Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. anak perempuan kpd (digunakan pd nama orang): Aminah ~ Abdullah; 2. bp nama ayah: susah nak memastikan sama ada dia itu lelaki ataupun perempuan sebelum mendengar bin ataupun ~nya; berbinti mempunyai binti: dia menulis namanya sahaja dgn tidak ~;berbintikan mempunyai (memakai) nama seseorang (bapa angkat dsb) sbg nama ayah: Fatimah ~ bapa angkatnya;membintikan memberikan atau membubuh nama bapa kpd anak perempuan: setiap umat Islam yg mengambil anak angkat perempuan perlu ~ anak tersebut dgn nama bapa kandungnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata binti I


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mohon pencerahan untuk ejaan nama yang sebenarnya cth Noridah Binti Yahya atau Noridah binti Yahya Navukarasu A/L Ganeson atau Navukarasu a/l Ganeson1. Perkataan "binti" itu tidak tergolong dalam nama khas. Oleh itu "binti" tidak perlu ditulis dengan huruf besar. Noridah binti Yahya

2. Tanda baca yang betul bagi anak lelaki ialah a/l.  Navukarasu a/l Ganeson
Ejaan13.02.2020
Salam. Apabila menggunakan huruf kecil, bagi ejaan 'binti' - huruf 'B' perlu huruf besar atau huruf kecil? Contoh: Zainiah Binti Halim atau Zainiah binti Halim Terima kasih.Jawapan yang betul ialah Zainiah binti Halim.Ejaan11.04.2015
Siti binti Zaki atau Siti Binti Zaki ?Puan Nora,

Jawapan yang tepat ialah Siti binti Zaki
Ejaan03.10.2012
Salam. Kenapa ejaan binti dalam rangkai kata nama dieja dengan huruf kecil ?Perkataan "binti" itu daripada bahasa Arab yang bermaksud "anak perempuan" yang tidak tergolong dalam nama khas. Oleh itu "binti" tidak perlu ditulis dengan huruf besar. Lain-lain09.05.2016
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin bertanya mengenai penggunaan 'Bin' dan 'Binti'. Ini kerana, saya melihat banyak akhbar yang tidak menulis 'Bin' atau 'Binti' pada nama.Perkataan  ‘bin' dan ‘binti’ tidak tergolong dalam nama khas maka kebanyakan media menggugurkan penggunaannya kerana faktor ruang.Makna20.07.2018
Salam, tuan. Penggunaan huruf besar dan kecil yang manakah yang betul (huruf B) yang terletak dalam rangkai nama ? 1.Noriani Binti Suleiman atau 2.Noriani binti SuleimanCara penulisan yang betul ialah: Noriani binti SuleimanEjaan07.05.2016
binti atau bt.Ejaan penuh binti (bt. mungkin kependekan batu atau lain-lain)Ejaan09.08.2008
Salam sejahtera, Saya ingin memohon pencerahan mengenai satu perkara iaitu: Saya mahu mengeluarkan surat rasmi kepada seseorang yang namanya bermula dengan perkataan "TUAN". CONTOH: TUAN MASRINA BINTI TUAN HAKIM. Apakah kata nama gelaran yang boleh saya gunakan? Adakah "Puan Tuan Masrina binti Tuan Hakim" atau sekadar Tuan Masrina binti Tuan Hakim (tiada gelaran) Mohon penjelasan tuan. Terima kasih.

Kata sapaan yang betul ialah Puan Tuan Masrina binti Tuan Hakim
Lain-lain14.05.2017
Perkataan BIN, BINTI, ANAK LELAKI dan ANAK PEREMPUAN dalam sesuatu nama, harus ditulis dengan huruf besar atau kecil?Untuk makluman, bin, binti, a/l dan a/p dieja menggunakan huruf kecil.Ejaan03.11.2015
salam 1 Malaysia.. Apakah perbezaan antara binti, bte dan bt pada nama seseorang?Ejaan yang betul ialah binti atau ejaan ringkasnya bt. (mesti ada tanda titik selepasnya).Ejaan29.07.2012
12345678910...

Kembali ke atas