| Siapakah yang membangunkan teori pengurusan birokrasi? atau Siapakah yang membangunkan Teori Pengurusan Birokrasi? | Jawapan yang betul ialah ‘Siapakah yang membangunkan teori pengurusan birokrasi?’ | Ejaan | 08.05.2024 |
| ERTI BAGI PERKATAAN BIROKRASI . SUMBANGAN KARL MARX,SUMBANGAN MAX WEBER,DAN SUMBANGAN IBNU KHALDUN DALAM PEMBENTUKAN TEORO SOSIAL | Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4 Birokrasi bermaksud:- 1. sistem pemerintahan atau pentadbiran yg dikendalikan atau dijalankan oleh pegawai-pegawai kerajaan (yg tidak dipilih oleh rakyat); 2. cara pemerintahan atau pentadbiran dgn pegawai-pegawai kerajaan yg mempunyai kuasa yg besar; 3. cara pentadbiran yg melibatkan berbagai-bagai peringkat atau proses pengurusan dan banyak peraturan; Saudara boleh merujuk sumber rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu di DBP atau di Perpustakaan Negara Malaysia untuk mendapatkan bahan-bahan yang berkaitan dengan SUMBANGAN KARL MARX,SUMBANGAN MAX WEBER,DAN SUMBANGAN IBNU KHALDUN DALAM PEMBENTUKAN TEORI SOSIAL. | Makna | 01.11.2008 |
| (1)Langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan malaysia kini untuk mengatasi karenah birokrasi dalam organisasi awam. (2)Punca-punca berlakunya karenah birokrasi dalam organisasi awam di malaysia. | Untuk menjawab soalan ini saudara bolehlah merujuk makalah atau bahan penulisan tentang perkara ini dalam akhbar atau majalah tempatan atau membuat rujukan di perpustakaan atau merujuk buku-buku yang ada di pasaran. | Lain-lain | 18.09.2008 |
| Boleh bagi penerangan antara tatakelola dan karenah birokrasi | Tatakelola atau tadbir urus bermaksud pentadbiran organisasi mengikut prosedur dan peraturan yg ditetapkan, dan menitikberatkan sifat dan sikap positif pemimpin, pengalaman, kemahiran dan pengetahuan serta ideologi dan fikiran yang prolifik untuk menjana perubahan. Kerenah birokrasi pula bermaksud proses atau urusan kerja, terutamanya yang melibatkan pihak kerajaan atau agensi kerajaan, yang terpaksa melalui pelbagai peringkat kelulusan dan mengambil masa yang sangat lama, sebelum sesuatu permohonan atau perkara dapat diluluskan atau dilaksanakan. Untuk maklumat lanjut, sila dapatkan Kamus Dewan Perdana di kedai buku DBP atau melalui laman portal DBPNiaga.my.
| Makna | 19.08.2025 |