Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata blogger


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan istilah 'blogger' . Adakah istilah 'blogger' ni dah dimasukkan ke dalam bahasa Melayu atau masih lagi 'pemblog' atau 'jurublog'. Nampaknya sekarang BERNAMA pun selamba je guna istilah tu. Sebagai agensi berita nasional, wajarkah mereka menggunakan istilah ini?Istilah yang betul untuk 'blogger' ialah pemblog.Istilah08.05.2011
Daie Blogger Ejaan tepat bagi perkataan di atas ialah apa?Perkataan Daie Blogger tidak ada dalam sumber rujukan kami. Padanan blogger ialah penulis blog dan penulis blog menulis untuk pelbagai matlamat dan kecenderungan. Ada penulis blog yang lebih cenderung menulis pengalaman sendiri dan ramai juga yang menulis dengan niat berdakwah melalui medium tersebut.Istilah22.10.2011
Mohon bantuan menterjemahkan istilah baru seperti berikut: (1) Blogger, (2) tweet, dan tweeting.Istilah bahasa Melayu untuk blogger ialah pemblog. Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk tweet dan tweeting. Cadangan kami ialah berbual atau bersembang.Istilah11.06.2012
Bolehkah istilah "blogwan" diterima sebagai terjemahan kepada "blogger" selain daripada penulis blog dan pemblog? Ia membawa maksud bahawa orang yang bergiat dalam bidang penulisan blog. Ia berdasarkan ciri-ciri yang serupa, misalnya wartawan dan karyawan.

Padanan blogger yang ada ialah penulis blog. Belum ada padanan lain yang merujuk orang yang bergiat dalam bidang penulisan blog. Hal ini akan kami rujuk kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, dan kami akan menghubungi saudara untuk memaklumkan jawapannya nanti.

Istilah22.12.2011
saya keliru dalam beberapa perkara. 1) perkataan blog dan juga blogger yang digunakan dalam penulisan esei perlu di italik atau tidak? 2) rancangan TV contohnya rancangan Jangan Tidur Lagi yang digunakan dalam penulisan perlu di italik atau perlu diletakkan tanda pembuka kata dan penutup kata. terima kasih daun keladi, nanti saya tanya lagi.

1. Ejaan blog dan blogger ditulis seperti biasa (tidak perlu dicondongkan), walau bagaimanpun kami mencadangkan saudara menggunakan istilah penulis blog untuk maksud yang sama dengan blogger.    

2. Tidakperlu diletakkan tanda pengikat kata (" ") untuk menulis tajuk rancangan televisyen, cukup sekadar menulis frasa tersebut dengan huruf besar pada awal kata.

Lain-lain02.04.2009
Terima kasih atas jawapan yang terdahulu. Manakah yang persis (diiktiraf oleh DBP): 1. Weblog atau blog? 2. Blogger, pemblog, atau penulis blog? 3. Menulis masukan blog atau memblog? Benarkah memblog (jikalau diterima perkataan ini) dapat bermaksud 1. menulis masukan blog 2. membaca blog 3. mengikuti perkembangan blog?

Encik Mohd.Isa terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

DBP tidak menggunakan perkataan blogger dan pemblog tetapi kerana ramai orang telah menggunkan perkataan tersebut jadi kami hanya boleh mencadangakan  penggunaan penulis blog dan ia tidak boleh disamakan dengan membaca blog dan mengikuti perkembangan blog?Terima kasih

Istilah24.03.2009
Apakah rasional memadankan blogger dengan pemblog dalam bahasa Melayu? Bukankah jika kita turuti tatabahasa Melayu, blog yang satu suku kata jika diberi imbuhan pe- menjadi pengeblog? Sama seperti pengebom.Istilah yang dibina oleh pakar bidang berdasarkan prinsip-prinsip tertentu. Binaan istilah pemblog sama seperti pembrek dan pemblok. Ulasan yang dapat diberikan ialah binaan istilah seperti pemblog, pembrek dan pemblok lebih mesra dengan sebutan dalam Bahasa Melayu, tidak seperti pengeblog, pengebrek dan pengeblok. Jika tuan berminat untuk membuat kajian tentang binaan kata, silalah berhubung dengan Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP.Tatabahasa09.02.2019
Mungkin pihak tuan terlepas pandang untuk menjawab soalan saya pada 24 Mac 2009 (lebih sebulan dahulu). Inilah soalannya: Manakah yang persis (diiktiraf oleh DBP): 1. Weblog atau blog? 2. Blogger, pemblog, atau penulis blog? 3. Menulis masukan blog atau memblog? Benarkah memblog (jikalau diterima perkataan ini) dapat bermaksud 1. menulis masukan blog 2. membaca blog 3. mengikuti perkembangan blog? Terima kasih.Yang paling sesuai ialah: 1. blog  2. penulis blog  3. Menulis dalam blog 4. Kata memblog belum diterima lagi sebagai suatu istilah, frasa yang boleh dibina ialah antaranyamenulis dalam blog, membaca blog dan mengikuti perkembangan blog.Tatabahasa07.05.2009
1) Apakah padanan yang sesuai bagi 'stapler'? 2) Bolehkah istilah 'pemblog' bagi menggantikan 'bloger'?Terima kasih.1) Padanan bagi "stapler" ialah pengokot.  2) Istilah bahasa Melayu bagi "blogger" ialah pemblog atau penulis blog.Istilah02.03.2010
Assalamualaikum, Tuan bersama ini saya sertakan beberapa pertanyaan untuk mendapat jawapan. 1. Manakah cara mengeja yang tepat? Penolong Kanan Kokurikulum atau Penolong Kanan Ko-Kurikulum atau Penolong Kanan KoKurikulum. 2. Mohon tuan berikan makna kata dialek Minang di bawah dalam bahasa Melayu Baku. di ma ati ka rusuah di ma ati indak ka maupek awak ta kicuah capang capeh tiok sabanta Untuk pengetahuan tuan melalui carian internet saya mendapat jawapan, tetapi masih ragu kewibawaan pihak berkenaan, kebanyakan daripada blogger. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah: 
1. Penolong Kanan Kokurikulum 
2. Maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami, sila rujuk persatuan atau individu yang berkaitan seperti Persatuan Penulis Negeri Sembilan.
Tatabahasa05.03.2012

Kembali ke atas