Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.ta.ra] | بيتارا

Definisi : tiada taranya, hanya satu-satunya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bitara


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah yang dimaksudkan dengan bitara, nilai-nilai bitara dan kebitaraan.Bitara bermaksud tiada taranya atau hanya satu-satunya. Kebitaraan bermaksud hal keadaan tiada taranya itu. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku/artikel yang berkaitan.Makna15.04.2011
Adakah wujud imbuhan mem-bitara? Membitara Sahsiah Unggul, Meneraju Komunikasi Efektif adakah frasa diatas betul dalam segi ejaan, makna dan tatabahsa?Dalam Kamus Dewan Perdana, kata terbitan yang terhasil daripada "bitara" ialah "kebitaraan" yang bermaksud hal tiada taranya. Tiada kata terbitan lain yang wujud daripada "bitara". Tatabahasa20.05.2025
Adakah susunan ayat ini betul: "Membangun Legasi Bitara"?Susunan frasa “Membangun Legasi Bitara adalah betul.Lain-lain24.10.2025
Assalamualaikum. Adakah perkataan "bitara" dipinjam daripada mana-mana bahasa ataupun perkataan baru yang diterbitkan Dewan Bahasa? Terima kasih.

Dalam Kamus Dewan di bawah entri "bitara" hanya menerangkan maksudnya tetapi tidak ada asal kata tersebut. Oleh itu, saudara perlu membuat rujukan untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Istilah30.08.2009
Mohon semakan makna dan kata seerti bagi "kebitaraan"?. Contoh ayat diterima adalah tajuk surat "memohon sumbangan kewangan bagi pembiayaan kebitaraan sofbol".Bitara bermaksud tiada tara, tiada contoh penggunaan perkataan kebitaraan dalam Kamus Dewan. Walau bagaimanapun mengambil konsep makna kata terbitan daripada apitan ke-...-an dengan kata dasar membawa maksud perihal bitara. Penggunaan kebitaraan dalam konteks ayat tersebut kurang tepat.Makna15.05.2017
makna dan penggunaan perkataan vitaraDalam rujukan kami tiada perkataan vitara. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat terdapat entri 'bitara' bermaksud tiada taranya, hanya satu-satunya.Makna13.01.2010
Encik, Apakah maksud perkataan 'kebitaraan'? Terima kasih.Cadangan kami ialah unik atau tiada bandingannya. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, bitara bermakna satu-satunya dan tiada taranya.Tatabahasa17.02.2009
Salam sejahtera. Mohon tuan/puan memberi penjelasan yang lanjut bagi soalan berikut: "______ tidak selera santap sejak kemangkatan tuan puteri," kata Bendahara Bitara kepada Laksamana Idris. Antara Tuanku dan Baginda, yang manakah jawapan yang paling tepat. Mengapa? Penjelasan bagi Tuanku dalam Kamus Dewan adalah tidak mencukupi. Terima kasihSalam sejahtera,
Ayat yang tepat untuk soalan di atas ialah "Baginda tidak selera santap sejak kemangkatan tuan puteri". Istilah "Tuanku" digunakan apabila kita bercakap dengan raja/sultan.
Tatabahasa13.05.2015
Encik, Apakah maksud perkataan 'kebitaran'? Terima kasih.Perkataan ini tiada dalam rujukan  kami. Perkataan yang paling hampir ejaan dengan perkataan tersebut ialah bitara yang bermakna tiada taranya, hanya satu-satunya.Tatabahasa11.02.2009
Salam sejahtera. Mengapakah entri awalan asing seperti "bi-" daripada bahasa Parsi yang bermakna "tiada" tidak terdapat dalam pangkalan data Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM)? Salangkan awalan asing tersebut ialah asas bagi pembentukan istilah seperti "biadab" yang bermaksud tiada adab dan "bitara" yang bererti tiada yang setara.Untuk makluman tuan, data kamus dalam PRPM berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat belum memasukkan awalan bi- yang bermaksud tidak atau tiada. Awalan bi- sudah dimasukkan dalam kamus ekabahasa terkini DBP, iaitu Kamus Dewan Perdana (2020).Makna10.10.2025
12

Kembali ke atas