Adakah DBP mencertak apa-apa bahan bacaan tentang siku kata "ba , be, bi, bo, bu.....". | Secara khususnya tiada buku tentang suku kata demikian, tetapi dalam buku Tatabahasa Dewan di bawah tajuk Proses Pembentukan Kata. | Lain-lain | 08.12.2006 |
Assalammualaikum w.b.t. Nama saya Azizi.. Saya ingin bertanya tentang sejarah Bahasa Melayu dari segi Tatabahasa. Bagaimanakah saya boleh memperolehi maklumat tentang Tatabahasa secara lebih mendalam.. Harap pihak tuan dapat membantu saya.. Sekian,terima kasih.. | Yang sdr. maksudkan maklumat tentang tatabahasa adakah dari segi hukum tatabahasa atau selainnya. Sekiranya tentang hukum tatabahasa sdr. bolehlah merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Sdr. bo;eh juga menghubungi Bahagian Penyelidikan Bahasa, DBP untuk mendapatkan maklumat tentang kaedah penetapan hukum-hukum tatabahasa yang dimuatkan di dalam buku ini. | Tatabahasa | 10.07.2007 |