Salam sejahtera...saya ingin pertanyaan adakah secucuk bebola ikan (kata ganda separa) boleh menjadi secucuk bola-bola ikan(kata ganda penuh)? Jika tidak boleh, boleh pihak DBP jelaskan sebabnya. Terima kasih. | Untuk makluman puan, bebola ikan ialah istilah khusus dan merupakan padanan bagi istilah fish ball. Perkataan "bebola" dalam konteks ini bukanlah kata umum seperti bola yang boleh dijamakkan menjadi bola-bola ikan. | Istilah | 26.09.2025 |
Salam sejahtera...saya ingin bertanya adakah secucuk bebola ikan (kata ganda separa) boleh menjadi secucuk bola-bola ikan(kata ganda penuh)? Jika tidak boleh, boleh pihak DBP jelaskan sebabnya. Terima kasih. | Untuk makluman puan, bebola ikan ialah istilah khusus dan merupakan padanan bagi istilah fish ball. Perkataan "bebola" dalam konteks ini bukanlah kata umum seperti bola yang boleh dijamakkan menjadi bola-bola ikan. | Istilah | 26.09.2025 |
Ali bermain bola. Bola dimain Ali. Ayat tersebut boleh ditukar jadi Ayat Pasif. Imbuhan ber- termasuk Kata Kerja Transitif? | Awalan beR- membentuk kata kerja tak transitif, sama ada memerlukan pelengkap atau tidak. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2013), halaman 161. | Tatabahasa | 27.07.2025 |
Mohon Semak Ayat dan Ejaan. Terima Kasih. --- Saya ada baju biru. Baju biru lawa. Mana baju biru? Ini baju biru. Saya suka baju biru. Saya suka baju lawa. ------ Mari baca buku. Mana buku? Itu buku. Mana buku biru? Buku biru yang baharu. Ini buku biru. Mari kita baca. --------- Bola Baharu Mana bola baharu? Ini bola. Ini bola baharu. Saya suka hati. Ada tiga bola baharu. Saya suka hati. ----- Mari Kira Mari kira bola. Satu bola, dua bola, tiga bola. Mari kita kira. Satu bola, dua bola, tiga bola, empat bola dan lima bola. Saya suka hati. -------- Hari Rabu Saya suka hari Rabu. Hari Rabu ada cerita lucu. Saya geli hati. Saya lari-lari. Saya menari-nari. Saya suka hati. --------- | Soalan anda tidak jelas. Sila kemukakn soalan yang lebih jelas. | Lain-lain | 30.06.2010 |
bola sepak, bola jaring ialah kata majmuk atau sekadar frasa nama? nilai berhemah tinggi atau nilai hemah tinggi? nilai hormat-menghormati atau nilai menghormati? | Bola sepak dan bola jaring ialah kata majmuk. Kata majmuk ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah. Kata majmuk dibezakan daripada frasa kerana tidak dapat disisipkan sebarang unsur antara unit-unitnya. Frasa yang betul ialah nilai berhemah tinggi dan nilai hormat- menghormati. | Tatabahasa | 17.02.2011 |
Mohon pencerahan: Gelanggang Rumput Bola Jaring: bolehkah dirujuk sebagai gelanggang bola jaring di atas rumput? Gelanggang bola jaring dirujuk Gelanggang bola jaring dalam bentuk ‘hard court’ | Gelanggang Rumput Bola Jaring dan Gelanggang Keras Bola Jaring boleh digunakan untuk jenis gelanggang. | Tatabahasa | 13.12.2019 |
A)Ali menghantar bola kepada Amin. B)Ali membaling bola kepada Amin. Apakah perbezaan atau kesalahan antara dua ayat ini.Terima kasih. | Kedua-dua ayat yang dikemukakan adalah betul. Perbezaannya ialah kaedah atau cara bola tersebut dikendalikan atau bergantung pada jenis permainan bola tersebut, sama ada bola sepak, bola baling atau lain-lain. | Tatabahasa | 12.05.2011 |
soalan peperiksaan ini berdasarkan gambar- seorang penjaga gol menjaga gawang daripada dibolosi . pemain bola daripada pasukan lawan dalam aksi menendang bola. ayat soalan begini- Pemain bola menendang bola ______ (kepada atau ke) penjaga gol. Mana satu yang paling tepat? | Melihat kepada penerangan yang diberikan penggunaan kata sendi nama yang betul ialah 'kepada' kerana merujuk sasarannya 'penjaga gol'. Untuk maklumat lanjut rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 265. | Tatabahasa | 13.03.2012 |
selamat petang . Apakah perkataan yang sesuai bagi bentuk bola ragbi. 1. Bola ragbi itu berbentuk bujur. 2. Bola ragbi itu berbentuk lonjong . Apakah perbezaan maksud antara perkataan bujur dan lonjong? Jika dalam ujian UPSR , perkataan manakah yang paling sesuai?? | Bola ragbi berbentuk bujur. Sila lihat Kamus Dewan Edisi Keempat di bawah entri ragbi. | Istilah | 02.09.2009 |
a) Beego bermain bola pada waktu pagi? b) Beego bermain bola pada waktu petang? (atau) Ayat majmuk: 1) Beego bermain bola pada waktu pagi atau petang? 2) Beego bermain bola pada waktu pagi atau waktu petang? 3) Beego bermain bola pada waktu pagi atau pada waktu petang? Ayat majmuk 1,2 atau 3 yang betul? Mengapa? Terima kasih. | Ayat yang tepat ialah "Beego bermain bola pada waktu pagi atau petang?" . Dalam ayat tersebut, berlaku pengguguran frasa sendi nama yang serupa. | Tatabahasa | 09.10.2013 |