Salam sejahtera. Apakah bezanya bongkok sabut dgn bongkok udang? Jwp yg mana betul? 1. Orang tua itu terpaksa berjalan menggunakan tongkat sebab dia _______. A. Bongkok udang. B. Bongkok sabut. Grafik menunjukkan org tua yg bongkok sedikit dgn memegang tongkat. Apakah jwp yg tepat? Terima kasih. | Bongkok udang ialah bongkok di bahagian tengah belakang; melengkung badannya spt udang. Manakala, bongkok sabut ialah (orang yg) bongkok spt sabut kelapa (kerana tua dll). Penjelasan tentang grafik kurang jelas, mohon tuan lampirkan gambar untuk kami lihat dengan lebih menyeluruh. | Makna | 20.08.2014 |
Salam sejahtera 1. Perkataan "bongkok" merupakan kata adjektif atau kata kerja?? 2. Apakah maksud "=" dalam kamus dewan? Adakah "=" bermaksud bongkok sama maksud dengan membongkok? 3. Adakah "bangun, bongkok" yang digunakan oleh guru semasa guru masuk ke kelas betul? Sekian terima kasih | Bongkok pada makna yang pertama berfungsi sebagai kata adjektif, manakala dalam makna yang kedua berfungsi sebagai kata kerja. Simbol "=" pada maksud kedua bermaksud bongkok juga boleh membawa maksud membongkok, bergantung pada konteks penggunaannya dalam ayat. Frasa yang batul "bangun dan membongkok" kerana merujuk perbuatan. | Tatabahasa | 05.11.2015 |
Adakah ayat dibawah adalah betul? tolong jelaskan sekirannya salah.. (a) Amina terbongkok-bongkok mencari anak kucingnya yang hilang.. terima kasih | Mengikut struktur ayat yang terdiri daripada subjek dan predikat, ayat yang diberikan adalah betul. | Tatabahasa | 20.08.2010 |
seikat seperti sirih, serumpun seperti serai, sedencing seperti besi, melompat sama patah, menyerudup sama bongkok, jalan sedondon, selenggang seayuh, rundingan jangan selisih, muafakat jangan bercanggah. Mohon diberi penjelasan mengenai kata adat ini | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, kata adat bermaksud peribahasa yang berkaitan dengan adat. Peribahasa digunakan untuk menyatakan sesuatu secara sopan dan berhemah oleh masyarakat Melayu. Puan boleh merujuk buku peribahasa Melayu untuk makna. | Sastera | 17.11.2013 |
Kepentingan memelihara hubungan etnik yang harmonis berpandukan kata adat: seikat seperti sirih, serumpun seperti serai, sedencing seperti besi, melompat sama patah, menyerudup sama bongkok, jalan sedondon, selenggang seayuh, rundingan jangan selisih, muafakat jangan bercanggah | Sila kemukakan pertanyaan puan dengan jelas. Untuk makluman, secara umumnya Khidmat Nasihat Bahasa ialah perkhidmatan bagi membantu pelanggan menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu termasuklah masalah yang berkaitan ejaan Rumi dan Jawi, perkataan, istilah, laras bahasa dan tatabahasa.
| Tatabahasa | 09.11.2013 |
1)Nenek kebayan sering digambarkan sebagai seorang perempuan tua yang bertongkat dan bertubuh senget.2)Adik mengejar ayah yang baru balik dari kerja kerana terdapat onde-onde di tangannya. Tolng betulkan.Terima kasih. | 1. Nenek kebayan sering digambarkan sebagai seorang perempuan tua yang bertongkat dan bertubuh bongkok. 2. Adik mengejar ayah yang baru balik daripada bekerja kerana terdapat onde-onde di tangannya. | Tatabahasa | 08.07.2012 |
Saya hendak bertanya apakah perbezaan yang betul dan yang sesuai? Saya juga hendak bertanya frasa yang mana betul, di waktu malam atau pada waktu malam? | Menurut data kami, perkataan betul bermaksud 1. benar, tidak salah: barangkali ~ kata engkau itu; 2. tepat, langsung: buah itu jatuh ~ di atas kepala saya; pukul satu ~; 3. sungguh, sangat: dia sudah gila ~; ~lah budak ini; 4. sejati, tulen: dua lagi orang Melayu ~ menjadi broker; bongkok baru ~, (buta baru celik) peribahasa angkuh atau sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat; manakala perkataan sesuai ialah 1. padan benar (keadaan, rupa, dll), cocok benar: seluar itu tidak ~ dengan saya kerana terlalu besar; carilah gadis lain yang lebih ~ untuk dijadikan isteri kamu; 2. berpadanan (dengan), berpatutan (dengan): bunyi besi itu ~ dengan bunyi piano; 3. setimbal, seimbang, selaras: hukuman itu telah difikirkan sebagai hukuman yang paling ~ untuk kampung itu; 4. sepakat, sehati, setuju: ~ benar pendapat mereka; 5. serasi (ubat dan lain-lain), cocok benar: rumput di negeri ini tidak ~ untuk makanan kuda kerana kekurangan zat kalsium;. Frasa yang betul ialah pada waktu malam kerana perkataan "pada" sesuai merujuk pada waktu dan "di" merujuk pada tempat.
| Tatabahasa | 29.12.2015 |