Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata breathable


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan untuk '...breathable design'? Adakah rekaan boleh nafas diterima?Tidak ada maklumat tentang breathable design dalam pangkalan data kami. Design diterjemahkan kepada reka bentuk dan breathable ialah nafas/bernafas atau udara bergantung pada konsep penggunaannya. Sila maklumkan kepada kami konsep breathable design untuk kami mencadangkan terjemahan yang sesuai.Penyemakan dan penterjemahan02.10.2017
Apakah terjemahan (direct translation) untuk perkataan 'breathable' yang merujuk kepada jenis kain atau fabrik yang membolehkan kulit 'bernafas'? Terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "breathable"dalam bahasa Melayu. Istilah ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapat padanan bahasa Melayu yang sesuai.Istilah14.04.2017
Soalan ini mengenai keupayaan jenis kain, iaitu 'breathable'. Bolehkah saya menterjemahkan 'Breathability is the ability of a fabric to allow moisture vapor to be transmitted through the material' kepada 'Kebolehnafasan adalah keupayaan kain dalam membolehkan lembapan wap dipancar melalui kain tersebut'. Jadi, bolehkah saya terjemah 'breathable cloth' sebagai 'kain boleh nafas'? Terima kasih.

Salam Sejahtera.  Kami mencadangkan terjemahannya adalah seperti yang berikut:

Kebolehnafasan ialah keupayaan kain/fabrik untuk memindahkan wap air melalui bahan tersebut.

Sekian. Terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan03.10.2017
Sila bagi tahu apakah terjemahan bagi perkataan " breathable"? Perkataan ini tidak terkandung dalam Kamus Dewan. Terima kasih.Untuk makluman, perkataan ini tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Sila berikan konsep atau maksud perkataan ini supaya kami boleh memberikan cadangan padanan bahasa Melayu yang sesuai.Istilah18.06.2013

Kembali ke atas