Apa terjemahan 'boat-ride'? Contoh penggunaan; We are going on a boat ride. | Cadangan terjemahan yang sesuai bagi boat-ride dalam bahasa Melayu berdasarkan contoh ayat yang diberikan ialah "menaiki bot". | Penyemakan dan penterjemahan | 09.09.2022 |
perahu dalam istilah bahasa inggeris | Perahu dalam bahasa Inggeris disebut boat, canoe atau small boat. | Istilah | 17.06.2008 |
Salam sejahtera. Bolehkah saya tentang : 1. Dragon Boat Festival dalam BM sepatutnya ditulis sebagai apa? Perayaan Bot Naga @ Perayaan Duan Wu @ Perayaan Kuih Chang? 2. Mid Autumn Festival dlm BM ditulis sbg Perayaan Kuih Bulan @ Perayaan Tanglung @ Perayaan Zhong Qiu? Terima kasih | Dragon Boat Festival ialah Festival Perahu Naga manakala Mid Autumn Festival di Malaysia biasanya dikenali sebagai Perayaan Kuih Bulan. | Lain-lain | 07.01.2021 |
Apakah padanan bahasa Melayu untuk bentuk kolar baju: 'O-neck', 'V-neck', 'scoop neck', 'turtle neck', 'boat neck' dan 'crew neck'? | Kami mencadangkan padanan istilah seperti berikut: 1. "O-neck" - Leher bulat 2. "V-neck" - Leher V 3. "scoop neck" - Leher skup 4. "turtle neck" - Leher polo 5. "boat neck" - Leher sampan 6. "crew neck" - Leher kelasi Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 10.04.2022 |
restoran jepun ,rm26 tiram,jepun steam boat rm44 | Salam sejahtera, Untuk pengesahan iklan, sila layari http://dbpsahbahasa.my/ . Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 11.08.2017 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Adakah padanan untuk boat trip ialah kembara bot? | Padanan bahasa Melayu yang diberikan adalah betul. Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan bergantung pada konteks ayat yang bersesuaian. | Penyemakan dan penterjemahan | 19.09.2021 |
salam .sy ingin mencari makna perkataan . Antaranya power boat dan fly board . setelah dicari dlm carian kata , makna telah diperolehan . tapi sy ingin mendapatkna kepastian adakah betul flyboard dlm bahasa melayu boleh disebut sebagai papan terima seperti yg diberikan dlm carian kata yang sy perolehi . terima kasih | Kami cadangkan flyboard (dalam bidang sukan) diterjemahkan kepada papan luncur air dan powerboat diterjemahkan kepada bot kuasa. | Istilah | 31.03.2014 |
Assalamualaikum, Apakah istilah sesuai dalam bahasa Melayu untuk aqua cycle? Ini berlainan dengan paddle boat. Contoh seperti di pautan yang disertakan. https://www.pinterest.com/pin/81909286947621725/ Terima kasih. | Cadangan kami aqua cycle diterjemahkan kepada basikal air. | Istilah | 20.04.2018 |
Mohon terjemahan untuk ayat berikut: 'UKM Ethnic Studies Occasional Paper Series' | Encik Mohamad Faris, Terjemahan yang saya buat ini tidak mengikut konteksnya ialah Siri Kertas Kajian Tentang Etnik oleh UKM ,diterbitkan sekali-sekala. Manakala makna dalam kamus pula ialah, appearing occasionally and not continuously, sekejap ada, sekejap tdk ada: the light from the boat was no more than an ~ glow, cahaya lampu dr bot itu sekejap ada, sekejap tdk ada; | Makna | 05.07.2010 |