| adakah bongkah polistirena dan bola ping pong serta penyambung "L" merupakan kata majmuk rangkai kata bebas? | Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar; bentuk yang terhasil membawa makna tertentu, dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, contohnya kapal terbang, ibu bapa sapu tangan dan sebagainya. Kata majmuk terbahagi kepada tiga jenis, iaitu: 1) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas, contohnya guru besar, tengah hari dan balai raya. 2) Kata majmuk yang juga merupakan istilah khusus dalam bidang ilmiah, contohnya graf terarah, program bahasa dan analisis teks. 3) Kata majmuk yang mendokong maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa, contohnya cakar ayam, lipas kudung dan anak emas. kata majmuk yang mantap sahaja dieja satu perkataan iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Kata majmuk yang lain dieja dua perkataan Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 133. Jika merujuk kepada maksud tersebut, ini bermakna bongkah polistirena, bola pingpong dan penyambung 'L' merupakan kata majmuk bebas. | Tatabahasa | 29.12.2015 |
| Adakah ayat dibawah adalah betul? sekirannya salah,tolong jelaskan (a)Amir mencongkak muka alya beberapa kali sebelum memberi gula-gula kepadanya.. terima kasih | Makna congkak ialah sombong, bongkak, pongah; ~-bongkak = ~-bongkah terlalu congkak, terlalu sombong; kerana ~ badan binasa prb a) kerana sombong, tidak mahu mengadu hal, badan sendiri mendapat celaka; b) kerana suka berjoli, diri sendiri jadi celaka; kecongkakan kesombongan, kebongkakan, kepongahan. Berdasarkan makna dan ayat yang diberikan, perkataan yang digunakan tidak tepat. | Tatabahasa | 20.08.2010 |
| 1.“Pusat sumber, buku cerita, cerita rakyat, telur ayam, papan kenyataan, kacang tanah, ayam telur, kalau begitu, sudah tentu, sahabat karib,alat bantu, corong minyak, salur gas, sangkar telur, kotak tin, tin susu, kitar semula, batang paip, bongkah polistirena, ping pong, kit telefonik, guru inovatif, sekolah rendah, reka bentuk.” Sila berikan petunjuk kata manakah yang merupakan ayat majmuk rangkai kata bebas? Terima kasih. 2.Ali meminjam buku di/dari/daripada perpustakaan. Kata sendi nama apa yang sesuai dalam konteks ayat ini? | 1. Sila perincikan pertanyaan tuan. Senarai yang diberikan bukan ayat majmuk. 2. Ali meminjam buku daripada perpustakaan. | Tatabahasa | 07.12.2014 |
| penggunaan kata TONGKOL a) dua tongkol jagung - ini penggunaan untuk penjodoh bilangan b) dua tongkol kayu Penggunaan pada (b) itu adakah membawa maksud untuk penjodoh bilangan atau bermaksud untuk bentuk kayu itu? (bentuk - kayu yang telah dikerat-kerat) | Perkataan "tongkol" boleh berfungsi sebagai penjodoh bilangan dan juga sebagai kata nama yang bermaksud sepotong kayu yang agak besar atau disebut bongkah. Penggunaan "tongkol" dalam ayat (b) bermaksud bongkah kayu, bukan penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan yang lazim digunakan untuk kayu ialah "batang". | Tatabahasa | 06.06.2023 |
| 1. Penjodoh bilangan yang paling tepat untuk "tulang". 2. Penggunaan yang paling tepat - "seketul tulang" atau "sebatang tulang". | Tulang bermaksud rangka tubuh manusia atau binatang serta bahagian-bahagiannya yang bersifat agak keras dan kuat. Bagi tulang yang berbentuk panjang dan lurus, penjodoh bilangan yang sesuai ialah batang, manakala tulang yang berbentuk bongkah, potongan dan sebagainya yang keras, padu dan tidak terlalu besar, penjodoh bilangan yang sesuai ialah ketul. Pemilihan penjodoh bilangan yang sesuai haruslah digunakan mengikut bentuk dan struktur tulang yang dimaksudkan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), halaman 217, 1101 dan 2420. | Lain-lain | 24.10.2025 |