| Apakah terjemahan paling tepat untuk "blender"? | Dalam data rujukan kami, padanan bahasa Melayu bagi blender ialah pengisar atau pengadun. Puan boleh melayari blender">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=blender. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.01.2017 |
| Padanan 'beauty blender', bolehkah jadi 'pengadun solekan'? | Kami mencadangkan "beauty blender" dikekalkan ejaannya jika istilah ini merupakan jenama yang telah didaftarkan. Sekiranya bersesuaian dengan konsep yang sama, kami mencadangkan istilah "blending sponge" diterjemahkan sebagai "span pengadun". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 10.04.2022 |
| Salam sejahtera Tuan/Puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Attritor 2. Bead Mill 3. Classifying Impact Mill 4. Thixomolding Machine 5. Bin Blender 6. Bundle Loader Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. Attritor - Pengisar 2. Bead Mill – Pengisar Halus 3. Classifying Impact Mill – Mesin Kisar Tukul Pengelasan 4. Thixomolding Machine – Mesin Pengacuan Suntikan Magnesium 5. Bin Blender – Pengisar Tong 6. Bundle Loader – Pembeban Berkas | Istilah | 23.03.2016 |