| Ucapan alu-aluan untuk pegawai-pegawai kerajaan | Yang Berbahagia (Singkatan YBhg.) Yang Berhormat (YB) Sapaan Yang Berusaha digunakan apabila menyapa orang yang menganjur atau mengadalikan majlis atau pegawai kanan kerajaan yang belum menerima anugerah/bintang kebesaran. Dan pegawai kanan/tinggi kerajaan yang lebih tinggi lagi pangkatnya tetapi belum menerima anugerah/bintang kebesaran disapa sebagai Yang Amat Berusaha; dan Yang Dihormati : Boleh digunakan dalam sapaan kepada yang lebih tua, lebih mulia dan sebagainya. | Istilah | 01.10.2013 |
| Dato’ Ahmad akan menerima bintang kebesaran yang membawa gelaran datuk. Itulah gelaran kedua selepas dia menerima gelaran dato’ tiga tahun yang lalu. Adakah ejaan datuk dan dato’ dalam ayat ini tepat? | Ejaan gelaran dalam kedua-dua ayat perlu diselaraskan kepada Dato'. Berdasarkan kedua-dua ayat tersebut dapat menjelaskan bahawa pingat kebesaran yang diterima daripada negeri yang beraja. | Lain-lain | 13.01.2013 |
| Apakah perbezaan antara mengurniakan dan menganugerahkan ? | Dari aspek makna mengurniakan juga bermaksud menganugerahkan dan begitu juga sebaliknya. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan dalam penggunaan kedua-dua kata berkenaan. Perkataan mengurniakan lazimnya dikaitkan dengan sultan/raja, seperti Baginda mengurniakan bintang kebesaran kepada para penerima/Istiadat pengurniaan pingat sedang berlangsung di Balairung Seri, manakala perkataan menganugerahkan boleh digunakan kepada raja dan bukan raja, seperti Baginda menganugerahkan pingat PJK kepada beliau/Kerajaan menganugerahkan sebidang tanah kepada pemenang pingat emas Sukan Olimpik. | Tatabahasa | 19.11.2021 |
| APAKAH HIRAKI GELARAN TERTINGGI DI MAAYSIA MENGIKUT KEUTAMAANNYA. CONTAOHNTA DATO' DENGAN DATUK, DATUK SERI TAN SRI DAN YANG LAIN-LAIN PANGKAT | Merujuk buku Protokol di Malaysia: Tradisi dan Amalan, halaman 327, Susunan Keutamaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan dan Negeri ialah: 1. Seri Pahlawan Gagah Perkasa/SP (Persekutuan) 2. Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia/DKM (Persekutuan) 3. Darjah Utama Seri Mahkota Negara/DMN (Persekutuan) 4. Darjah Kerabat 1/DK 1 (Johor) 5. Darjah Kerabat/DK (Kelantan) dan seterusnya sehingga ke senarai 211. Dalam hal ini, saudara perlu merujuk Bahagian Protokol dan Adat Istiadat, JPM kerana setiap pingat membawa gelarannya tersendiri dan susunan keutamaan seperti dalam buku yang tersebut di atas. Untuk makluman saudara penerima pingat daripada Sultan/Yang di-Pertuan Besar bergelar Dato'/Dato' Seri, manakala penerima pingat daripada Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertua Negeri bergelar Datuk. | Lain-lain | 21.09.2011 |
| Bulan Yang tidak dipagari bintang Cahayanya yang menerangi Gelap gulitanya malam Bediri kaku seorang insan Terpesona dek kemilauan Sang bulan Indah sunguh purnama malam ini Membuat diri memuji kebesaran Ilahi Dan mengarang sebuah puisi ASSALAMUALAIKUM TUAN, SAYA MEMINTA UNTUK PIHAK TUAN MENYEMAK HASIL PENULISAN RINGKAS SAYA DI ATAS INI TERIMA KASIH | Tuan, sila hantar hasil nukilan tuan ini ke bahagian Majalah atau Buku Umum DBP untuk dinilai secara betul. | Sastera | 28.02.2019 |
| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Mohon pertanyaan bagi ruang tandatangan surat rasmi, sekiranya pegawai tersebut mempunyai pangkat sebagai contoh; (Ts. ABDUL RAZAK BIN SABTU D.S.M, B.K.T, P.J.K.) Apakah cara penulisan yang betul di dalam surat berkenaan? Pangkat berada di dalam tanda kurung atau berada di luar? Ada noktah di setiap huruf akronim atau tidak? Ini kerana merujuk kepada BIUPA, JPM, penulisan pangkat mempunyai noktah bagi setiap akronim. Segala kerjasama dan keprihatinan pihak tuan, didahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian. | Untuk makluman saudara, format penulisan surat rasmi boleh dirujuk pada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007, halaman 43 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Semua jabatan dalam sektor awam, termasuk DBP merujuk pekeliling ini. Untuk penulisan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri yang betul, saudara juga bolehlah merujuk Bahagian Istiadat dan Urus Setia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang berkenaan/Kementerian Wilayah Persekutuan. | Lain-lain | 22.07.2022 |
| Pej. SUK Tr. (PSUKTr) dlm proses tukar nama jwtan d Istana Tr. Soalannya mana yg tepat - i. Datuk Pengelola Bijaya Diraja atau ii. Dato' Pengelola Bijaya Diraja? PSUKTr cdg (i) kerana negeri lain spt Selangor, Johor, Istana Negara menggunakannya. Tetapi Istana Trg cdg (ii) kerana anugerah bintang di sini menggunakan Dato' bukannya Datuk....tk. | Datuk Pengelola Bijaya Diraja merupakan satu bentuk jawatan. Gelaran yang dianugerahkan kepada penyandangnya ialah Dato' kerana Sultan Terengganu yang menganugerahkan darjah kebesaran tersebut. Oleh itu kedua-duanya boleh diterima pakai. Sekiranya merujuk jawatan, bentuk yang betul ialah ialah Datuk Pengelola Bijaya Diraja, manakala sekiranya merujuk orang/penyandang, digelar Dato' (bergantung pada negeri yang menganugerahkan darjah kebesaran tersebut) . Contoh lain: Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam (nama jawatan), penyandangnya Dato' Mazalan bin Mohd. Noor. Datuk Bandar Kuala Lumpur (nama jawatan), nama penyandang: Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail. Untuk mendapatkan keterangan yang lebih sahih, kami mencadangkan saudara merujuk Bahagian Adat Istiadat dan Protokol, Jabatan Perdana Menteri, iaitu pihak yang lebih arif dan berwibawa dalam hal-hal seperti ini. | Tatabahasa | 07.08.2010 |