| Saya memerlukan terjemahan untuk ayat ‘BREWING POSITIVITY’. Cadangan daripada saya, 1) Brulah baik 2) Bru benda baik 3) Bru baik-baik. Terima kasih. | Cadangan terjemahan yang bersesuaian bagi frasa “brewing positivity” ialah “membentuk sikap positif”, bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Penyemakan dan penterjemahan | 14.02.2024 |
| As salam Apakah yang dimaksudkan Dibru | Perkataan bru merupakan terjemahan perkataan bahasa Inggeris brew, brewing diterjemahkan kepada membru atau dalam bentuk pasif ialah dibru. untuk maklumat lanjut, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=brew&d=69812&#LIHATSINI | Penyemakan dan penterjemahan | 16.07.2018 |
| As salam Saya terkeliru apakah maksud Dibru.? | Perkataan bru merupakan terjemahan perkataan bahasa Inggeris brew, brewing diterjemahkan kepada membru atau dalam bentuk pasif ialah dibru. Untuk maklumat lanjut, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=brew&d=69812&#LIHATSINI | Tatabahasa | 16.07.2018 |