Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. anak laki-laki kpd (digunakan pd nama orang): Ali ~ Abdullah; 2. bp nama bapa: sudah sahlah dia, namanya, ~nya dan tempat tinggalnya serupa betul; 3. bp utk menyatakan amat sangat (dipakai pd perkataan-perkataan yg sama ertinya): ganjil ~ ajaib; hairan ~ takjub;berbin bp memakai nama ayah (di belakang nama sendiri): nama Mat dgn tiada ~; berbinkan mempunyai (memakai) nama seseorang (ayah angkat dsb) sbg nama ayah: walaupun dia dipelihara oleh bapa angkatnya sejak kecil lagi, Ahmad masih ~ ayah kandungnya sendiri; membinkan memberikan atau membubuh nama bapa kpd anak lelaki: hukum ~ atau membintikan anak angkat kpd bapa angkat adalah haram di sisi Islam; ® ibnu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai), aring-aring, keremak jantan (hutan), urang-aring, Eclipta alba. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : anak lelaki kpd: Muhamad ~ Abdullah. berbin memakai nama ayah di belakang nama sendiri (bkn anak lelaki); dilengkapi kata bin dan diikuti nama ayah selepas nama sendiri: Salah satu nama peserta tidak ~. berbinkan memakai sesuatu nama di belakang nama sendiri sbg nama ayah (bkn anak lelaki): Ahmad ~ ayah kandungnya. membinkan memberikan nama bapa kpd nama anak lelaki: Disebabkan tidak diketahui ayah kandungnya, maka dia dibinkan Abdullah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bin


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
kata bin dalam nama. mana satu betul a) Ali bin Abu b) Ali Bin AbuYang betul ialah bin. Contohnya, Ali bin AhmadTatabahasa07.11.2008
Salam.. saya ingin kepastian.. perkataan BIN, BINTI, ANAK, ANAK LELAKI dalam suatu nama harus ditulis huruf besar atau kecil? Tq macam contoh Ali Bin Abu atau Ali bin AbuWaalaikumussalam, "bin/binti" ditulis dengan huruf kecil. Contoh yang betul ialah Ali bin AbuEjaan05.11.2019
Salam sejahtera Menulis nama untuk tulisan besar dan kecil, kenapa ada yang menulis "bin" dengan huruf kecil. Bukankah Bin juga sebahagian daripada nama. Contohnya Ali bin Zakaria. Seharusnya Ali Bin Zakaria. Mohon pencerahan. Terima kasihRangkai kata "bin" dan "binti" bukan merupakan kata nama khas dan cara penulisannya mestilah ditulis dengan menggunakan huruf kecil.Lain-lain20.12.2018
Cara penulisan nama yang betul? Mohd Hafiz bin Mohd Farid atau Mohd Hafiz Bin Mohd Farid? Penulisan bin@binti patut bermula dgn huruf besar atau huruf kecil? Maniam anak lelaki Ramesh penulisannya mcm mana pula? Terima kasih.Yang betul ialah Mohd Hafiz bin Mohd Farid dan Maniam a/l Ramesh.Lain-lain08.01.2015
Inginkan kepastian bagi pangkal perkataan "bin" dan "binti" pada nama orang, sama ada huruf besar (B) atau huruf kecil (b) . Terima kasihEjaan yang betul ialah bin, Ali bin Ahmad.Ejaan03.06.2015
Assalam, Saya keliru samada perkataan 'bin' iatu bagi maksud berbapakan, adakah huruf pangkal iaitu 'b' huruf kecil/besar? cth: Lt. Kol Ahmad Bin Abdullah Lt. Kol Ahmad bin Abdullah Terima kasih.Ejaan untuk 'bin' ialah huruf kecil. Ejaan untuk nama yang dikemukakan ialah Lt. Kol Ahmad bin Abdullah.Ejaan02.11.2011
Apa sapaan bagi Dr Polan Bin Polan, dan Ustaz Polan Bin Polan dalam penulisan laporan/minit? Terima kasih.Sapaan bagi Dr. dan Ustaz dalam penulisan minit mesyuarat ialah Dr diikuti dengan nama contohnya, Dr. Abdul Rahman bin Napiah dan Ustaz pula, contohnya Ustaz Abdullah bin Khairi atau Encik Abdullah bin Khairi.Lain-lain14.12.2017
Assalamualaikum. Yang mana satu betul? 1. DR. AHMAD BIN ALBAB atau 2. Dr. AHMAD BIN ALBABEjaan yang betul: DR. AHMAD BIN ALBAB atau Dr. Ahmad bin Albab.Ejaan27.09.2017
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang penggunaan 'bin' (huruf besar/kecil) di dalam sub tajuk. Contoh : Syeikh Muhammad Bin Abd Wahhab atau Syeikh Muhammad bin Abd Wahab? Sekian, terima kasih.Dalam konteks penggunaan seperti yang puan nyatakan perkataan ‘bin’ ejaan yang betul ialah Syeikh Muhammad bin Abd Wahab. Tokoh10.12.2014
Bagaimanakah cara yang betul bagi menulis tahun Islam? a. Qatadah bin Daamah Al-Sudusi (m. 117H) b. Qatadah bin Daamah Al-Sudusi (m.117H) C. Qatadah bin Daamah Al-Sudusi (M. 117 H) d. Qatadah bin Daamah Al-Sudusi (M.117H) Adakah m. itu adalah Masihi?Untuk makluman tuan,  maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Menurut Kamus Dewan, M merupakan kependekan kepada perkataan Masihi. Berdasarkan rujukan kami, tahun Islam ditulis seperti 1434H.Tatabahasa24.06.2013
12345678910...

Kembali ke atas