Puan/Tuan, Salam sejahtera. Saya ingin mengetahui penjodoh bilangan yang betul bagi botol (misalnya botol minuman cola-cola). Manakah yang betul, "sebiji" botol atau "sebuah" botol? Sekian, Terima Masih | sebiji botol | Tatabahasa | 07.11.2011 |
Dakwat itu tidak boleh digunakan lagi kerana botolnya sudah BOCOR. Adakah penggunaan perkataan 'bocor' tersebut betul atau tidak? Kalau tidak, apakah jawapan yang lebih sesuai? | Bocor tidak sesuai digunakan untuk botol. Botol ialah bekas daripada kaca. Cadangan kami, botol sudah pecah. | Tatabahasa | 01.03.2010 |
Puan/Tuan, Sila Tuan/Puan perjelaskan ayat aktif yang manakah yang betul? 11) Isikan air di dalam botol plastik. 1b) Isi air di dalam botol plastik. 1c) Isikan botol plastik dengan air. 2a) Lukis garis untuk memadankan perkataan dengan maksudnya. 2b) Lukiskan garis untuk memadankan perkaataan dengan maksudnya. 3a) Ulang langkah A dan B menggunakan bahan lain. 3b) Ulangi langkah A dan B menggunakan bahan lain. 4a) Langkah menjimatkan air 4b) Langkah penjimatan air 5a) Menjalani kehidupan harian 5b) Menjalankan kehidupan harian 6a) Mengalami selesema 6b) Menghidap selesema 6c) Mendapat selesema 7a) Apakah Jisim? 7b) Apakah itu Jisim? 8a) Penafsiran impuls oleh otak kita 8b) Pentafsiran impuls oleh otak kita Sekian, terima kasih | Yang betul dan gramatis adalah seperti yang berikut: 1. Isi air ke dalam botol plastik. 2. Lukis garis untuk memadankan perkataan dengan maksudnya. 3. Ulangi langkah A dan B menggunakan bahan lain. 4. Langkah-langkah penjimatan air 5. Menjalani kehidupan harian 6. Menghidap selesema 7. Apakah Jisim? 8. Pentafsiran impuls oleh otak kita | Tatabahasa | 07.11.2011 |
Adakah banner ini menepati DBP? | Sila buat pindaan bagi frasa hanya 3, botol anda... menjadi hanya 3 botol, anda... iaitu penggunaan tanda koma dalam ayat. Setelah membuat pindaan, sila ke ruangan Khidmat Pengesahan Bahasa untuk kelulusan. | Tatabahasa | 25.07.2013 |
Saya suka akan biskut yang rangup Peter mencuba membuka penutup botol itu Adakah kedua-dua ayat ini betul.. | Ayat yang betul ialah "Saya suka akan biskut yang rangup." dan "Peter cuba membuka penutup botol itu." | Tatabahasa | 23.08.2013 |
Kepada orang ramai, individu atau sesiapa yang membuang sampah puntung rokok, kertas tisu, pembungkus makanan, tin, botol, kotak, bekas minuman dan sebagainya di merata-rata tempat atau ditempat awam adalah menjadi satu kesalahan di bawah seksyen 47 (1) (a) Akta Jalan, Parit dan Bangunan1974 (Akta 133). Sila ambil perhatian bagi kesalahan ini boleh dikenakan kompaun sehingga RM 500 atau kompaun RM 10.00 serta merta. Saya ingin menyemak penggunaan kesemua perkataan ini dengan betul. | Setelah dibuat pembetulan - Perbuatan membuang sampah di tempat awam termasuklah puntung rokok, kertas tisu, pembungkus makanan, tin, botol, kotak, bekas minuman dan sebagainya merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 47 (1) (a) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133). Setiap kesalahan ini boleh dikenakan denda sehingga RM500.00 atau RM10.00 serta-merta di tempat kejadian. | Tatabahasa | 02.07.2008 |
Tuan, apakah penjodoh bilangan bagi botol. adakah biji atau buah. terima kasih | Penjodoh bilangan biji biasanya digunakan untuk buah atau benda kecil. Penjodoh bilangan buah digunakan untuk benda (bentuk atau jenisnya tidak tentu). Dalam hal ini kata buah lebih sesuai. | Tatabahasa | 25.07.2008 |
Dua orang budak melambaikan panji-panji.(betul@salah) dalam acara sukaneka adakah isi air dalam botol,lari ikat kaki..nama acara -acara ini betul? | Ayat itu betul dan nama-nama acara sukaneka itu juga betul. | Tatabahasa | 20.06.2011 |
Yang mana betul? (1) Isi tempat kosong. (2) Isikan tempat kosong. | Penggunaan yang betul ialah "Isi tempat kosong", isikan bermaksud arahan supaya mengisi sesuatu seperti "isikan air ke dalam botol". | Tatabahasa | 15.11.2011 |
erti kata 'dasar' | Kata 'dasar' bermaksud : 1. bahagian yg di bawah sekali (laut, sungai, tasik, dsb), 2. bahagian yg di bawah sekali sama ada di sebelah dalam atau di sebelah luar sesuatu bekas (spt kuali, botol, dll), 3. lantai, 4. lapisan yg di bawah sekali (pd gambar, kain, dll), latar, 5. sifat, perangai (yg sudah sebati dgn seseorang), 6. pertimbangan (cara, sistem, dll) yg pokok bkn sesuatu, asas, prinsip, teras, 7. pendirian yg menjadi asas segala tindakan (sikap, keputusan, dll), polisi, 8. yg menjadi bahagian (faktor) terpenting, asas, pokok, 9. Id memang, sebenarnya, 10. kertas dsb yg dipotong mengikut bentuk baju dan dijadikan asas utk menggunting pakaian. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 12.03.2010 |