Antara berikut ayat manakah yang betul? 1. Binatang-binatang ini binatang liar. 2. Binatang-binatang ini adalah/ialah binatang liar | Ayat yang betul: 1. Binatang-binatang ini binatang liar 2. Binatang-binatang ini ialah binatang liar | Tatabahasa | 07.12.2017 |
Bolehkah perkataan "ekshibit" digunakan dalam ayat di bawah? Binatang-binatang hidup yang merupakan ekshibit utama di Zoo Negara perlulah dijaga dengan baik. Sekian, terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud ekshibit ialah barang kes dalam bidang undang-undang. Maka penggunaan ekshibit dalam ayat yang diberikan tidak sesuai. Cadangan ayat yang betul ialah Binatang-binatang hidup yang menjadi tarikan utama di Zoo Negara perlu dijaga dengan baik. | Tatabahasa | 17.03.2020 |
maksud safari | Maknanya ialah ekspedisi utk melihat atau memburu binatang-binatang buas; taman ~ kawasan tanah yg luas dan berkepung tempat binatang buas hidup berkeliaran bebas, dan boleh dikunjungi orang ramai yg menaiki kenderaan dlm kawasan itu. | Makna | 17.01.2010 |
apakah kata ganti nama paling sesuai untuk binatang.Dia atau ia? | Tidak ada kata ganti nama untuk binatang, sebaliknya nama binatang tersebut perlu diulangi setiap kali merujuk binatang tersebut atau diselang-selikan dengan nama lain yang sinonim dengan binatang tersebut seperti harimau/pak belang. | Tatabahasa | 14.05.2011 |
Jika "ia" tidak boleh digunakan untuk binatang dan nama binatang tersebut perlu diulang setiap kali ia disebut, bukankah ia mendatangkan masalah lebih-lebih lagi bagi saya yang bekerja dalam bidang pembuatan sari kata. Kami mempunyai ruang dan masa yang terhad untuk menterjemah, apatah lagi jika nama binatang itu panjang. Tidakkah ada cara lain untuk memberi kata ganti nama kepada binatang? | Kami memahami situasi yang saudara hadapi. Walau bagaimanapun hal ini tidak dapat dielakkan dan pengulangan nama binatang perlu dilakukan setiap kali merujuk binatang berkenaan. Dan kami mencadangkan penggunaan ayat majmuk campuran bagi membantu saudara mengurangkan/meminimumkan pengulangan nama binatang. | Tatabahasa | 30.03.2011 |
Apakah 'coral' dan 'coral reef' dalam bahasa Melayu? Apakah maksud terumbu karang? Terumbu karang dan batu karang laut sama maksudnya? | Mengikut Kamus Dewan, batu karang (coral) ialah batu kapur yg terjadi daripada bahan-bahan yg dihasilkan oleh binatang-binatang kecil di laut; manakala terumbu (reef) karang ialah batu karang di laut yang kelihatan ketika air surut dan sangat berbahaya kepada kapal. | Makna | 01.02.2014 |
Saya mohon penjelasan penggunaan 'ia'. Bolehkah 'ia' digunakan merujuk kepada binatang? Apakah kata ganti nama bagi binatang? Terima kasih | "Ia" merupakan kata ganti nama diri orang ketiga boleh digunakan untuk merujuk orang, benda atau perkara. "Ia" tidak boleh digunakan untuk binatang. Nama binatang tersebut perlu disebut contohnya; Kucing itu... | Tatabahasa | 24.09.2012 |
Apakah kata ganti nama bagi binatang jika "IA" dan "DIA" tidak boleh digunakan? | Tidak ada kata ganti nama untuk binatang, sebaliknya nama binatang tersebut perlu diulangi setiap kali merujuk binatang tersebut atau diselang-selikan dengan nama lain yang sinonim dengan binatang tersebut seperti harimau/pak belang. | Tatabahasa | 18.07.2020 |
Terumbu karang merupakan sejenis haiwan laut. Betulkah ini definisi bagi perkataan terumbu karang? | Mengikut Kamus Dewan, batu karang (coral) ialah batu kapur yg terjadi daripada bahan-bahan yang dihasilkan oleh binatang-binatang kecil di laut; manakala terumbu (reef) karang ialah batu karang di laut yang kelihatan ketika air surut dan sangat berbahaya kepada kapal.
| Makna | 18.05.2020 |
Ada buku rujukan tatabahasa menyatakan penggunaan perkataan "ia" merujuk kepada manusia sahaja. Ada juga mahzab yang menyatakan perkataan "ia" boleh merujuk kepada benda dan binatang. Mohon penjelasan DBP. | Kata ganti nama ia merujuk manusia dan benda yang dibicarakan tetapi tidak termasuk binatang. Lazimnya binatang tidak menggunakan kata ganti nama ia, dan nama binatang tersebut diulangi beberapa kali apabila merujuk binatang tersebut. | Tatabahasa | 07.07.2010 |