Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bo.léh] | بوليه

Definisi : /boléh/ 1 tidak mustahil utk melakukan sesuatu; dapat: Dia ~ melihat dan mendengar dgn baik. 2 tidak dilarang utk melakukan sesuatu; diberi izin: Selepas bersembahyang maghrib, kamu ~lah menonton televisyen. membolehkan menjadikan boleh; membenarkan; mengizinkan: Peraturan di sekolah tidak ~ murid-murid merokok. kebolehan sifat-sifat yg membolehkan atau melayakkan seseorang utk melakukan sesuatu: Mereka membuat kerja mengikut ~ masing-masing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata boleh

Puisi
 

Kalau upih katakan upih,
     Kalau seludang jatuh melarat;
Kalau boleh katakan boleh,
     Jangan saya terharap-harap.


Lihat selanjutnya...(302)
Peribahasa

Pipih (= pecak) boleh dilayangkan,
     bulat boleh digulingkan.

Bermaksud :

Telah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bulat segiling, pecak setapik, b. Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan).

 

Lihat selanjutnya...(112)

647

Words once spoken you can never recall

Fikir dahulu sebelum bercakap kerana kata yang terlepas dari mulut tidak boleh ditarik balik.

Terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik.

I regretted launching such a hurtful remark, but words once spoken you can never recall . I faced the consequences when I was suspended from work.

Saya menyesal kerana menghamburkan kata-kata yang menyakitkan hati, tetapi terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik. Saya menghadapi padahnya apabila saya digantung kerja.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(104)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera...saya ingin pertanyaan adakah secucuk bebola ikan (kata ganda separa) boleh menjadi secucuk bola-bola ikan(kata ganda penuh)? Jika tidak boleh, boleh pihak DBP jelaskan sebabnya. Terima kasih.Untuk makluman puan, bebola ikan ialah istilah khusus dan merupakan padanan bagi istilah fish ball. Perkataan "bebola" dalam konteks ini bukanlah kata umum seperti bola yang boleh dijamakkan menjadi bola-bola ikan.Istilah26.09.2025
Salam sejahtera...saya ingin bertanya adakah secucuk bebola ikan (kata ganda separa) boleh menjadi secucuk bola-bola ikan(kata ganda penuh)? Jika tidak boleh, boleh pihak DBP jelaskan sebabnya. Terima kasih.Untuk makluman puan, bebola ikan ialah istilah khusus dan merupakan padanan bagi istilah fish ball. Perkataan "bebola" dalam konteks ini bukanlah kata umum seperti bola yang boleh dijamakkan menjadi bola-bola ikan.Istilah26.09.2025
Hi, boleh saya tahu adakah perkataan "sarapan" memerlukan "pagi" atau "sarapan" sahaja pun boleh digunakan? Seterusnya, boleh saya tahu jika kita mempunyai istilah untuk "late-night snack". Terima kasih!Frasa yang betul ialah "sarapan". Cadangan terjemahan untuk "late night snack" ialah "snek lewat malam". Cadangan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya.Istilah15.08.2024
Pada zaman ini, banyak pengeluar telefon pintar menghasilkan telefon pintar boleh lipat (fold). Boleh saya dapatkan padanan sesuai untuk "hinge" dan "crease". Boleh rujuk beberapa penulisan luar untuk memahami lebih terperinci maksud hinge dan crease yang saya maksudkan.Padanan bahasa Melayu bagi istilah hinge ialah cemat, manakala padanan bahasa Melayu bagi istilah crease ialah garis. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah03.03.2023
Salam sejahtera, mengapakah saya tidak boleh mengakses laman rasmi Korpus DBP ini?Laman rasmi Korpus DBP kini sudah boleh diakses. Puan boleh mencuba sekali lagi untuk mengakses laman tersebut. Lain-lain16.05.2025
Dimana boleh sababat saya (warganegara Czech Republic) boleh mendaftar untuk belajar bahasa Melayu? Boleh berikan cadangan?

Salam puan yang budiman,

Untuk pertanyaan berkaitan dengan kursus yang dianjurkan oleh Akademi DBP, puan boleh e-melkan kepada akademi@dbp.gov.my atau hubungi pegawai melalui talian 03-21470201/0213/0232.

Sekian, terima kasih.

Lain-lain20.07.2025
Mana satu yang betul: 1. Keenganan dan kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. 2. Keenganan atau kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. 3. Kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib.1. Keengganan dan kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib.
2. Keengganan atau kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib.
3. Kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Ketiga-tiga ayat ini betul bergantung pada maksud yang hendak disampaikan dalam wacana tersebut.
Tatabahasa13.02.2025
Boleh tanya perkataan "suloh" atau "suluh" yang sesuai digunakan kini?Ejaan yang betul ialah suluh. Ejaan31.07.2025
Boleh saya tahu, jumlah bilangan daftar kata terkini dalam kamus dewan perdana ?Untuk makluman, kata entri dan subentri yang terdapat dalam Kamus Dewan Perdana (2020) berjumlah kira-kira 120 ribu.Lain-lain12.10.2025
Boleh kah saya menggunakan perkataan "Di tepian air" bagi "Exclusive waterfront living" dan juga penggunaan "keluarga kecil yang sedang berkembang" bagi penggunaan "growing families" Terima kasihCadangan padanan dalam bahasa Melayu yang bersesuaian adalah seperti yang berikut:

(a) Exclusive waterfront living - Kediaman eksklusif di tepian air. (b) Growing Families - Keluarga yang semakin berkembang.
Lain-lain05.08.2025
12345678910...

Kembali ke atas