| definisi bioperubatan | Bioperubatan merujuk kepada istilah biomedicine atau biomedical, yang bermaksud kajian perubatan tentang kesan tekanan persekitaran yang luar biasa terhadap manusia khasnya yang berkaitan dengan penerokaan ruang angkasa. | Istilah | 26.01.2007 |
| Tuan'Puan; Apakah padanan yang sesuai bagi "restricted" - "dilarang" dalam ayat di bawah: Sumber: Your samples will not be used in restricted human biomedical research involving human-animal combinations. Sasaran: Sampel anda tidak akan digunakan dalam penyelidikan bioperubatan manusia yang dilarang yang melibatkan gabungan manusia dan haiwan. Kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih. | Cadangan ayat "Sampel anda tidak akan digunakan dalam penyelidikan bioperubatan manusia yang dilarang melibatkan gabungan manusia dan haiwan" adalah betul dalam penggunaan bahasa Melayu. | Penyemakan dan penterjemahan | 04.06.2021 |
| Tuan, Dengan hormatnya saya merujuk perkara diatas. Saya adalah seorang bekas pensyarah didalam bidang Pengimejan Perubatan (Medical imaging). Saya bersara dari Universiti Islam Malaysia pada tahun 2019. Saya ingin menulis buku tentang Pengimejan Bioperubatan (Biomedical imaging) dan berhasrat agar buku itu diterbitkan oleh DBP. Disini saya ingin mendapatkan maklumat tentang perkara-perkara dibawah ini: 1. Adakah DBP boleh menerima penulisan seorang yang telah bersara dan yang tidak lagi berkhidmat dengan mana-mana institusi pengajian tinggi bagi tujuan penerbitan? 2. Apakah syarat-syarat yang perlu dipenuhi sebelum sesuatu penulisan itu di terima untuk penerbitan? Syarat-syarat dari aspek penulisan, manuskrip dan lain-lain. 3. Saya pernah menghadiri taklimat oleh DBP semasa berkhidmat dulu berkenaan Dana Buku Kebangsaan. Apakah masih ada skim itu atau yang serupa dengan itu? Saya berharap mendapat maklumbalas tentang perkara-perkara diatas dari pihak tuan. Terima kasih. Zainul Ibrahim bin Zainuddin. | Salam tuan yang budiman, Permohonan penerbitan manuskrip ini bolehlah dihantar kepada: Pengarah Jabatan Penerbitan, Aras 10, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460 Kuala Lumpur. Permohonan tersebut perlu disertakan dengan: 1. Salinan lembut manuskrip. 2. Salinan bercetak manuskrip berserta dengan biodata ringkas penulis yang mengandungi maklumat nombor telefon/alamat surat-menyurat terkini untuk tindakan pihak DBP selanjutnya. Sekian, terima kasih. | Karya | 03.07.2025 |