| Yang mana satu betul sekiranya soalan berbunyi begini; 1. This collection is situated at A Block. atau 2. This collection is situated at Block A. | safina jawapan yang betul ialah - This collection is situated at Block A. | Tatabahasa | 17.03.2010 |
| Salam sejahtera. Bolehkah saya tahu maksud istilah "block graph" dalam bidang matematik? Adakah sama seperti graf palang/graf bar? Terima kasih. | Graf palang ialah terjemahan kepada bar graph. Dalam bidang perubatan terdapat istilah block graft dan diterjemahkan kepada graf blok. | Istilah | 16.06.2014 |
| Selamat pagi dan terima kasih kerana membantu. 1) Bolehkah istilah Bahasa Melayu "pembelian stok perniagaan" diterima sebagai terjemahan untuk "floor stocking"? 2) Bolehkah istilah Bahasa Melayu "diskaun blok" diterima sebagai terjemahan untuk "block discount"? | Menurut rujukan kami, istilah "floor stocking" dalam bidang pentadbiran perniagaan dipadankan sebagai penstokan lantai. Namun begitu, istilah bahasa Melayu "block discount" masih belum terdapat dalam daftar istilah kami. Kami akan berbincang tentang perkara ini. Setelah perbincangan selesai, jawapan akan dimaklumkan melalui e-mel tuan/puan. | Istilah | 12.04.2019 |
| pandanan kata dalam bahasa kebangsaan SKILLED CONSTRUCTION WORKERS 1 Precast Concrete Installer 2 Formwork System Installer 3 Block System Installer 4 Roof Truss Installer /Fabricator 5 Plasterer 6 Tiler 7 Bricklayer 8 Bar Bender 9 Carpenter 10 Concretor 11 Drywall Installer 12 Ceiling Installer 13 Painter 14 Plant Operator 15 Scaffolder 16 Crane Operator 17 Slinger And Rigger 18 Plumber 19 Chargeman 20 Cable Jointer 21 Wireman 22 Welder 23 Petrochemical Fitter 24 Blasting & Painting Specialist 25 Air-Conditioning & Mechanical Ventilation Specialist 26 Soil Investigator ” | Padanan kata dalam bahasa Melayu untuk PEKERJA MAHIR BINAAN ialah: 1. Pemasang Konkrit Pratuang 2. Pemasang Sistem Acuan 3. Pemasang Sistem Blok 4. Pemasang Kekuda Bumbung 5. Tukang Plaster 6. Tukang Jubin 7. Penurap Bata 8. Pelentur Bar 9. Tukang Kayu 10. Pengkonkrit 11. Pemasang Dinding Kering 12. Pemasang Siling 13. Tukang Cat 14. Pengendali Loji 15. Perancah 16. Pengendali Kren 17.Pemasang Anduh dan Rig 18. Tukang Paio 19. Jurujaga atau Penjaga Jentera 20. Penyambung Kabel 21. Pendawai atau Pemasang Dawai 22. Pengimpal atau Tukang Kimpal 23. Pemasang Kelengkapan Petrokimia 24. Pakar Catan dan Semburan 25. Pakar Penyaman Udara dan Pengudaraan Mekanikal 26. Penyiasat Tanah | Istilah | 20.12.2016 |
| 1. Saya ingin mengetahui sama ada wujud terjemahan bagi teknik dan istilah dalam bidang sukan yang berkaitan dengan seni beladiri. Contohnya: knife-hand block, break-falls, back kick, side thrust-kick, rear-choke hold, palm-heel strike dan beberapa istilah lain. Adakah saya perlu mengekalkan istilah tersebut atau menukarnya mengikut kesesuaian? 2. Apakah terjemahan yang paling tepat untuk frasa 'Martial Arts for People with Disabilities'? Adakah' Seni Mempertahankan diri bagi golongan hilang upaya' atau 'Seni beladiri bagi golongan hilang upaya'? Terima kasih | 1. Cadangan bagi istilah yang berkenaan ialah "back kick - tendang balas". Namun begitu, bagi istilah lain yang dinyatakan, Saudara boleh mengeja secara garis miring. 2. Cadangan terjemahan bagi 'Martial Arts for People with Disabilities' ialah ? "Seni Mempertahankan Diri bagi Orang Kurang Upaya". | Penyemakan dan penterjemahan | 30.10.2015 |
| saya ingin semak perkataan untuk papan tanda iklan untuk kolej baru kami. RICHWORK BUSINESS COLLEGE AZIZAN OSMAN EDUCATION GROUP SDN BHD LOT 1034, BLOCK 3, NO 5,6,7, PRESINT ALAMI, PERSIARAN AKUATIK, SEKSYEN 13, 40100 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN. | Untuk pengesahan iklan, puan hendaklah menggunakan Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. Puan perlu mendaftar terlebih dahulu. Selepas itu, barulah boleh mengirimkan visual iklan ke DBP. Kemudian baharulah visual tersebut disahkan lulus atau perlu dibuat penambahbaikan sebelum dibawa ke PBT untuk tujuan permohonan papan iklan. Berikut laman web yang boleh puan gunakan: http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx | Lain-lain | 29.07.2015 |
| Assalamualaikum w.b.t., Mohon jasa baik pihak tuan/puan untuk menterjemahkan ayat seperti di bawah: 1) The car engine number is stamped/punched on the engine block. 2) The chassis number is stamped/ punched on the car frame. | Untuk makluman tuan, DBP tidak menyediakan perkhidmatan penterjemahan. Apa yang dapat kami bantu ialah menyemak penggunaan bahasa teks yang telah diterjemahkan terlebih dahulu. | Lain-lain | 18.05.2017 |
| Terdapat beberapa pencanggahan format tentang surat rasmi kerajaan. Mohon dbp kemukakan format yang sebenar. | Sila rujuk format surat rasmi oleh INTAN dan Jabatan Perkhidmatan Awam. Dewan Bahasa dan Pustaka menggunakan format Jabatan Perkhidmatan Awam yang disesuaikan dengan format DBP, iaitu format "modified block letter". Sila berhubung dengan Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu DBP untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Lain-lain | 25.09.2007 |
| Salam Negaraku Malaysia. Semoga tuan sihat walafiat dan sentiasa dilimpahi rahmat daripada Yang Maha Kuasa. Saya mempunyai beberapa persoalan. Soalan 1. Di PLANMalaysia (Jabatan Perangan Bandanr dan Desa) ejaan "PLANMalaysia" dieja sedemikian memandangkan imej dan identiti PLANMalaysia. Walau bagaimanapun, timbul kekeliruan dalam kalangan pegawai untuk mengeja tajuk surat. Contoh: SENARAI NAMA PESERTA HARI KEBANGSAAN PLANMalaysia ataupun SENARAI NAMA PERSETA HARI KEBANGSAAN PLANMALAYSIA Mana yang betul? Soalan 2: Bagaimana menulis contoh gelaran Dr., Ir., dalam huruf besar. Adakah IR. DR. ALBA? Adakah perlu noktah selepas Dr. dan Ir.? Sekian, terima kasih. Salam hormat|Regards , ALBASYA'ARI ABDUL LATIF Pegawai Perhubungan Awam|Public Relations Officer PLANMalaysia | PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) | (Department of Town and Country Planning) Tingkat 2, Blok Melati | 2nd Floor, Melati Block 50646 Jalan Cenderasari Kuala Lumpur Tel : 03-2265 0608 Fax : 03-2265 0604 | 1. Untuk urusan rasmi seperti tajuk surat, perlu menggunakan nama penuh, iaitu Jabatan Penerangan Bandar dan Desa. Contoh, SENARAI NAMA PESERTA HARI KEBANGSAAN DI JABATAN PENERANGAN BANDAR DAN DESA (PLANMalaysia) 2. Untuk setiap kependekkan, perlu diletakkan titik dan tidak perlu ditulis dengan menggunakan huruf besar keseluruhannya. Ini bermaksud, ejaan yang betul ialah Ir. dan Dr.
| Lain-lain | 03.01.2018 |
| Selamat petang, saya nak tanya kalau papan ilkan kebanyakkan nya dalam bahasa inggeris, hanya dua perkataan sahaja dalam bahasa melayu. perlu ke saya hantar permohonan iklan? Pihak kami memerlukan pengesahan DBP untuk memohon elesen DBKL. saya sertakan gambar papan iklan untuk rujukan pihak tuan. | Nama yang berdaftar dengan SSM boleh digunakan, namun papan premis yang dihantar perlu beberapa pembetulan 1. Pembetulan pada alamat. a. No. (titik perlu untuk singkatan) b. Ejaan Block tukar kepada Blok 2. Alliance Property Advisory - Sekiranya telah berdaftar, sila nyatakan NO. SSM atau NO. TM (tanda dagang) pada bahagian Maklumat tentang Iklan untuk semakan dan rujukan kami (dalam sistem Sah Bahasa). Sekiranya belum Terjemahkan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu, jika bahasa Inggeris hendak dikekalkan sediakan dalam dwibahasa (Melayu dan Inggeris). 3. Training Centre - Terjemahkan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu, jika bahasa Inggeris hendak dikekalkan sediakan dalam dwibahasa (Melayu dan Inggeris). | Lain-lain | 06.12.2023 |