| Salam. Bahagian kami akan menerbitkan ikon digital book bagi laman web Jabatan Penerangan Malaysia. Jadi, ingin minta nasihat untuk penulisan perkataan digital book yang betul. Adakah ditulis sebagai:- a)d-book b) D-Book c)D-book atau d)d-Book Mohon pencerahan dan terima kasih atas kerjasama yang diberikan. | Salam Pihak kami mencadang sebarang perkataan menggunakan bahasa Melayu untuk memartabatkan bahasa Melayu. Oleh itu, pihak kami mencadang d-Buku. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 01.06.2016 |
| Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apakah istilah Bahasa Melayu untuk perkataan berikut: board book pop up book flap book Saya telah cuba cari di Carian Kata tetapi tidak berhasil. Terima kasih. | Untuk makluman tuan, setakat ini belum ada istilah atau padanan dalam bahasa Melayu untuk perkataan yang tuan berikan. Terima kasih. | Makna | 27.10.2019 |
| Tuan/Puan, Bolehkah saya tahu terjemahan "Book of Ezra" dalam bahasa Melayu? Adakah ia "Kitab Ezra" atau "Kitab Uzair"? Berikut merupakan petikannya: "And the Book of Chronicles, the Book of Ezra in the Hebrew scriptures reported in ringing terms." Terima kasih. | Untuk makluman, istilah "Book of Ezra" dan "Uzair" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Istilah ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 15.09.2013 |
| Selamat sejahtera, untuk kepastian: Adakah perkataan "Tempah" boleh digunakan untuk Book? Dalam konteks "Tempah servis percuma kami". Book dari segi pelanggan perlu "Book" slot pilihan mereka. Terima kasih atas maklumat. | Berdasarkan makna yang dipetik daripada Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 2306, perkataan tempah merupakan kata nama yang merujuk wang pendahuluan yang diberikan kepada seseorang sebagai tanda bersetuju untuk mendapatkan sesuatu barang atau perkhidmatan. Perkataan tempah juga merupakan istilah bahasa Melayu bagi perkataan bahasa Inggeris book dalam bidang Pentadbiran Perniagaan. Dalam konteks ayat yang dikemukakan, perkataan tempah boleh merujuk pada perkataan bahasa Inggeris book. Ayat tersebut diberikan penambahbaikan seperti yang berikut: "Tempah perkhidmatan percuma kami." | Istilah | 10.07.2024 |
| (1) Dengan adanya The Book of the Month Club, pengguna mendapat jaminan mereka membaca buku sama seperti orang lain juga. (Persoalannya: Perlukah The Book of the Month Club itu dicondongkan?) | Sekiranya judul buku, perlulah dicondongkan ataupun diberi tanda petik, "The Book of the Month Club". | Lain-lain | 09.11.2011 |
| Dear Tuan / Puan, Good day to you and Salam Sejahtera. I have reently published a book, “A Chemical Engineering in the Palm Oil Milling Industry” (ISBN: 978-967-18188-0-0). I’m pleased to inform that my book is under consideration to be registered in The Malaysia Book of Records for The Longest Palm Oil Milling Memoir (working title). In order to quality for next round of assessment, may I seek your kind assistance to endorse that my book is indeed a Palm Oil Milling Memoir, and the total word counts (using MS Word processor) is 55,131 (excludes copyright page and table of content). Attached the followings for your reference: 1) Email from The Malaysia Book of Records 2) Print-screen of total word count using MS Word processor Should you need further clarification, kindly please contact me via email or my mobile +60 13 523 7070. Look forward to hearing a favorable reply from you. Thank you. Selamat Hari Raya Haji. | Salam sejahtera, Memohon sokongan dan pengesahan Dewan Bahasa dan Pustaka Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Berhubung perkara di atas, mohon pihak tuan menulis surat rasmi kepada Ketua Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk menyatakan hasrat tersebut dan memperoleh sokongan daripada pihak DBP. Surat bolehlah dialamatkan kepada: Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Aras 30, Menara DBP, 50460 Kuala Lumpur. dan die-melkan kepada: E-mel: saleh@dbp.gov.my / szalina@dbp.gov.my Telefon: 03-2147 9011 Faks: 03-2147 9601 Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 29.07.2020 |
| scrap book | buku skrap | Lain-lain | 26.02.2009 |
| guide/book | Buku Panduan (guide - panduan) | Lain-lain | 16.02.2009 |
| Apa terjemahan "book hangover"? | Cadangan padanan bagi istilah book hangover dalam bahasa Melayu ialah pendam buku. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 08.11.2024 |
| Apa istilah saham "book building" dalam bahasa Melayu? | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "book building". Harap dapat berikan konsep atau makna istilah tersebut untuk membantu kami memberikan cadangan istilah bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 11.06.2012 |