Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata boleh lah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera; Tuan; 1. Benarkah partikel -lah boleh ditambahkan di mana-mana perkataan? 2. Betulkah ayat-ayat di bawah yang menggunakan partikel -lah itu betul dari segi penggunaannya. (a) Kita hendaklah berhati-hati semasa melintasi jalan raya. (b) Kita perlulah membasuh tangan sebelum dan selepas makan. (c) Kita wajarlah memanfaatkan masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. (d) Kita patutlah menghormati guru dan ibu bapa. (e) Kita haruslah mematuhi peraturan sekolah. (f) Kita mestilah menjaga kebersihan diri untuk menghindarkan penyakit. Sekian terima. Bantuan yang diberikan amat dihargai

Dalam Kamus Dewan kata Lah ditakrifkan sebagai partikel atau kata tugas yang digunakan untuk menegaskan kata yang mendahuluinya serta terikat dengannya: seperti contoh ayat, Makanlah kuih itu, Janganlah kamu berasa segan. Begitu juga penggunaan lah dalam contoh ayat yang diberi adalah betul.

Tatabahasa25.06.2010
Salam sejahtera, Yang mana betul : Siti Nurhalizalah atau Siti Nurhaliza lah / YouTubelah atau YouTube lah. Bolehkah lah dicantumkan kepada kata nama khas/slanga/dan lain-lain jenis perkataaan? Sekian, terima kasih!Penggunaan perkataan yang betul ialah Siti Nurhalizalah/YouTubelah. Partikel "lah" boleh digunakan pada kata nama khas dan slanga mengikut kesesuaian konteks yang digunakan.Ejaan16.11.2020
Salam Sejahtera DBP, Saya ingin mendapatkan penjelasan tentang penggunaan perkataan "lah" di dalam Bahasa Malaysia. Setahu saya, penggunaan "lah" boleh dikatakan sebagai bahasa tidak rasmi dan tidak diiktiraf semasa acara / percakapan rasmi. Dan, adakah perkataan "Ok" boleh digunakan di dalam Bahasa Malaysia?Dalam Kamus Dewan kata Lah ditakrifkan sebagai partikel atau kata tugas yang digunakan untuk menegaskan kata yang mendahuluinya serta terikat dengannya: seperti contoh ayat, Makanlah kuih itu, Janganlah kamu berasa segan.

Dalam  Bahasa Melayu, ejaan yang betul ialah okey.
Tatabahasa20.09.2012
Salam sejahtera. 1. Di sini bermula sejarah pewaris........ 2. Di sinilah bermula sejarah pewaris...... Ayat pertana dan ayat kedua, yang mana satu betul tentang penggunaan partikel lah? Terima kasih.Partikel -lah atau kata penegas berfungsi untuk memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Jika hendak diberi penekanan maka partikel -lah boleh digunakan dan sebaliknya jika ditiadakan ayat tersebut masih lengkap. Oleh itu, partikel -lah boleh ada atau tiada dalam ayat. Penggunaan kata perlu/perlulah, mesti/mestilah, di sini/di sinilah dan hendak/hendaklah dibolehkan asalkan bersesuaian dengan konteks ayat yang digunakan.Tatabahasa22.04.2013
Penggunaan perkataan perlu atau perlulah. Sebagai contoh Pengawas perlu / perlulah memastikan semua calon mengisi maklumat dengan lengkap. Apakah fungsi "lah". Mesti / Mestilah. Hendak / Hendaklah. Bilakah @ dalam keadaan manakah sesuatu perkataan perlu,mesti, hendak akan digunakan perlulah, mestilah hendaklah.Partikel -lah atau kata penegas berfungsi untuk memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Jika hendak diberi penekanan maka partikel -lah boleh digunakan dan sebaliknya jika ditiadakan ayat tersebut masih lengkap. Oleh itu, partikel -lah boleh ada atau tiada dalam ayat. Penggunaan kata perlu/perlulah, mesti/mestilah dan hendak/hendaklah dibolehkan asalkan bersesuaian dengan konteks ayat yang digunakan.Tatabahasa19.02.2013
Jika menggunakan perbualan misalnya perkataan yalah atau ajelah. Perkataan lah itu boleh digabungkan ataupun menjadi dua perkataan. Terima kasih.Kata penegas -lah mesti dieja rapat dengan perkataan sebelumnya kerana ia tidak boleh berdiri sendiri kerana tidak membawa apa-apa makna.Tatabahasa10.12.2007
Berkaitan Kertas BM 2 UPSR : Bahagian C, status penggunaan 'lah' bersama kata bantu 'mesti, harus, hendak'. Soalannya boleh guna atau tidak boleh atau harus diguna?Partikel "lah" berfungsi sebagai kata penegas dan boleh digunakan untuk menegaskan bahagian tertentu dalam ayat. contohnya pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia atau yang setaraf dengannya.Tatabahasa12.04.2014
1. Marilah kita mengucapkan terima kasih kepada Alam Flora. 2. Marilah kita ucapkan terima kasih kepada Alam Flora. 3. Mari kita mengucapkan terima kasih kepada Alam Flora. 4. Mari kita ucapkan terima kasih kepada Alam Flora. Dalam empat ayat ini, adakah partikel -lah diperlukan? Bolehkah partikel -lah digugurkan secara pilihan, maksudnya boleh diwujudkan dan boleh juga ditiadakan? Ayat ini ialah ayat penyata atau ayat suruhan? Jika ayat suruhan, adakah kata kerja "ucap" patut menerima akhiran -kan lalu membentuk kata kerja ayat suruhan "ucapkan"? Jika ayat ini ayat penyata, adakah kata kerja "ucap" harus menerima apitan meN-...-kan lalu terhasilnya kata kerja transitif "mengucapkan" yang disambut oleh objek, yakni "terima kasih"? Semua inilah tanda-tanda soal dalam hati saya.

Ayat yang betul ialah Marilah kita mengucapkan terima kasih kepada Alam Flora dan Mari kita mengucapkan terima kasih kepada Alam Flora kerana ayat ini ayat aktif transitif. Jika hendak diberikan penekanan maka partikel –lah boleh digunakan dan sebaliknya jika ditiadakan ayat tersebut masih lengkap.

Tatabahasa29.05.2014
"Saja je lah Lin tanya. Betul tak kak?"" Tuan, bagaimana cara tulis "je lah" dalam dialog di atas? Perlu dirapatkan atau tidak? Perkataan "je" perlu italic tak?Tidak ada contoh penggunaan perkataan tersebut dalam sumber rujukan kami kerana lazimnya bahasa percakapan tidak dijadikan data untuk rujukan. Dalam hal ini saudara harus memikirkan apakah boleh difahami atau membawa maksud yang dikehendaki jika perkataan tersebut ditulis bersambung atau sebaliknya.Ejaan26.06.2012
salam, bolehkah perkataan "tersergamlah" digunakan dalam ayat? dalam kamus dewan cuma tertera "tersergam" sahaja.Perkataan "tersergamlah" adalah betul dan boleh digunakan. Untuk makluman, kata penegas"-lah" ialah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat. Partikel "-lah" digunakan untuk menegaskan frasa predikat atau bahagiannya.Tatabahasa14.09.2012
12345

Kembali ke atas