| Apakah 'despatch boy' dalam bahasa malaysia? | Istilah Pertadbiran Perniagaan memberikan padanan “Penghantar Surat” untuk “Despatch Boy”. | Istilah | 28.03.2014 |
| yg mana satu betul: there is a boy and a girl in the park. atau there are a boy and a girl in the park . dan kenapa. terima kasih | Khidmat Nasihat Bahasa menangani masalah/pertanyaan yang berkaitan dengan bahasa Melayu seperti ejaan, tatabahasa dan istilah. Sila kemukakan pertanyaan saudara kepada pihak yang berkaitan seperti guru mata pelajaran bahasa Inggeris. | Lain-lain | 07.07.2011 |
| Salam. Apakah cadangan pihak DBP bagi terjemahan untuk istilah "poster boy" dalam konteks kempen politik? Adakah istilah "muka depan" boleh digunakan sebagai gantian? Terima kasih. | Jawatankuasa Istilah Semasa, Dewan Bahasa dan Pustaka mencadangkan istilah poster boy diterjemahkan sebagai "wajah poster". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 14.02.2022 |
| Salam sejahtera. Bagaimanakah cara terjemahan perkataan/frasa berikut: 1) vast silver trophy 2) throw ball at each other - adakah each other diterjemahkan kepada 'sesama mereka' atau 'di antara mereka'? 3) the freckled-face boy 4) zigzag 5) bulrush - kamus DBP tidak mempunyai data mengenai perkataan ini tetapi kajian saya mendapati bahawa ia merujuk kepada sejenis tumbuhan yang kelihatan seperti lalang. Adakah ia mempunyai perkataan spesifik di dalam BM yang merujuk kepada benda yang sama? 6) the catching of the bird will surely add to the prestige of the hunter - adakah 'add to the prestige' boleh diterjemah kepada 'pemburunya akan dipandang tinggi' atau ada terjemahan yang lebih baik dalam konteks ini? | Padanan bahasa Melayu yang dicadangakan adalah seperti yang berikut||: 1. vast silver trophy - piala perak besar 2. each other - sesama mereka 3. the freckle face boy - budak lelaki yang mukanya berjagat 4. zigzag - zigzag/siku-sika 5. bulrush - tidak ada padanan dalam bahasa Melayu 6. "add to the prestige of the hunter" boleh diterjemahkan kepada pemburunya dipandang tinggi | Istilah | 07.09.2016 |
| Apakah perkataan setara dengan copyboy dalam bahasa? copyboy : one who carries copy and runs errands (as in a newspaper office) | "Copyboy" atau "errand boy" boleh diterjemahkan sebagai budak suruhan. (Rujukan Kamus Inggeris-Melayu Dewan) | Istilah | 07.06.2020 |