| apakah yang dimaksudkan aspek struktur dalam sesebuah sajak | Secara umum, aspek struktur dalam sesebuah sajak boleh dilihat dari dua sudut, iaitu struktur fizik dan struktur dalaman. Struktur fizikal ialah bentuk yang digunakan oleh seseorang penyair seperti baris, rangkap dan sebagainya. Manakala struktur dalaman pula boleh dilihat dari segi makna puisi tersebut. Sila rujuk buku-buku berkaitan dengan analisis puisi. | Lain-lain | 01.03.2009 |
| Assalamualaikum. Merujuk kepada perkara berikut: 'Di dalam' digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. 'Dalam' pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan. Bolehkah kata sendi 'di dalam' digunakan untuk ruang dalam komputer, contohnya folder. Contoh ayat: Sila simpan fail itu di dalam folder baharu. Sekian, terima kasih. | Salam sejahtera, Penggunaan kata sendi nama di dalam digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Manakala kata sendi nama dalam hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Komputer adalah sebahagian daripada alat yang tidak mempunyai ruang atau jarak yang dapat ditentukan. Oleh itu, penggunaan ayat yang betul ialah, Sila simpan fail itu dalam folder baharu. Sekian, terima kasih. | Pengembangan | 29.01.2020 |
| bagaimanakah perbezaan antara penggunaan dalam dan di dalam? | Di dalam digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. Dalam pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan. | Tatabahasa | 09.09.2013 |
| Salam sejahtera. Bagaimana ingin membezakan penggunaan "di dalam" dan "dalam"? Adakah "di dalam" digunakan untuk ruang yang boleh dilihat? Dalam dunia hari ini atau Di dalam dunia hari ini? Terima kasih. | 1. Perbezaan penggunaan "dalam" dan "di dalam" adalah seperti yang berikut: a. Kata Sendi Nama "dalam" Digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Contoh: Dalam hal ini, kita bersetuju. b. Frasa Sendi Nama "di dalam" Digunakan untuk menunjukkan kedudukan sesuatu di dalam ruang atau kawasan yang mempunyai jarak, luas, atau sempadan. Contoh: Duit belanja sekolah itu disimpan di dalam beg. 2. Penggunaan yang betul ialah Dalam dunia hari ini. | Tatabahasa | 27.02.2026 |
| terangkan penggunaan dalam dan didalam. | "Di dalam" digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. "Dalam" pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan. | Tatabahasa | 09.09.2013 |
| apakah sumbangan pebyair wanita dalam puisi melayu moden | Salam. Sumbangan penyair wanita dalam puisi Melayu moden boleh dilihat seperti yang berikut: i. Tentang perjuangan kaum wanita. ii. Menampilkan penglibatan, minat dan bakat kaum wanita dalam bidang kerjaya. iii. Memahami perasaan/pemikiran kaum wanita. iv. Merancakkan aktiviti dunia sastera tanah air. Sekian dan wassalam. | Lain-lain | 12.03.2009 |
| Yang manakah satu betul, di dalam petikan / dalam petikan? Terima kasih. | Di dalam digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. Dalam pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan. Ayat yang betul "Antara nilai yang terdapat dalam petikan ini ialah bersopan santun". | Tatabahasa | 04.02.2013 |
| assalamualaikum...saya ingin bertanya mengenai penggunaan kata dalam dan di dalam.. | 'Di dalam' digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. 'Dalam' pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan. | Tatabahasa | 19.03.2012 |
| perbezaan " mengerang,merintih, mengeluh" ? | Untuk makluman, di bawah merupakan maksud bagi ketiga-tiga makna perkataan tersebut dan perbezaan dan persamaannya boleh dilihat berdasarkan maksud yang diberikan. Mengerang: 1. Mengeluh kerana kesakitan dan lain-lain lagi 2. Mengeluh atau merintih kerana menderita kesusahan dan lain-lain. Merintih: 1. Mengerang (kerana kesakitan dan lain-lain), mengaduh, mengeluh 2. Melahirkan perasaan susah (sedih), mengeluh, mengesah 3. Sedih, pilu (suara) Mengeluh: 1. Melahirkan rasa dukacita atau sedih (kerana sesuatu penderitaan, kemusykilan, dan sebagainya), berkeluh-kesah, merintih | Makna | 28.06.2016 |
| Apakah perbezaan antara "bulat" dan "bundar"? | Berdasarkan Kamus Dewan bundar bermaksud bujur seperti bentuk bulat yg dileperkan. Maka perbezaannya antara kedua-keduanya boleh dilihat pada bentuk, iaitu bujur. | Makna | 08.09.2014 |