOARD | PAPAN IKLAN | Istilah | 10.02.2011 |
Semakan untuk billboard lepas ke tidak ya? respond asap | Teks yang betul, "Lebih daripada 500 Rekaan Terbaru". Sila kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 15.02.2017 |
SALAM...ADALAK BILLBOARD SAYA BOLEH DIGUNAKAN? | Untuk pengesahan iklan dalam bahasa Melayu, puan hendaklah klik pada domain Khidmat Pengesahan Bahasa. Sila lampirkan iklan setelah pendafratan dibuat dan maklum balas diberikan melalui e-mel yang didaftarkan. | Tatabahasa | 17.12.2014 |
Sila tolong semakan perkataan tersebut untuk menghantar kepada Masjis Perbandaran Sepang supaya mendapatkan kelulusan untuk menukar printing papan billboard dekat IOI City Mall. | 1. Tuan/Puan, Jika hendak mendapatkan kelulusan bahasa daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), semua teks pada papan iklan luar (billboard) tersebut perlulah dalam bahasa Melayu atau jika hendak letak bahasa Inggeris, perlu buat dalam dwibahasa (bahasa Melayu di atas, bahasa Inggeris di bawah). 2. Berikan padanan versi bahasa Melayu bagi perkataan Picture Perfect 20MP Cameras. 3. Buang simbol @ 4. Kemudian, pihak tuan/puan perlu layari laman web dbpsahbahasa.my , daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual papan iklan luar (billboard) tuan/puan. Tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu. | Lain-lain | 30.07.2018 |
Hi, Saya sebelum ini pernah apply dan lulus untuk mendapatkan pengesahan untuk papan iklan kedai. Tetapi apabila saya ingin apply untuk mendapatkan pengesahan untuk billboard bangunan, saya tidak dapat jumpa / isi borang untuk permohonan ini. Di sini saya ingin bertanya, untuk permohonan pengesahan iklan billboard kedua di lokasi sama, adakah saya per pakai login yang sama atau perlu daftar lagi satu login baru ? Sebab apabila saya login menggunakan email sebelum ini yang telah berjaya/lulus untuk pengesahan pertama, di situ hanya menunjukkan data senarai permohonan lama. Saya tidak dapat jumpa borang untuk memohon untuk iklan billboard yang kedua / lain. Saya mengharapkan bantuan dari pihak tuan/puan. No tel : 013-9234418 email : samcc79@gmail.com Terima kasih di atas bantuan tuan/puan, | Mulai 1 Jun 2017, setiap pengesahan iklan baharu akan dikenakan bayaran. Permohonan iklan baharu perlu menggunakan sistem baharu iaitu http://dbpsahbahasa.my/ dan permohonan kemas kini atau pembetulan masih menggunakan sistem lama hingga 14 Jun 2017. | Lain-lain | 07.06.2017 |
Ini Untuk Iklan Billboard. | 1. Betulkan kepada PERSIDANGAN DAN PAMERAN MESIN, JENTERA, PERALATAN DAN BAHAN LOGAM 2. Betulkan kepada 25 - 28 APRIL 2018 Untuk pengesahan, sila daftar iklan melalui laman web dbpsahbahasa.my atau hadir ke Kaunter Pengesahan Iklan DBP di Aras Bawah Menara DBP KL atau Kaunter Pengesahan Iklan DBP Wilayah Selatan, DBP Wilayah Utara, DBP Wilayah Timur atau DBP Cawangan Sabah dan Sarawak. | Lain-lain | 23.01.2018 |
Pemeriksaan bahasa untuk Billboard | PUSAT JANTUNG DAN TAPAK TANGAN BERPELUH | Ejaan | 20.11.2013 |
Tuan, untuk iklan billboard, bolehkah saya meletakkan perkataan:- 1) Master 2) Bachelor 3) Diploma, tanpa saya menterjemahkannya ke dalam bahasa melayu? Adakah ia menjadi satu kesalahan? | Perkataan Master, Bachelor perlu diterjemahkan kepada Sarjana dan Sarjana Muda, manakala perkataan Diploma telah diterima dalam bahasa Melayu. | Lain-lain | 02.07.2012 |
Hi, Please approve the billboard visual. Thank You. File name: Kenanga 2.jpg | Sila kemukakan iklan melalui www.prpm.dbp.gov.my dan klik e-Perkhidmatan. Kemudian pilih Khidmat Pengesahan DBP. Sila daftar terlebih dahulu dan semak e-mel untuk mendapatkan Kod Pengaktifan. Salin Kod Pengakitifan dan masukkan di ruang yang disediakan dan klik 'Aktif'. Klik menu 'Permohonan' untuk menghantar permohonan. | Lain-lain | 11.10.2011 |
Hi, Please approve the billboard visual. Thank You. File name: Kenanga 1.jpg | Sila kemukakan iklan melalui laman web www.prpm.dbp.gov.my. Pilih menu e-Perkhidmatan dan pilih Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. | Lain-lain | 11.10.2011 |