Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bk


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apa itu bangkai

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan bangkai bermaksud 1. binatang yg sudah mati: ~ kucing; 2. bk mayat manusia: ~ Hang Jebat; ~ bernyawa ki a) orang yg terlibat dlm penagihan dadah yg teruk sehingga kurus kering, tidak bermaya dan menimbulkan masalah kpd keluarga, masyarakat dsb, mayat hidup; b) seseorang yg tidak dipedulikan dan dipandang hina oleh keluarga: akhirnya dia tidak sanggup lagi menjadi ~ bernyawa dlm keluarga mereka; 3. ki sesuatu yg telah tua dan rosak: ~ kereta; ~ gajah bolehkah ditudung oleh nyiru prb kejahatan yg besar itu tidak dapat disembunyikan; ada ~ adalah hering prb di mana ada perempuan jahat tentu ada laki-laki yg jahat pula; menjemur ~ ke atas (ke puncak) bukit prb mengaibkan diri sendiri;

Makna16.09.2009
Soalan saya.. apakah maksud butuh di dalam bahasa malaysia? Banyak saya dengar di station tv dan radio..artis indonesia menggunakan bahasa butuh..adakah ini boleh kita gunakan didalam bahasa harian kita..walau pun makna bahasa indonesia adalah perlu..dan adakah rakyat malaysia boleh menggunaknya dalam bahasa harian dan anak anak kita boleh menggunakanya di waktu sekolah?Apakah peranan kementerian di dalam isu ini? Sekian t.kasih.Sdr. Masidayu, di dalam kamus dewan butuh membawa makna I bk kemaluan laki-laki. manakala bagi Indonesia ia bermakna memerlukan. Jika ditanya bolehkah perkataan ini digunakan? jawapannya ia dan tidak. Bermakna jika ia digunakan dalam masyarakat kita di Malaysia tentulah tidak sesuai tetapi jika digunakan dalam konteks di Indonesia ia memang boleh digunakan.Makna06.09.2007
1.Apakah beza antara 'segala' dan 'semua'? 2.Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk 'peluru berpandu'?

 Saudara Shevir,

1. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna semua ialah: sekalian, segala: kalau ada wang, ~ boleh dibuat; 2. = semuanya, kesemuanya sekaliannya: ~ memuji dia; 3. = kesemua segenap, setiap, seluruh: bunga itu merah ~;

Makna segala ialah: semua (tiada kecuali), sekalian, seluruh: ~ negeri yg bertamadun mempunyai perkhidmatan perubatan; 2. seluruh, segenap: ~ badannya berlumuran darah; 3. semuanya, serba; ~ salah serba salah; 4. Jk, bk memangnya, sungguh (utk memaki);

Berdasarkan keterangan yang diberikan, tiada perbezaan makna antara kedu-dua perkataan ini.

2. Penjodoh bilangan yang sesuai bagi peluru berpandu ialah sebuah.

Makna29.08.2009
Menurut Kamus Dewan 2020, “jakun” merujuk kepada seseorang yang hairan atau pelik apabila melihat sesuatu yang baharu, ganjil, atau luar biasa. Perkataan ini sering digunakan dalam percakapan harian dengan nada sindiran atau penghinaan, namun “Jakun” juga merupakan nama salah satu suku kaum Orang Asli. Bolehkah saya mendapat penjelasan mengapa perkataan yang berpotensi menyinggung perasaan masyarakat Jakun ini dimasukkan dalam Kamus Dewan? Sekian, terima kasih.Sesebuah kamus berfungsi sebagai perakam maklumat berkaitan sesuatu kata dalam sesuatu bahasa. Maklumat berkaitan sesuatu kata diperoleh daripada data korpus, termasuk rakaman makna secara lisan dan daripada sumber rujukan terdahulu.

Perbezaan makna menunjukkan kepelbagaian dan kekayaan yang terkandung dalam setiap bahasa yang terdapat di dunia, termasuk bahasa Melayu. Jika maklumat tentang sesuatu kata itu tidak dirakamkan (dijadikan kata masukan dalam sesebuah kamus), masyarakat dan generasi seterusnya tidak memperoleh rujukan yang sebenar dan hal ini menyebabkan ketidaktelusan dan kelompongan maklumat berkaitan kata tersebut berlaku.

Perakaman maklumat dalam kamus-kamus terbitan DBP, termasuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) tidak bertujuan untuk menyinggung mana-mana pihak. Maklumat yang dibekalkan adalah autentik dan selaras dengan prinsip leksikografi dunia yang terkini dan terbukti digunakan oleh masyarakat.

Pengguna bahasa haruslah memanfaatkan maklumat yang dibekalkan (yang dimasukkan ke dalam sesebuah kamus) secara bijaksana, berhemah dan tidak semberono semasa menggunakan kata-kata yang terdapat dalam sesuatu bahasa, khususnya bagi kata yang berlabel bahasa basahan (bb), bahasa percakapan (bp), bahasa kasar (bk) dan kata tabu (tabu). Maklumat seperti ejaan kata nama khas (dieja huruf besar) dan kata nama umum/am (dieja huruf kecil) juga merupakan petunjuk bagi penggunaan kata tersebut. Sebarang kata yang digunakan harus mengikut konteks penggunaan, dan tidak semua kata yang terakam dalam kamus  boleh digunakan terutamanya dalam situasi tertentu, seperti dalam peperangan, pergaduhan, dalam keadaan marah dan sebagainya. Harus berhati-hati apabila berkata-kata seperti kata pepatah "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya".
Makna21.08.2024

Kembali ke atas