| Salam. Apabila menggunakan huruf kecil, bagi ejaan 'binti' - huruf 'B' perlu huruf besar atau huruf kecil? Contoh: Zainiah Binti Halim atau Zainiah binti Halim Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah Zainiah binti Halim. | Ejaan | 11.04.2015 |
| Dif-Dif atau Dif-dif (D kedua huruf kecil.) Binti atau bte jika dicetak dalam buku atur cara majlis rasmi kerajaan | Yang betul ialah Dif-dif, huruf D yang kedua ditulis dengan huruf kecil. Ejaan yang betul ialah binti. | Ejaan | 04.11.2011 |
| Adakah penggunaan aksara pertama dalam "Bin", "Binti", "A/P", "A/L" dan "A/K" perlu dalam huruf besar atau huruf kecil? | Jika ejaan nama menggunakan Huruf besar dan huruf kecil , penggunaan aksara pertama "bin", "binti", "a/p", "a/l" dan "a/k" ialah huruf kecil . | Ejaan | 27.03.2018 |
| Salam. Kenapa ejaan binti dalam rangkai kata nama dieja dengan huruf kecil ? | Perkataan "binti" itu daripada bahasa Arab yang bermaksud "anak perempuan" yang tidak tergolong dalam nama khas. Oleh itu "binti" tidak perlu ditulis dengan huruf besar. | Lain-lain | 09.05.2016 |
| Assalamualaikum dan salam sejahtera, Tuan/Puan Mohon bertanya lagi, 1) Ejaan 'bin @ binti' yang berada di antara nama kita dan bapa kita - adakah 'b' tu ditulis dengan huruf besar @ huruf kecil? 2) Ejaan yang betul bagi meperingatkan @ memperingatkan? Sekian, terima kasih. | 1. "b" dalam "bin/binti" ditulis dengan huruf kecil. 2. Memperingatkan. | Ejaan | 30.04.2014 |
| kenapa kata hubung dalam tajuk tidak ditulis dengan huruf besar.Begitu juga dengan bin dan binti pada nama seseorang juga ditulis dengan huruf kecil | Dalam Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu, kata hubung dan kata sendi nama ditulis dengan huruf kecil. Hal itu telah disepakati dalam kalangan penyusun Pedoman. Oleh itu, penulisan pada hari ini mengikut pedoman yang telah ditetapkan. | Ejaan | 07.05.2012 |
| jika bin atau binti bermaksud anak kepada di dalam Bahasa Arab dan dianggap kata penghubung oleh DBP, adakah itu bermaksud nama seperti IBNU RIJAL, IBNU SINA, IBNU HURAIRAH juga perlu dieja dengan huruf kecil bagi perkataan "ibnu" kerana membawa maksud yg sama seperti bin/binti | Perkataan ibnu dieja dengan huruf kecil, sama seperti bin dan binti. Walau bagaimanapun, kata ibnu dalam contoh yang diberikan merupakan kata nama khas kerana menjadi sebahagian daripada nama orang dan perlu dieja dengan huruf besar. | Tatabahasa | 26.03.2026 |
| Salam sejahtera Menulis nama untuk tulisan besar dan kecil, kenapa ada yang menulis "bin" dengan huruf kecil. Bukankah Bin juga sebahagian daripada nama. Contohnya Ali bin Zakaria. Seharusnya Ali Bin Zakaria. Mohon pencerahan. Terima kasih | Rangkai kata "bin" dan "binti" bukan merupakan kata nama khas dan cara penulisannya mestilah ditulis dengan menggunakan huruf kecil. | Lain-lain | 20.12.2018 |
| Perkataan BIN, BINTI, ANAK LELAKI dan ANAK PEREMPUAN dalam sesuatu nama, harus ditulis dengan huruf besar atau kecil? | Untuk makluman, bin, binti, a/l dan a/p dieja menggunakan huruf kecil. | Ejaan | 03.11.2015 |
| Salam.. saya ingin kepastian.. perkataan BIN, BINTI, ANAK, ANAK LELAKI dalam suatu nama harus ditulis huruf besar atau kecil? Tq macam contoh Ali Bin Abu atau Ali bin Abu | Waalaikumussalam, "bin/binti" ditulis dengan huruf kecil. Contoh yang betul ialah Ali bin Abu | Ejaan | 05.11.2019 |