mohon pencerahan untuk ejaan nama yang sebenarnya cth Noridah Binti Yahya atau Noridah binti Yahya Navukarasu A/L Ganeson atau Navukarasu a/l Ganeson | 1. Perkataan "binti" itu tidak tergolong dalam nama khas. Oleh itu "binti" tidak perlu ditulis dengan huruf besar. Noridah binti Yahya 2. Tanda baca yang betul bagi anak lelaki ialah a/l. Navukarasu a/l Ganeson | Ejaan | 13.02.2020 |
Salam. Apabila menggunakan huruf kecil, bagi ejaan 'binti' - huruf 'B' perlu huruf besar atau huruf kecil? Contoh: Zainiah Binti Halim atau Zainiah binti Halim Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah Zainiah binti Halim. | Ejaan | 11.04.2015 |
Siti binti Zaki atau Siti Binti Zaki ? | Puan Nora, Jawapan yang tepat ialah Siti binti Zaki | Ejaan | 03.10.2012 |
Salam. Kenapa ejaan binti dalam rangkai kata nama dieja dengan huruf kecil ? | Perkataan "binti" itu daripada bahasa Arab yang bermaksud "anak perempuan" yang tidak tergolong dalam nama khas. Oleh itu "binti" tidak perlu ditulis dengan huruf besar. | Lain-lain | 09.05.2016 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin bertanya mengenai penggunaan 'Bin' dan 'Binti'. Ini kerana, saya melihat banyak akhbar yang tidak menulis 'Bin' atau 'Binti' pada nama. | Perkataan ‘bin' dan ‘binti’ tidak tergolong dalam nama khas maka kebanyakan media menggugurkan penggunaannya kerana faktor ruang. | Makna | 20.07.2018 |
Salam, tuan. Penggunaan huruf besar dan kecil yang manakah yang betul (huruf B) yang terletak dalam rangkai nama ? 1.Noriani Binti Suleiman atau 2.Noriani binti Suleiman | Cara penulisan yang betul ialah: Noriani binti Suleiman | Ejaan | 07.05.2016 |
Saya Chenabilah binti Chebueraheng sedang belajar di universiti Fatoni, bahasa melayu dasar ingin tentang bertanya bahas. apakah ayat sungsang? Terimakasih. | Ayat songsang bermakna ayat yang ditulis terbalik daripada gaya biasa. Ayat biasa ialah ayat yang dimulai dengan subjek dan diikuti dengan predikat. Ayat songsang berlaku apabila predikat mendahului subjek ayat. Sebagai contoh: Ali sudah mengambil barang itu semalam. ("Ali" ialah subjek, manakala "sudah mengambil barang itu semalam" ialah predikat atau frasa yang menerangkan subjek) Ayat songsang: 1. Sudah mengambil barang itu semalam Ali. 2. Semalam Ali sudah mengambil barang itu. | Tatabahasa | 29.01.2016 |
Saya Atiyah binti Ismail Belajar bahasa melayu dasar di Universiti Fatoni ingin bertanya tatabahasa : Apakah maksud ayat ganda. Terima kasih | Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata tersebut diulang keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. | Tatabahasa | 18.01.2016 |
saya wanfatimoh binti yusof belajar bahasa Melayu dasar tentang consep linguistik.terima kasih | Linguistik ialah kajian saintifik tentang bahasa. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk buku-buku berkenaan: 1. Pengantar Linguistik Am oleh Arbak Othman.DBP : 2004 2. Linguistik Am : siri pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu . Abdullah Hassan. PTS Publication : 2005 3. Linguistik Am. Abdullah Hassan. PTS Publication : 2005
| Lain-lain | 10.09.2015 |
binti atau bt. | Ejaan penuh binti (bt. mungkin kependekan batu atau lain-lain) | Ejaan | 09.08.2008 |