ANTARA ILMU PERUBATAN DAN ILMU BIOLOGI ATAU ANTARA ILMU PERUBATAN DENGAN ILMU BIOLOGI | ANTARA ILMU PERUBATAN DENGAN ILMU BIOLOGI | Tatabahasa | 26.11.2010 |
Sya ingin tahu adakah DBP ada keluaran kamus dwibahasa istilah perubatan atau biologi. Bahasa inggeris-BM | DBP telah menerbitkan kamus/istilah perubatan dan biologi (dalam bentuk elektronik tidak ada). Kini DBP sedang menyiapkan kamus/istilah subbidang perubatan (khusus dalambidang tertentu) untuk diterbitkan tidak lama lagi | Lain-lain | 14.01.2009 |
Sya ingin tahu adakah DBP ada keluaran kamus dwibahasa istilah perubatan atau biologi. Bahasa inggeris-BM yang bercetak atau elektronik | DBP telah menerbitkan kamus/istilah perubatan dan biologi (dalam bentuk elektronik tidak ada). Kini DBP sedang menyiapkan kamus/istilah subbidang perubatan (khusus dalambidang tertentu) untuk diterbitkan tidak lama lagi. | Lain-lain | 14.01.2009 |
Selamat sejahtera, saya ingin bertanya, bagaimanakah sebutan yang tepat untuk perkataan yang diakhiri dengan "gi", seperti "antologi" dan "biologi"? Adakah "jii" atau "gii"? | Untuk sebutan baku, perkatan antologi, biologi perlu disebut mengikut huruf atau sebutan "gi" pada hujungnya. | Lain-lain | 14.02.2021 |
Saya ingin bertanya apakah istilah terjemah terbaik untuk biochar atau biological charcoal? Adakah saya boleh terjemah kepada arang biologi? Atau terus mengambil kata asalnya biochar? | Kami bersetuju dengan pandangan tuan untuk menterjemah biology charcoal kepada arang biologi. | Penyemakan dan penterjemahan | 27.10.2014 |
MOHON SEMAKAN MAKSUD / TERJEMAHAN: MAKSUD 1- PENCEROBOHAN 2- BIOLOGI EJAAN DALAM BAHASA MELAYU : 1- SPESIES TERJEMAHAN BAHASA INGGERIS KEPADA MELAYU 1- INVASIVE SPECIES 2- ASESSMENT | 1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat "pencerobohan" bermaksud perihal (perbuatan, tindakan) menceroboh, pencabulan. "Menceroboh" bermaksud 1. berbuat atau berlaku ceroboh (biadab, tidak senonoh, dan sebagainya). 2. masuk ke kawasan orang atau ke wilayah sesebuah negeri dan sebagainya tanpa kebenaran (dengan tujuan untuk mengganggu, mencabuli, melanggari, dan sebagainya): 2. Perkataan "biologi" adalah betul dan digunakan dalam bahasa Melayu. 3. Invasive Species - Spesies Invasif 4. Asessment - Penilaian/Taksiran | Istilah | 19.04.2016 |
Ada jual buku teks biologi tingkatan 4 Dan teks bahasa melayu tingkatan 1 | Salam puan yang budiman, Untuk makluman puan, buku/majalah terbitan DBP boleh dibeli di kedai buku, wakil penjual, ujana DBP dan melalui portal DBP. Maklumat lanjut, sila hubungi talian seperti yang berikut: •Anjung DBP - 03 2147 9597 / 03 2147 9598 •Kompleks DBP Hulu Kelang - 03 41010028 / 019 2141956 (WhatsApp) •DBP Cawangan Sarawak - 082 227000 / 019 8768358 •DBP Cawangan Sabah - 088 439317 / 010 9425569 •DBP Wilayah Timur - 09 7414918 / 014 9180092 atau klik pautan ini: https://dbpniaga.my// Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 01.08.2025 |
maksud simbiosis | Istilah dalam bidang Biologi. Bermaksud perkaitan hidup antara dua spesies yang berlainan. | Makna | 27.02.2008 |
Bagaimana nak mencari terjemahan istilah? terutama istilah saintifik dalam bidang biologi bioteknologi farmaseutikal | Sila gunakan carian kata dalam Khidmat Nasihat Bahasa dengan melayari Laman Web DBP . | Lain-lain | 04.04.2008 |
Hello. Apakah perbezaan antara "jantung" dan "hati"? Adakah jantung utk konteks biologi sains tubuh badan manakala hati utk konteks cinta dan kasih? Di samping itu, sanubari dan kalbu? | Jantung dan hati ialah dua organ yang berbeza. Dari aspek bahasa, kedua-dua perkataan merujuk kedua-dua organ tersebut kecuali apabila dirangkaikan dengan perkataan lain maka akan wujudlah makna lain seperti jantung hati yang bermaksud orang yang dikasihi. | Tatabahasa | 19.06.2013 |