bodoh sombong | bodoh dan degil (kamus peribahasa) | Lain-lain | 18.04.2007 |
salam. Jika orang yang bodoh dan tidak mahu belajar dikatakan 'bodoh sombong'. Apakah simpulan bahasa atau peribahasa untuk : orang yang pandai/bijak tetapi sombong? terima kasih. | Tidak ada perkataan khusus merujuk orang bijak tetapi sombong melainkan sombong yang secara umumnya merujuk sesiapa sahaja sama ada yang bijak atau yang bodoh. | Makna | 10.07.2012 |
Salam.jika orang bodoh dan tidak mahu bertanapaya digelar bodoh sombong,apakah peribahasa untuk orang yang pandai tetapi sombong dan kedekut ilmu? | Berdasarkan sumber rujukan kami, tidak ada maklumat tentang peribahasa yang diperlukan. Sila rujuk buku peribahasa dengan melihat satu per satu entri peribahasa dalam buku tersebut. | Lain-lain | 20.07.2012 |
Apakah maksud peribahasa alang bodoh, menanggung rasuk? Terima Kasih. | Frasa "alang bodoh, menanggung rasuk" tidak ada dalam sumber rujukan kami. Apakah benar frasa ini adalah peribahasa kerana tidak ada dalam senarai Kamus Istimewa Peribahasa Melayu. | Lain-lain | 21.08.2011 |
Apakah maksud peribahasa jangan pijak terpijak, biarlah bodoh bersuluh | Peribahasa ini ada persamaan makna dengan peribahasa lain seperti belakang parang kalau diasah akan menjadi tajam juga, biar lambat asalkan selamat dan juga malu berkayuh perahu hanyut. T.kasih. | Lain-lain | 12.08.2008 |
Apakah maksud peribahasa "kerbau dicucuk hidung"? | Maksudny, orang bodoh yang menurut sahaja kemahuan orang lain. | Makna | 01.11.2009 |
maksud perkataan nian | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud nian ialah terlalu sangat, amat, benar, sungguh: bodoh ~ orang itu; 2. kata utk menguatkan maksud kata sebelumnya. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Harap maklum. | Makna | 01.07.2008 |
Apakah maksud peribahasa berikut: Diam-diam ubi berisi,diam-diam besi berkarat | Makna peribahasa tersebut ialah diam orang yg berilmu itu berfikir, sementara diam orang yg bodoh itu sia-sia sahaja. Sila rujuk buku Peribahasa oleh Abdullah Hussain dan kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 28.07.2009 |
laksana menumbuk beralaskan nyiru ialah peribahasa atau simile? | Secara harfiah, ungkapan di atas lebih mirip dengan simile disebabkan terdapat perbuatan menumbuk dengan beralaskan nyiru. Hal ini sama juga dengan frasa bodoh macam lembu, tinggi macam galah dsb. T.kasih. | Makna | 08.07.2008 |
Assalamualaikum. Apakah yang dimaksudkan dengan "pirah"? Dalam loghat Kelantan, kalau tak silap saya, pirah (di sebut pi-ghah) ialah sejenis pepijat. Terima kasih. | Waalaikumsalam, Istilah "pirah" tidak terdapat maknanya dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Namun, istilah "piras" menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah Kl; ~ hangit tidak mahu mendengar kata orang, bodoh dan kebudak-budakan, tolol. | Makna | 12.03.2013 |