Saya Aeshah ,ingin bertanya Apakah yang di maksudkan hiponim,jenis-jenis dan cohtohnya. Terima kasih | Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, hiponim ialah istilah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata lain. Contohnya kambing, lembu dan rusa ialah hiponim daripada binatang. | Tatabahasa | 16.08.2016 |
Adakah perkataan-perkataan hiponim dalam sesuatu hipernim juga boleh dikategorikan sebagai sinonim? Ini kerana setiap perkataan tersebut mempunyai medan makna yang hampir sama. Hanya dibezakan penggunaannya mengikut konteks ayat.Terima kasih. | Hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata lain, misalnya kambing, lembu dan rusa ialah hiponim daripada binatang manakala sinonim ialah kata-kata yang sama atau hampir sama maknanya, misalnya cepat dengan pantas. Menurut huraian makna kedua-dua perkataan hiponim dan sinonim, tidak menunjukkan persamaan makna bagi kedua-duanya. | Tatabahasa | 21.03.2010 |
Salam, Adakah laman web ini mempunyai satu sistem penterjemah dari bahasa malaysia ke bahasa inggeris dan juga bahasa inggeris ke bahasa malaysia?. Sekian, terima kasih. Ariff Badlishah Ariffin Shah Alam | Buat masa ini laman web DBP tidak mempunyai sistem terjemahan tersebut. Walau bagaimanapun pihak tuan boleh menggunakan Bing Translator Service di http://www.microsofttranslator.com (tetapi kemudahan terjemahan dari indonesia ke bahasa inggeris dan sebaliknya disediakan) | Lain-lain | 03.01.2011 |
Assalamualaikum, saya pelajar tingkatan 6 SMK Seri Serdang. Boleh tak terangkan perbezaan antara Kolokasi dengan Hiponim dan juga perbezaan Homonim dengan Polisemi. Terangkan secara terpeinci bersama contoh. | Wa alaikumussalam. Kolokasi bermaksud hubungan kedudukan atau kewujudan antara satu perkataan dgn yg lain dlm satu susunan (misalnya dalam ayat). Manakala hiponim bermaksud kata yang maknanya terangkum dalam makna kata lain, misalnya kambing, lembu dan rusa ialah hiponim daripada binatang. Homonim bermaksud perkataan yang sama bunyi atau ejaannya dengan perkataan lain tetapi berbeza maknanya. (ketam, paku). Manakala polisemi bermaksud sesuatu bentuk kata, ungkapan, dan sebagainya yang mempunyai lebih daripada satu makna yang bertalian rapat antara satu sama lain. Untuk mendapatkan contoh dan penerangan yang terperinci, puan dinasihatkan untuk membuat kajian lapangan dengan mencari buku linguistik di perpustakaan berhampiran. | Tatabahasa | 20.10.2014 |