Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata boleh digunakan

Peribahasa

Bagai sayang kaki pada terompah.

Bermaksud :

Kasih sayang yang boleh ditinggal-tinggalkan, sesuatu yang digunakan pada waktu perlu saja.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bolehkah memulakan satu ayat dengan menggunakan perkataan "tetapi"? selain daripada perkataan "namun begitu" apakah perkataan lain yang boleh digunakan?Menurut data kami perkataan tetapi tidak boleh digunakan pada permulaan ayat. Perkataan lain yang boleh digunakan sebagai kata penghubung tentangan bagi permulaan ayat ialah walau bagaimanapun.Tatabahasa17.07.2020
Adakah perkataan "dalam" boleh digunakan sebagai permulaan ayat?Perkataan "dalam' boleh digunakan pada permulaan ayat. Contohnya: Dalam hal ini, kita semua setuju.Tatabahasa08.07.2016
Apakah perkataan tataurusan boleh digunakan? Mohon penjelasan penggunaan perkataan tersebut Terima kasih.Perkataan tataurusan boleh digunakan. Maksud perkataan tersebut ialah cara dan peraturan untuk mengurus sesuatu, sistem pengurusan. Contoh ayat: Tataurusan syarikat itu akan disusun semula.Makna19.01.2018
Adakah perkataan "sedentari" boleh digunakan dalam penulisan?Perkataan sedentari adalah betul dan boleh digunakan.Istilah26.08.2016
adakah perkataan 'KRISMAS' boleh digunakan secara rasmi untuk penulisan dan promo tv?
Menurut data kami, perkataan "KRISMAS" boleh digunakan dalam penulisan dan sebagainya.
Lain-lain04.11.2016
Adakah perkataan 'proses-proses' boleh digunakan atau hanya perkataan 'proses'?Salam sejahtera,

Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan berdasarkan kesesuaian dalam ayat.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa18.09.2017
Adakah kan dan pun boleh digunakan di hujung ayat secara bersendirian?Penggunaan kan  boleh digunakan di hujung ayat secara bersendirian biasanya dijumpai dalam penulisan kreatif seperti di dalam novel atau penggunaan  dalam dialog (bahasa percakapan), manakala perkataan pun  dijumpai bersendirian apabila membawa sesuatu maksud, hendaklah dijarakkan seperti dia pun, begitu pun, sesiapa pun dan lain-lain.Tatabahasa11.06.2020
Penjodoh bilangan "angkatan" boleh digunakan untuk haiwan? Seangkatan burung?Penjodoh bilangan angkatan tidak boleh digunakan untuk haiwan. Penggunaan penjodoh bilangan yang  sesuai ialah sekawan burung, sekawan kerbau dan lain-lain. Angkatan digunakan untuk kapal, tentera, pelukis dan penulis.Ejaan05.10.2017
Adakah perkataan “untuk tujuan” dan “di mana” boleh digunakan dalam ayat penyata? Contoh ayat “untuk tujuan”: (a) Internet boleh digunakan untuk tujuan penyelidikan. (b) Untuk tujuan penyelidikan, pengkaji perlu menyediakan senarai subjek. Contoh ayat “di mana”: (a) Reliabiliti merujuk kepada tahap di mana teknik pengumpulan maklumat memberikan penemuan. (b) Subjek kajian dibahagikan kepada dua kumpulan secara rawak, di mana satu kumpulan tidak diberikan rawatan dan satu kumpulan lagi diberikan rawatan.Perkataan "untuk tujuan" boleh digunakan pada ayat penyata dan sesuai pada ayat contoh yang diberikan.  Akan tetapi perkataan "di mana" tidak sesuai digunakan pada ayat contoh.  Perkataan "di mana" boleh digantikan dengan perkataan "iaitu".Lain-lain23.03.2017
Adakah perkataan “untuk tujuan” dan “di mana” boleh digunakan dalam ayat penyata? Contoh ayat “untuk tujuan”: (a) Internet boleh digunakan untuk tujuan penyelidikan. (b) Untuk tujuan penyelidikan, pengkaji perlu menyediakan senarai subjek. Contoh ayat “di mana”: (a) Reliabiliti merujuk kepada tahap di mana teknik pengumpulan maklumat memberikan penemuan. (b) Subjek kajian dibahagikan kepada dua kumpulan secara rawak, di mana satu kumpulan tidak diberikan rawatan dan satu kumpulan lagi diberikan rawatan.Perkataan "untuk tujuan" boleh digunakan dalam ayat penyata dan sesuai pada ayat contoh yang diberikan.  Akan tetapi perkataan "di mana" tidak sesuai digunakan pada ayat contoh.  Perkataan "di mana" boleh digantikan dengan perkataan "iaitu".Lain-lain23.03.2017
12345678910...

Kembali ke atas