Hi, boleh saya tahu adakah perkataan "sarapan" memerlukan "pagi" atau "sarapan" sahaja pun boleh digunakan? Seterusnya, boleh saya tahu jika kita mempunyai istilah untuk "late-night snack". Terima kasih! | Frasa yang betul ialah "sarapan". Cadangan terjemahan untuk "late night snack" ialah "snek lewat malam". Cadangan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya. | Istilah | 15.08.2024 |
Hi, boleh kah DBP tolong kita translasikan Safety Data Sheet dari bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia? Jika boleh, macam mana kita boleh dapatkan perkhidmatan ini dari DBP? Terima Kasih. | Cadangan kami terjemahan dalam bahasa Melayu untuk perkataan bahasa Inggeris Safety Data Sheet ialah Lembaran Data Keselamatan. Untuk makluman tuan DBP tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan. Untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut, tuan boleh hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Makna | 07.10.2022 |
Pada zaman ini, banyak pengeluar telefon pintar menghasilkan telefon pintar boleh lipat (fold). Boleh saya dapatkan padanan sesuai untuk "hinge" dan "crease". Boleh rujuk beberapa penulisan luar untuk memahami lebih terperinci maksud hinge dan crease yang saya maksudkan. | Padanan bahasa Melayu bagi istilah hinge ialah cemat, manakala padanan bahasa Melayu bagi istilah crease ialah garis. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 03.03.2023 |
Salam sejahtera, mengapakah saya tidak boleh mengakses laman rasmi Korpus DBP ini? | Laman rasmi Korpus DBP kini sudah boleh diakses. Puan boleh mencuba sekali lagi untuk mengakses laman tersebut. | Lain-lain | 16.05.2025 |
Dimana boleh sababat saya (warganegara Czech Republic) boleh mendaftar untuk belajar bahasa Melayu? Boleh berikan cadangan? | Salam puan yang budiman, Untuk pertanyaan berkaitan dengan kursus yang dianjurkan oleh Akademi DBP, puan boleh e-melkan kepada akademi@dbp.gov.my atau hubungi pegawai melalui talian 03-21470201/0213/0232. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 20.07.2025 |
Mana satu yang betul: 1. Keenganan dan kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. 2. Keenganan atau kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. 3. Kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. | 1. Keengganan dan kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. 2. Keengganan atau kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. 3. Kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tatatertib. Ketiga-tiga ayat ini betul bergantung pada maksud yang hendak disampaikan dalam wacana tersebut. | Tatabahasa | 13.02.2025 |
boleh terangkan secara jelas beza bidalan dengan pepatah serta contoh-contoh yang jelas.terima kasih | Secara ringkasnya, bidalan bermaksud susunan kata yang ringkas tetapi dalam maknanya yang menjadi sebutan orang sebagai bandingan, teladan dan pengajaran, misalnya jika kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga, dan alah bisa tegal biasa. Pepatah pula bermaksud susunan kata yang ringkas dan mengandungi nasihat, peringatan atau ajaran daripada orang tua, biasanya dipakai atau diucapkan untuk mematahkan kata-kata atau ucapan seseorang. Contoh penggunaannya: Elakkan berhutang semata-mata untuk memberikan wang hantaran yang tinggi kepada pasangan, bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri.
| Makna | 24.05.2025 |
Boleh saya tahu, adakan istilah perubatan ini; RAPID SEQUENCE INDUCTION mempunyai terjemahan rasmi dalam bahasa melayu? Jika tiada, adakah wajar saya menggunakan terjemahan berikut; Induksi Urutan Pantas? atau kekal dlm bahasa inggeris? saya telah mencari di carian kata, tetapi tiada penemuan postif. | Cadangan padanan bagi istilah rapid sequence induction dalam bahasa Melayu ialah induksi urutan cepat. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 03.04.2025 |
Boleh saya dapatkan terma yang tepat utk "anatomic pathology". adakah patologi anatomi ATAU patologi anatomik ATAU anatomik patologi | Cadangan padanan bagi istilah anatomic pathology dalam bahasa Melayu ialah patologi anatomi. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 21.03.2025 |
Boleh saya dapatkan maksud yang paling sesuai untuk terjemahan kepada lean management? | Cadangan padanan bagi istilah lean management dalam bahasa Melayu ialah pengurusan kejat. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 13.11.2024 |