definisi indentur | Indéntur (istilah Ekonomi) bermaksud, perjanjian antara penerbit bon dgn pemegang bon, yg mencatatkan syarat-syarat sesuatu terbitan bon. | Istilah | 19.09.2010 |
Salam sejahtera. Saya ingin mohon pencerahan untuk penggunaan 'penanda aras' dan 'penandaarasan'. (Mohon berikan contoh ayat yang menunjukkan perbezaannya. Terima kasih. | Tanda aras ialah piawai untuk membandingkan prestasi sesebuah organisasi. Manakala penandaarasan ialah perihal menentukan tanda aras. Kerajaan Malaysia telah menjadikan bon khazanah sebagai bon tanda aras Islam di negara ini. Penandaarasan bertujuan untuk memperbaik mutu atau prestasi seperti mana yang telah dicapai oleh organisasi yang berkenaan. | Tatabahasa | 09.12.2019 |
Dalam bidang kewangan, syarikat boleh mendapatkan modal dengan cara pengsekuritian aset. Cara yang digunakan ialah melalui special purpose vehicle (SPV) di mana originator akan tubuhkan SPV. Aset originator dipindahkan kepada SPV, SPV keluarkan bon kepada pelabur dan wang daripada bon diberi kepada originator. Apakah perkataan yang boleh digunakan bagi menggantikan originator dan SPV? | Saudara Joseph, Cadangan padanan bahasa Melayu bagi perkataan 'special purpose vehicle' dan 'originator' ialah 'kenderaan kegunaan khas' dan 'pemula'. | Istilah | 22.06.2009 |
COVERED BOND | BON TERLINDUNG | Istilah | 25.02.2011 |
Adakah "issuer's credit" boleh diterjemah kepada "kredit pengeluar"? Konteks ayat berkaitan pengeluar bon. "Subject to Issuer’s Credit / Default Risk." | Mohon kemukakan takfiran perkataan issuer's credit bagi membantu kami mendapatkan padanan yang sesuai. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.01.2020 |
Assalamualaikum, Singas dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ditakrifkan sebagai gas tiruan yg mengandungi karbon monoksida dan hidrogen, digunakan sbg bahan mentah asas utk pemprosesan bahan kimia. Sebagai pihak yang menyusun kamus tersebut, dari manakah datangnya istilah singas dan apakah padanannya dalam bahasa Inggeris? | Salam sejahtera, Tuan, Singas berasal daripada perkataan syngas. Syngas merupakan kependekan bagi perkataan synthesis gas. Sekian, terima kasih. | Istilah | 18.12.2017 |
definasi 'sekuriti', definasi 'keselamatan', definasi 'pusat' dan definasi 'membeli' yang lengkap | sekuriti bermaksud 1. sijil saham,bon dsb. bagi membolehkan pemegangnya berhak mendapat bayaran faedah dan dividen 2. keselamatan bermaksud perihal selamat,kesejahteraan, keamanan 3. pusat bermaksud 1. lekuk di tengah-tengah perut2. titik di tengah-tengah sekali3.kawasan yang terletak di tengah-tengah benar 4. membeli bermaksud memperoleh barang dengan membayar. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 16.07.2008 |
Perkataan depositori samada sesuai digunakan bagi mengganti penyerahan iaitu: Pusat Penyerahan Koleksi Negeri kepada Pusat Koleksi Depositori Negeri terima kasih .... | Depositori bermaksud badan yang diamanahkan untuk menyimpan sesuatu (seperti dokumen, wang, sekuriti dan bon) untuk tujuan keselamatan. Berdasarkan penggunaan perkataan depositori dalam istilah seperti Syarikat Amanah Depositori, tidak membawa maksud penyerahan. | Tatabahasa | 09.01.2015 |
salam, pihak kami ingin menamakan satu projek yang akan siap tidak lama lagi, tapi malangnya pihak kami tidak pasti penggunaan perkataan outlets dan premium itu adakah sudah di wartakan sebagai bahasa malaysia. dan apakah terdapat perkataan lain bagi ayat tersebut. | Perkataan outlet tidak digunakan dalam bahasa Melayu. Beberapa padanan outlet yang boleh digunakan ialah Factory outlet diterjemahkan kepada barangan terus dari kilang, outlet juga boleh bermaksud ruang dan salur keluar. Perkataan premium banyak digunakan dalam bidang Ekonomi seperti risisko premium dan bon premium, manakala dalam konteks umum premium boleh diterjemahkan kepada perdana atau utama. | Tatabahasa | 18.01.2013 |