Salam 1Malaysia, 1. Kalau kata 'boros' merujuk kepada Kata Kerja, bagaimana pula dengan frasa 'sangat boros sekali' atau 'amat boros sekali'? Bukankah kata penguat bebas boleh bertemu dengan kata adjektif + sekali? 2. Terjemahan frasa 'hot from oven' dalam bahasa Melayu, apa? Panas dari / daripada oven? 3. Asap kereta keluar dari / daripada ekzos kereta ayah. Terima kasih. | 1. Frasa "sangat boros sekali" tidak gramatis. Boros sama seperti bazir dan jimat merupakan kata kerja. Untuk melihat contoh penggunaan yang betul, layari boros">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=boros. 2. Panas daripada oven. 3. Asap daripada ekzos. Kedua-dua ayat ini merujuk sumber datangnya panas dan asap itu. | Tatabahasa | 02.06.2012 |
'Menghapuskan tabiat boros' atau 'menghapuskan tabiat berboros'. Yang manakah betul? Terima kasih. | Frasa yang betul ialah "Menghapuskan tabiat boros". | Tatabahasa | 22.07.2013 |
Apakah lawan kata boros yang paling tepat? Jika pilihan jawapan a.jimat. b.hemah Apakah yg lebih sesuai. | Lawan kata ‘boros’ ialah berdikit-dikit, ekonomi, hemat dan jimat. | Makna | 18.08.2014 |
memboros masa. penggunaan 'memboros' sebegini boleh diterima? | Perkataan boros tidak sesuai digunakan.Frasa yang betul ialah membazir masa. | Makna | 16.08.2013 |
apa makna hemat | Merujuk Kamus Dewan edisi keempat, hemat ialah tidak boros atau membazir (dlm membelanjakan wang atau menggunakan sesuatu), cermat, jimat: kalau ingin kaya kita harus berbelanja dgn ~; 2. dgn penuh perhatian (minat dll), dgn teliti, cermat, hati-hati, berhati-hati, berwas-was, beringat-ingat, berjaga-jaga. Harap maklum. | Makna | 07.01.2008 |
Di dalam Kamus Dewan edisi keempat, perkataan "ekonomis" (m/s 380) merujuk kepada Id (bahasa Indonesia) bp (bahasa percakapan). Persoalannya adakah perkataan ini boleh digunakan di dalam penulisan yang membawa maksud ekonomis iaitu tidak boros, jimat, tidak menggunakan sesuatu dengan membazir atau berlebihan. Ayat contoh : Encik Ali telah mengamalkan konsep ekonomis di dalam pengurusan syarikatnya semenjak negara mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun 1997. | Ekonomis tidak digunakan dalam bentuk rasmi. Oleh itu, jika merujuk amalan tidak boros, jimat, tidak menggunakan sesuatu dengan membazir atau berlebihan seeloknya kita gunakan kata itu sendiri sama ada jimat atau hemat. Encik Ali telah mengamalkan konsep berjimat/berhemat di dalam pengurusan syarikatnya semenjak negara mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun 1997. | Tatabahasa | 11.07.2008 |
1) Mengapakah penggunaan perkataan hemat di bawah salah?Mohon penjelasan lebih lanjut daripada pihak tuan. - Segala hemat itu satu amalan yang baik. | Hemat bermaksud tidak boros dan perkataan tesebut tidak perlu didahului dengan segala. | Tatabahasa | 19.06.2013 |
SAYA MAEUT ROSMAS BELAJAR BEHASA MELAYU SAYA APAKAH MAKNA CERMAT TERIMAKASIH | Cermat membawa maksud: 1. dengan penuh periksa (perhatian), saksama, teliti; 2. hati-hati dalam berbelanja, hemat, jimat, tidak boros. | Makna | 28.10.2015 |
SAYA MAEUT ROSMAS BELAJAR BEHASA MELAYU SAYA INGIN BERTANYA TENTANG APAKAH MAKNA CERMAT TERIMAKASIK | Cermat membawa maksud: 1. dengan penuh periksa (perhatian), saksama, teliti; 2. hati-hati dalam berbelanja, hemat, jimat, tidak boros. | Makna | 28.10.2015 |
SAYA MAEUT ROSMAS BELAJAR BEHASA MELAYU SAYA INGIN BERTANYA TENTANG APAKAH MAKNA CERMAT TERIMAKASIH | Cermat membawa maksud: 1. dengan penuh periksa (perhatian), saksama, teliti; 2. hati-hati dalam berbelanja, hemat, jimat, tidak boros. | Makna | 28.10.2015 |