| Adakah perkataan 'jilidan sempurna dengan tulang belakang' ini betul untuk 'perfect bind with spine'? Ini adalah berkaitan dengan cara sesebuah buku itu dijilidkan. Terima kasih. | Adakah perkataan 'jilidan sempurna dengan tulang belakang' ini betul untuk 'perfect bind with spine'? Betul iaitu 'jilidan sempurna dengan tulang belakang' bermaksud blok buku dijilid secara perfect sama ada di jahit benang terlebih dahulu atau terus secara jilidan sempurna atau perfect binding. Sekian terima kasih. | Lain-lain | 28.01.2010 |
| Assalamualaikum. 1. Apakah istilah/terjemahan dalam Bahasa Melayu untuk "selective estrogen receptor degrader (SERD)", iaitu sejenis ubat dalam rawatan kanser? 2. Bila diterjemahkan istilah seperti "The study is looking specifically at HER2-negative breast cancers.", adakah perkataan HER2-negative diterjemahkan kepada HER2 negatif, atau negatif HER2? 3. Yang manakah terjemahan yang lebih sesuai untuk "targeted therapy": "terapi tersasar" atau "terapi sasaran"? Contoh ayat: "Palbociclib is a targeted therapy that can help stop cancer cells growing" 4. Adakah "kanser payudara tahap teruk" terjemahan yang tepat untuk "advanced breast cancer", yang biasanya merujuk kepada kanser tahap IV? 5. Apakah terjemahan yang tepat untuk "luteinizing hormone-releasing hormone (LHRH) agonist". (Rujukan: Luteinizing hormone-releasing hormone (LHRH) agonists generated in the hypothalamus bind to receptors on the anterior pituitary and stimulate the release of both luteinizing hormone (LH) and follicle-stimulating hormone (FSH)) Terima kasih atas bantuan tuan/puan. | Kami mencadangkan padanan istilah seperti yang berikut: 1. Selective estrogen receptor degrader - Pendegradasi penerima estrogen terpilih 2. HER2-negative - HER2-negatif 3. Targeted therapy - Terapi terpilih atau Terapi sasaran (kedua-dua istilah boleh digunakan) 4. Luteinizing hormone-releasing hormone agonist - Agonis hormon peluteinan-hormon pelepas Kesemua padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.
| Istilah | 13.04.2021 |