Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bolehlah

Puisi
 

Cubalah abang naik rakit,
     Naik kereta pergi ke hulu;
Bolehlah abang tolong sedikit,
     Supaya adik bolehlah tahu.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Seperti pasir di tepi pantai,
     (tatkala) air timpas bolehlah dibahagikan.

Bermaksud :

Tidak boleh membenarkan perbuatan (perkataan) orang-orang yang berkuasa ketika ia sedang marah, tunggulah dulu sampai reda kemarahannya. timpas = air surut yang serendah-rendahnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan , Ayat: Sesiapa yang ingin menjadi penyanyi dan pelakon bolehlah datang ke pusat membeli belah itu untuk sesi.................... jawapan pilihan : uji bakat atau uji suara jawapan manakah betul ?Sesiapa yang ingin menjadi penyanyi dan pelakon bolehlah datang ke pusat beli-belah untuk sesi uji bakat. Tatabahasa13.10.2011
pertanyaan saya berkaitan dengan bagaimana saya nak terbitkan sajak yang telah saya hasilkanSalam tuan,

Sajak yang dihasilkan, bolehlah dihantar kepada editor majalah DBP untuk dinilai dan dipertimbangkan penerbitannya dalam majalah terbitan DBP.

Sajak tersebut bolehlah die-melkan kepada:

Puan Yusaida binti Yusof  <yusaida@dbp.gov.my>.
Sastera15.10.2019
perkembangan isu-isu semasa mengenai bahasa .Soalan sdr terlalu umum. Untuk mengetahui isu-isu semasa mengenai bahasa, sdr bolehlah mendapatkan maklumat mengenainya melalui kertas-kertas kerja yg ditulis mengenai pelbagai isu bahasa, jurnal bahasa, majalah bahasa yg terdapat dalam pasaran. Untuk meneliti kertas kerja yg membincangkan perkara ttg bahasa ini, sdr bolehlah datang sendiri ke bahagian Pusat Dokumentasi Melayu di DBP. T.kasih.Lain-lain12.09.2008
saya ingin mendapatkan senarai nama, biodata serta antologi puisi penyair wanita pada abad ke-20..di mana saya boleh dapatkan maklumat tersebut?Bagi mendapatkan maklumat lengkap tersebut, sdr bolehlah merujuk ke perpustakaan atau Pusat Dokumentasi Melayu DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Sdr juga bolehlah berhubung dengan semua pustakawan yang bertugas dan insya'Allah, mereka bersedia membantu dan menyelesaikan masalah sdr. Sekian, selamat berjaya dan salam.  Lain-lain24.06.2009
As salam tuan di talian, Bolehlah perkataan kewirausahawanan digunakan sebagai tajuk kecil seperti yang berikut: Gabungan Teknologi dan Kewirausahawanan (Ayat dalam laras bahasa untuk Reka Bentuk dan Teknologi). Sekian, terima kasih.Perkataan "kewirausahawanan" tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun beberapa contoh penggunaannya ditemukan dalam carian di internet yang merujuk perihal wira usahawan. Kami berpandangan tajuk "Gabungan Teknologi dan Kewirausahawanan" boleh digunakan.Tatabahasa23.02.2016
bagaimana ingin memahami sesuatu ayat??Untuk memahami sesutu ayat sdr bolehlah membaca buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat. Di dalamnya diterangkan secara terperinci ttg pelbagai jenis ayat. T kasih.Makna21.08.2008
akum. bole saya dptkan apakah ciri-ciri kesantunan berbahasa?Sdr bolehlah merujuk buku-buku yang berkaitan. Contohnya buku Prof Dr Awang Sariyan, Prof. Asmah Hj Omar dll.Lain-lain06.08.2007
BOLEHKAH SAYA MENDAPATKAN MAKLUMAT TENTANG "SUMBANGAN BAHASA MELAYU" DARI DBP?Saudara bolehlah ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP bagi mendapatkan maklumat berkenaan.Lain-lain02.08.2010
bagaimana saya mahu menghantar karya2 saya...

Terima kasih atas pertanyaan sdr. Karya sdr berupa sajak/puisi, cerpen, rencana, esei dan kritikan sastera serta drama bolehlah dihantar ke pelbagai majalah terbitan DBP seperti majalah Dewan Pelajar, Dewan Siswa, Tunas Cipta, Dewan Sastera, Dewan Budaya, Pelita Bahasa dan Dewan Masyarakat. Alamatkan kiriman karya tersebut kepada Editor (mengikut nama majalah yang berkenaan - pilihan sdr), Bahagian Majalah, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur .

Karya berupa buku sastera (antologi/kumpulan puisi, cerpen, novel, drama, esei dan kritikan) bolehlah dihantar ke alamat: Ketua Bahagian Buku Sastera, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur.

Sekianlah dimaklumkan.

Lain-lain04.08.2010
sya mahu menghubungi Dewan SasteraPuan, Editor Dewan Sastera (Muhammad Fadhli Al-Akiti) bolehlah dihubungi melalui e-mel  fadhli@dbp.gov.my atau talian 03-2147 9261.Lain-lain20.03.2015
12345678910...

Kembali ke atas