| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tuan/Puan Saya Asrin dari Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), agensi di bawah MITI. Kami ingin mendapatkan pandangan maksud Bribery and Corruption. Adakah kami boleh terjemahkan seperti berikut: Bribery: Suapan Corruption: Rasuah Untuk makluman, kami sedang dalam penyediaan survei BM untuk World Competitiveness Ranking (WCR) oleh IMD. Sekian, terima kasih. | Padanan bagi istilah bribery ialah sogokan dan corruption ialah rasuah. Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) halaman 2156 memberikan makna wang sogokan atau rasuah bagi entri suapan. Mengambil kira padanan istilah yang sedia ada dan kekerapan penggunaan, kami mencadangkan padanan istilah bagi Bribery and Corruption ialah Sogokan dan Rasuah. Penggunaan istilah ini perlulah disesuaikan dengan bidang dan konteks penggunaan dalam ayat. | Istilah | 03.03.2025 |
| Salam sejahtera, Bolehkah "Anti-Bribery and Anti-Corruption" diterjemahkan sebagai "AntiRasuah dan AntiPenyelewengan"? Sila lihat kesesuaian format terjemahana juga. Jika terjemahan tidak sesuai, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih. | Padanan yang diberikan bersesuaian. Walau bagaimanapun ejaan yang betul ialah antirasuah dan antipenyelewengan. | Lain-lain | 14.01.2018 |