Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.na] | بينا

Definisi : bangunan: aku jumpa dia di atas ~ stesen; tapak ~ tapak bangunan; seni ~ a) seni atau ilmu merancang, mereka bentuk, dan membina bangunan; b) gaya sesuatu bangunan direka bentuk dan dibina, terutamanya pd zaman atau di tempat tertentu: seni ~ Islam; membina 1. membuat sehingga terdiri sesuatu (spt rumah, bangunan, jalan raya, dll), membangunkan, mendirikan: kerajaan ~ rumah murah utk golongan yg berpendapatan rendah; 2. membantu dlm proses menjadi besar: makanan yg ~ badan; 3. mengusahakan supaya lebih maju, membangunkan: ~ negara; 4. mewujudkan, membentuk: ~ satu masyarakat baru; ~ sikap baru; ~ rumah tangga yg bahagia; 5. mengembangkan: ~ plot cerita; 6. memajukan dan meninggikan mutu dan taraf serta memperkukuh kedudukan sesuatu (spt bahasa dll): ~ bahasa Melayu; 7. mendatangkan kebaikan, membawa manfaat, dapat memajukan (membaiki dsb) sesuatu: teguran yg ~;terbina 1. dibina, terbangun, terdiri: bangunan-bangunan tinggi yg ~ di bandar raya Kuala Lumpur; 2. terbentuk drpd beberapa unsur (bahan dll): bumi yg ~ drpd batu-batan dan logam yg keras; 3. ki (sudah) wujud: memupuk kasih sayang sehingga ~ istana cinta; binaan 1. benda yg dibina, bangunan, susunan; ~ jantung susunan (bentuk) jantung; 2. pembentukan; ~ nitrat pembentukan nitrat oleh kuman, penitratan; ~ tulang pembentukan tulang; pembinaan 1. perbuatan (kegiatan, usaha, dsb) membina (mendirikan, membangunkan): ~ jambatan; 2. pembangunan: ~ negara; 3. perihal membina (tubuh dsb): zat-zat yg membantu ~ tubuh; 4. perbuatan membina (bahasa): ~ bahasa; pembina orang (syarikat dll) yg membina (mendirikan, membangunkan, dsb) sesuatu: ~ bangunan; ~ negara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.na] | بينا

Definisi : ; membina 1 membuat sesuatu bangunan, spt rumah supaya tegak berdiri: Siapakah yg ~ masjid yg seindah ini? 2 mengusahakan supaya maju dan lebih baik; membaiki: Kita mesti bekerja keras utk menyusun dan ~ suatu masyarakat yg adil dan makmur. binaan sesuatu yg dibina; hasil drpd membina: Taj Mahal merupakan ~ yg terindah di dunia. pembinaan perbuatan atau hal membina; pembangunan: ~ masjid itu memakan masa lebih kurang dua tahun. pembina orang yg membina; pembangun: Siapakah ~ bangunan Taj Mahal yg masyhur itu? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bina


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Bina Badan Untuk Kesihatan" atau "Bina Badan Demi Kesihatan" atau "Membina Badan Untuk Kesihatan"?Kedua-dua adalah betul. Demi dan untuk adalah perkataan yang silih berganti. Salah sekiranya digunakan bersama. 'Bina Badan untuk Kesihatan'. 'Bina Badan demi Kesihatan'. Harap maklum.Tatabahasa22.07.2007
Bina ayat ' sate' membakar sate atau memanggang sate?Membakar bermaksud memanaskan atau memanggang sesuatu di atas api supaya masak, memanggang bermaksud memasak sesuatu di atas bara api dan sebagainya. Berdasarkan makna tersebut "membakar sate" dan "memanggang sate", kedua-duanya adalah betul tetapi lazimnya kita menggunakan frasa membakar sate.Tatabahasa16.06.2011
bina ayat menggunakan perkataan memperelokAni memperelok sanggulnya dengan menyelitkan sekuntum bunga mawar padanya.Tatabahasa20.06.2010
Bina ayat: merendahkan: Kehadiran pengemis-pengemis itu telah MERENDAHKAN imej negara. Adakah penggunaan MERENDAHKAN dalam ayat di atas betul? Terima kasih.Ayat di atas betul kerana perkataan merendahkan bermaksud memandang atau menganggap rendah sesuatu atau seseorang.Tatabahasa15.09.2009
bina ayat yang mengandungi sekurang-kurangnya 5 patah perkataan 1 insentif = 2 terangkat = 3 menghadiahi = 4 mengharapkan= 5 memangkas= 6 menebas= 7 tangkapan= 8 penangkapan=

Sdr Majidee,

Untuk makluman sdr, selain Kamus Dewan memberikan makna perkataan, Kamus Dewan juga turut menyediakan contoh ayat untuk menjelaskan makna sesuatu kata. Misalnya, kata intensif  yang bermaksud dgn giat dan sungguh-sungguh: pertanian dijalankan secara intensif. Oleh itu, sdr dicadangkan agar menggunakan Kamus Dewan untuk membantu sdr memahami makna kata, pembentukan kata dan membina ayat. Sdr juga boleh menggunakan kamus dalam talian dalam laman sesawang DBP.

Lain-lain22.05.2009
Bina ayat berikut "PUPUS" adalah betul atau salah, sila membalas. Terima Kasih. "Harta bendanya telah PUPUS dalam kebakaran"Perkataan yang sesuai bagi ayat tersebut ialah musnah walaupun pupus bermaksud musnah. Namun sinonim membawa peringkat untuk penggunaan perkataan dalam ayat.Tatabahasa22.08.2008
Apakah terjemahan yang paling tepat bagi "posing trunks", iaitu sejenis seluar yang dipakai oleh ahli bina badan semasa pertandingan bina badan?Dicadangkan padanan bahasa Melayu bagi istilah yang dikemukakan ialah seluar sukan bina badan.  Istilah26.04.2008
Bolehkah saya gunakan perkataan "bina" dalam ayat berikut: Cikgu ditugaskan "bina" soalan untuk darjah tiga. Bukakankah lebih baik: Cikgu ditugaskan "menyiapkan" soalan untuk darjah tiga. Harap dapat pandangan pihak tuan. Terima kasih.

Frasa yang betul ialah membina, bukan bina. Ayat yang betul ialah Guru/cikgu ditugaskan membina/menyediakan soalan untuk murid darjah tiga.  

Istilah19.01.2010
Tepatkah jika "workout" satu istilah dalam sukan bina badan yang berkaitan dengan latihan di gimnasium diterjemahkan sebagai "latihan bina badan"?Istilah "workout" bermaksud "senaman" atau "bersenam". Dalam latihan di gimnasium, diterjemahkan sebagai senaman bina badan.Istilah16.08.2007
MASALAH BINA AYATYANG GRAMATIS BERDASARKAN GAMBARBinaan ayat sama ada berdasarkan gambar atau tidak perlu mematuhi prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa. Jika berdasarkan gambar binaan ayat menceritakan apa yang digambarkan dalam imej yang tersebut.Tatabahasa01.04.2013
1234

Kembali ke atas