Istilah mana yang tepat untuk “botanical jewellery”? a. pembuatan perhiasan diri botanikal b. pembuatan barang kemas botanikal c. pembuatan barang kemas botani d. pembuatan perhiasan diri botani | Padanan yang tepat bagi botanical jewellery ialah barang kemas botani. | Penyemakan dan penterjemahan | 19.08.2014 |
Salam sejahtera. Bolehkah perkataan "bearberry" dalam istilah botani diterjemah sebagai "bearberi"? Terima kasih. | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "bearberry" dalam pangkalan data kami. Oleh itu, bearberi boleh digunakan. | Istilah | 01.04.2014 |
Salam sejahtera. Bolehkah saya tahu, perkataan yang sepadan untuk menerangkan "flower spike" dan "flower head" dalam bahasa melayu. Perkataan ini biasa ditemukan dalam bidang botani. Adakah kedua-duanya membawa maksud yang sama? | Berdasarkan maklumat internet dan prpm kami boleh mencadangkan: flower head - jambak flower spike -- bulir. Namun, padanan yang tepat tetap bergantung pada konteks penggunaan. | Makna | 29.03.2014 |
Apakah terjemahan di dalam Bahasa Melayu yang sesuai bagi ayat Bahasa Inggeris berikut: 'Nearest to purple but pinker' Bolehkah pihak tuan email kepada saya senarai glosari istilah-istilah saintifik (Botani dalam Bahasa Inggeris) serta maksudnya di dalam Bahasa Melayu. Contoh: BI kepada BM cordate = kordat Terima kasih | 1. Cadangan kami bagi nearest to purple but pinker ialah ungu kemerahjambuan. 2. Puan boleh menghubungi kedai buku DBP atau Pusat Dokumentasi Melayu DBP untuk mendapatkan buku glosari atau istilah yang berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan. | Tatabahasa | 13.12.2019 |
Apakah maksud cabang? Terdapat pelbagai maksud bukan? Apakah maksud cerah? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, cabang bermaksud 1. bahagian yg tumbuh dr batang atau dahan pokok: daun tumbuh di ~; 2. bahagian hujung yg berpecah spt dua jari terbuka (bkn galah, lembing, tongkat); besi ~ tiga trisula; 3. bahagian atau bahagian kecil pd tanduk rusa dsb; 4. bahagian atau bahagian kecil sesuatu jalan (sungai, jalan kereta api, dsb) yg berpecah dr bahagian yg utama: ~ jalan; sungai itu banyak ~nya; 5. cawangan: Malayan Banking Berhad mempunyai banyak ~nya di seluruh Malaysia; 6. bahagian atau bahagian kecil drpd sesuatu lapangan pengetahuan (rumpun bahasa, bangsa, dsb): botani ialah ~ biologi; bahasa Melayu ialah ~ rumpun bahasa Melayu-Polinesia; 7. golongan masyarakat: ia dilahirkan dlm kalangan kaum menak, kaum bangsawan ~ atas; ~ buaya = ~ perahu kayu bercabang pd rangka badan perahu; ~ guling cabang pd haluan atau belakang perahu; ~ tenggorok bahagian kecil dr batang tenggorok, bronkiol; Manakala cerah pula bermaksud 1. terang (bkn hari, bulan, lampu, langit, dll): hari sudah ~; 2. jernih (bkn kaca dll); 3. tidak hitam, agak putih (bkn kulit): kulitnya ~; 4. berseri, tidak muram (bkn rupa muka): wajah Cikgu Seman belum ~ betul; 5. ki baik, bahagia, elok: kehidupan mereka menjadi bertambah-tambah ~; 6. ki berakal, cerdik: mujurlah Abang Mat tu ~ sikit; ~ ceria terang lagi bersih (bkn udara, cuaca, dll); ~ kulit tidak hitam (dan tidak putih benar); | Lain-lain | 04.09.2010 |