| Tuan/Puan, Mohon khidmat nasihat tuan/puan bagi istilah yang sesuai untuk 'Notified Body' atau'Notification Body' dalam Bahasa Malaysia. Notified body membawa maksud - Notified Body is one that a national government appoints to oversee the operation of specific aspects of a Directive. | Untuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "notified body" atau "notification body". Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk notification ialah pemberitahuan atau pelaporan. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Badan Pelaporan atau Badan Pemberitahuan. | Istilah | 13.07.2012 |
| Tuan/Puan, Apa padanan "governing body" dalam Bahasa Melayu bagi konteks ayat di bawah dalam Akta Universiti Teknologi MARA 1976 [Akta 173]: "Dissolution of governing body 46. Any governing body of ITM in existence immediately before the appointed date shall, on that date, stand dissolved.". Sekian, terima kasih. | Kami mencadangkan "governing body" diterjemahkan sebagai "badan pentadbiran" atau "pihak pengurusan". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 07.10.2021 |
| Body Glove | Sila kemukakan soalan tuan dengan jelas. | Lain-lain | 17.08.2017 |
| Salam, apakah terjemahan bahasa Melayu untuk istilah Inggeris berikut, "body double"? Untuk makluman body double merujuk kepada pelagak ngeri yang menjadi pengganti kepada pelakon sebenar ketika melakukan aksi-aksi berbahaya. Terima kasih. | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "body double". Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah pelakon pengganti. | Istilah | 16.10.2012 |
| Boleh saya dapatkan istilah ini dalam bahasa melayu yang tepat? 1 door lock 2 spare tire bracket 3 lorry wooden body 4 lorry body part 5 door holder 6 ventilation plate 7 nylon bush 8 lashing ring 9 fastener 10 cargo truck 11 partition hanger 12 aluminium edge 13 corner engle 14 cargo belt 15 rubber stopper 16 door seal 17 mud flap 18 door hinge seal 19 curtainsider tensioner 20 roller shutter 21 lorry steel body 22 lorry box van body 23 handle lock 24 handle 25 lock 26 oil tank cover 27 gas spring absorber 28 aluminium profile 29 awning 30 LED room lamp 31 LED pilot lamp 32 LED side lamp 33 LED tail lamp. Saya cuba menterjemahkan tetapi dibimbangi terjemahan itu salah. diharapkan pihak DPB dapat membantu untuk tugasan saya di tempat kerja. Terima kasih. | Istilah yang tepat mengikut bidang kejuruteraan adalah seperti berikut: 1. door lock = kunci pintu 2. spare tire bracket = pendakap tayar simpanan 3. lorry wooden body = badan kayu lori 4. lorry body part = bahagian badan lori 5. door holder = pemegang pintu 6. ventilation plate = plat pengalihudaraan 7. nylon bush = sesendal nilon 8. lashing ring = gegelang pengikat/cecincin pengikat 9. fastener = pengetat 10. cargo truck = trak kargo 11. partition hanger = penyangkut pembahagi 12. aluminium edge = pinggir aluminium/ tepi aluminium 13. corner angle = sudut/penjuru/bucu 14. cargo belt = tali pengikat kargo/sawat kargo 15. rubber stopper = penahan getah 16 door seal = penutup pintu 17. mud flap = penahan lumpur 18. door hinge seal = penutup engsel pintu 19. curtainsider tensioner = penegang penutup 20. roller shutter = penutup jendela gulung 21. lorry steel body = badan besi lori 22. lorry box van body = peti lori bersaiz van 23. handle lock = kunci pemegang 24. handle = pemegang 25. lock = kunci 26. oil tank cover = penutup tangki minyak 27. gas spring absorber = penyerap spring bergas 28. aluminium profile = profil aluminium 29. awning = sengkuap 30. LED room lamp = lampu bilik LED 31. LED pilot lamp = lampu panduan LED 32. LED side lamp = lampu sisi LED 33. LED tail lamp = lampu belakang LED | Istilah | 19.12.2019 |
| Salam, apakah terjemahan bahasa Melayu untuk ungkapan inggeris, 'body of water'? Terima kasih. | Dalam pangkalan data kami, tidak terdapat istilah body of water. Walau bagaimanapun, terdapat istilah body water yang padanan bahasa Melayunya ialah air badan, air tubuh atau cecair badan. | Istilah | 19.09.2012 |
| telianga (body part) | telinga-sa;ah ejaan | Ejaan | 20.05.2011 |
| ini body copy iklan, adakah struktur ayat betul? Keunikan dan keistimewaan rumah kelab privasi penduduk terserlah dengan rekaannya yang berlatarkan alam hijau. Berada di ruang mana sekali pun, keindahan alam boleh dinikmati secara terus dari dalam, pokok rimbun bagaikan tabir yang mengelilingi rumah kelab. Bilik gimnasium yang diserikan dengan dinding kaca dan kemudahan lengkap mengalu-alukan kedatangan anda. Sebuah kolam renang infiniti untuk anda sekeluarga turut terdapat di tingkat bawah tanah. | Keunikan dan keistimewaan rumah kelab penduduk terserlah dengan rekaannya yang berlatarkan kehijauan alam semula jadi. Pepohon rimbun menabiri rumah kelab. Berada di ruang mana sekalipun, keindahan alam boleh dinikmati dari dalam rumah. Bilik gimnasium berdinding kaca lengkap dengan pelbagai kemudahan mengalu-alukan kedatangan anda. Sebuah kolam renang besar untuk anda sekeluarga turut terdapat di tingkat bawah tanah. | Tatabahasa | 30.07.2008 |
| Ayat “no body corporate shall be deemed to be so established if and so long as it is operating wholly outside Malaysia” diterjemahkan sebagai “Tiada pertubuhan perbadanan boleh disifatkan ditubuhkan sedemikian itu,jika dan selagi ia beroperasi keseluruhannya di luar Malaysia. Sama ada terjemahan tersebut tepat dari segi tatabahasa? | Sekiranya bersesuaian dengan konteks penulisan puan, kami mencadangkan ayat seperti yang berikut: "Tiada pertubuhan perbadanan boleh disifatkan sebagai ditubuhkan sedemikian, jika sepanjang penubuhannya pertubuhan perbadanan itu beroperasi sepenuhnya di luar Malaysia" | Penyemakan dan penterjemahan | 16.07.2021 |
| Ayat “A body corporate shall be deemed to be established in Malaysia” diterjemahkan sebagai “Sesuatu pertubuhan perbadanan hendaklah disifatkan ditubuhkan di Malaysia”. Sama ada terjemahan ayat di atas adalah tepat dari segi tatabahasa terutamanya perkataan "disifatkan ditubuhkan" yang menggabungkan dua kata kerja pasif? | Ayat yang betul ialah Sesuatu pertubuhan perbadanan hendaklah disifatkan sebagai ditubuhkan di Malaysia. | Tatabahasa | 14.07.2021 |