Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bis.tro] | بيسترو

Definisi : (Perancis) restoran kecil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bis.tro] | بيسترو

Definisi : restoran kecil (bukan restoran mewah). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bistro


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin menanyakan sama ada penggunaan perkataan "Bistro" sesuai untuk sebuah kedai makan delica di dalam hypermarket. Semakan di dalam PRPM, Bistro ditakrifkan sebagai restoran kecil. Adakah penggunaan Bistro juga dikaitkan dengan restoran yang menyediakan minuman beralkohol?Untuk makluman, perkataan "bistro" terdapat dalam Kamus Dewan edisi keempat dan maksudnya ialah restoran kecil. Dari segi bahasa Melayu, pihak DBP tidak mempunyai sebarang masalah tentang penggunaan perkataan tersebut. Walau bagaimanapun, puan perlu merujuk kepada pihak berkuasa tempatan untuk mengetahui sama ada bistro boleh digunakan dalam konteks yang diterangkan.Istilah07.05.2012
Saya ingin pengesahan dr pihak DBP utk Iklan kedai kami. RAMLY BISTRO.Nama perniagaan yang amat sesuai ialah "BISTRO RAMLY". Untuk semakan dan pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Sila layari laman web http://dbpsahbahasa.my/Lain-lain16.10.2017
Bolehkah saya pakai nama Sports Bistro pada kedai makan saya?Nama itu boleh digunakan sebagai nama kedai. Akan tetapi, di bahagian atas sebelah kiri, perlu dituliskan jenis perniagaan yang dijalankan dalam bahasa Melayu. Contoh: Bistro atau Kedai Makan atau Restoran.

Akan tetapi, untuk pengesahan iklan, tuan/puan hendaklah menggunakan Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. Tuan/Puan perlu mendaftar terlebih dahulu. Selepas itu, barulah boleh mengirimkan visual iklan ke DBP. Kemudian baharulah visual tersebut disahkan lulus atau perlu dibuat penambahbaikan sebelum dibawa ke PBT untuk tujuan permohonan papan iklan. Berikut laman web yang boleh puan gunakan:

http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx
Lain-lain05.08.2015
Pihak kami didalam proses untuk permohonan lesen makanan dari pihak DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA. Salah satu syarat dari pihak berkuasa tempatan tersebut adalah untuk mendapat kebenaran dan kelulusan dari pihak DBP untuk pengunaan perkataan 1. "BAR CAFE" 2. "BISTRO 56" sebagai papan iklan dan nama perniagaan. 1. "BAR CAFE" 2. "BISTRO 56" ialah sebuah kafe yang sesuai untuk anda berehat dan meregangkan otot selepas penat seharian bekerja. Dihidangkan makanan tempatan seperti ayam "pansoh", midin , teh uncang, dan pelbagai minuman lain.

Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan saudara. Nama perniagaan yang amat sesuai ialah "Kafe Bar" dan "Bistro 56".

Lain-lain11.11.2008
kami ingin menukar papan tanda restoran anda dari '' LE BISTRO 33 '' kepada '' BBQ & SMOKE ''. Oleh itu, kami memerlukan kebenaran daripada anda.Sebaiknya BBQ & SMOKE  mengggunakan bahasa Melayu kecuali nama tersebut telah didaftarkan.Lain-lain13.06.2018
Pihak kami adalah didalam proses untuk permohonana lesen premis makanan dari Dewan Bandaraya Kuching Utara. Salah satu keperluan adalah meminta kebenaran dan kelulusan dari DBP mengenai penggunaan perkataan "BAR CAFE " untuk papan iklan perniagaan dan dan juga nama perniagaan. BAR CAFE ialah sebuah cafe yang sesuai untuk anda berehat dan meregangkan otot selepas penat seharian kerja. Dihidangkan juadah kek dan pasrty, teh, ayam"pansoh", panggang dan perlbagai minuman lain . Kebenaran dan kelulusan penggunaan nama " BAR CAFE" tersebut amatlah dihargai.

Terima kasih atas soalan saudara. Perkataan yang sepatutnya ialah "Kafe Bar" dan "Bistro 56"

Lain-lain11.11.2008

Kembali ke atas