Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata boleh kah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bolehkan khidmat nasihat DBP ini menterjemahkan perkataan bahasa inggeris kedalam bahasa melayu melalui laman web ini. jika boleh, boleh kah saya menghantarkannya. terimaksaih.

Harap maaf, Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menawarkan perkhidmatan perterjemahan secara percuma ataupun berbayar. Untuk khidmat penterjemahan sila hubungi Institut Terjemahan Negara, no. tel. 03-41497210 atau Persatuan Penterjemah Malaysia, no. tel. 03-21424381.

 

Lain-lain11.08.2009
Boleh kah saya buat signbord mcm ni?Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain22.08.2016
Boleh kah saya menggunakan perkataan Omega dalam pilihan nama untuk pusat tuisyen?

Saudara,

Makna perkataan omega ialah  huruf ke-24 (terakhir) dlm abjad Yunani. Dalam konteks lain, perkataan omega merupakan jenama terkemuka bagi jam. Dalam konteks penamaan terutamanya penamaan pusat tuisyen, biasanya nama-nama yang menunjukkan kebijaksanaan, keilmuan atau berbentuk akademik sesuai digunakan. Dalam hal ini jika puast tuisyen tersebut disamakan dengan taraf terkemuka maka perkataan omega bolehlah digunakan. 

Makna05.08.2010
boleh kah ayat PEMASARAN PELBAGAI PERINGKAT digunakan pada papan iklan?Jawapan anda adalah betul.Tatabahasa19.12.2007
Salam, Boleh kah saya bertanya apakah perkataan yang sesuai untuk penggunaan "shred" dalam kaedah pelulupusan.Menurut (Kamus Inggeris-Melayu Dewan) maksud shred ialah mencincang. Contoh ayat ialah "mesin itu mencincang kertas."Makna23.10.2018
Assalam. boleh kah kiranya saya menggunakan KESAHIHAN bagi menggantikan "VALIDITY" untuk kontks ayat : 'Kepentingan perlaksanaan ujina rintis (Pilot sudy) untuk mendapatkan "validity of " soalan-soalan dalam borang soal selidik ?Istilah kesahihan ialah padanan bahasa Melayu yang betul untuk "validity". Walau bagaimanapun, kami berpendapat perkataan"mendapatkan" dalam ayat tersebut kurang tepat. Perkataan yang lebih sesuai ialah "menentukan" . (...untuk menentukan kesahihan soalan-soalan...)Istilah31.05.2016
melalui portal ini, boleh kah membantu saya dalam mencantikkan bahasa yang saya translate dari google translation english to malay?DBP tidak membuat kerja-kerja penterjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Untuk mendapatkan khidmat tersebut, sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.Lain-lain06.09.2023
perkataan bandar raya,boleh kah digunakan sebagai kata nama khas,contoh dalam ayat ini: Bandar raya Kuala Lumpur tersergam indah. atau perlu di sambung seperti ini: Bandaraya Kuala Lumpur. Harap pihak DBP dapat menjawab soalan ini secepat mungkin.Terima KasihEjaan yang betul ialah bandar raya. Penggunaan yang betul ialah Bandar Raya Kuala Lumpur tersergam indah tetapi pihak DBKL mengejanya rapat untuk membolehkan mereka menggunakan akronim B bagi Bandar Raya.Tatabahasa05.09.2007
Penggunaan kata sendi 'oleh' boleh kah diikuti dengan kata ganti nama diri yang pertama? Contohnya: Bola itu ditendang oleh saya.
Menurut data kami, kata sendi nama "oleh' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama (mengandungi kata ganti nama diri ketiga) yang menunjukkan hubungan pembuat dalam ayat pasif yang menggunakan bentuk-bentuk seperti contoh yang berikut: Kuih itu dibeli olehnya, Buku Pelita Bahasa Melayu terkarang oleh Za'ba dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, ayat yang betul ialah bola itu saya tendang.
Tatabahasa05.09.2018
HR Assistant , Purchasing Assistant itu boleh kah di translate sebagai pembantu HR, Pembantu pembelian ?HR Assistant = Pembantu Sumber Manusia
Purchasing Assistant = Pembantu Pembelian
Makna19.09.2018
12345678910...

Kembali ke atas