Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vt 1. instruct by briefing, memberikan taklimat kpd sso, memberi sso taklimat: the chairman will ~ the board on the recent development, pengerusi akan memberikan taklimat kpd lembaga ttg perkembangan mutakhir; pilots were ~ed before each flight, juruterbang diberi taklimat setiap kali sebelum penerbangan; 2. (a barrister) memberi [sso] arahan, memberikan arahan kpd, mengarahkan: I’ve been ~ed to defend the accused, saya diberi arahan utk membela yg dituduh; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : hold a ~ for, bersedia mempertahankan; hold no ~ for, tdk menyokong: he held no ~ for the socialist policies of the Labour Government, dia tdk menyokong dasar sosialis kerajaan yg dipimpin oleh Parti Buruh itu; in ~, pendeknya; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n1. condensed statement (esp of news) ringkasan (berita): local ~s, ringkasan berita tempatan; 2. instruction (esp to barrister) arahan; 3. (fig.), (task) tugas: it is not my ~ to tell him what to do, bukan tugas saya utk memberitahunya apa yg harus dilakukan; 4. see BRIEFING; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj 1. short (of time) singkat, pendek; (of event) singkat; (of garment, writing) pendek: he was president for a ~ period during the war, dia menjadi presiden utk waktu yg singkat semasa perang; the King is on a ~ visit to Italy, Raja sedang dlm lawatan singkat ke Itali; a ~ paragraph, perenggan yg pendek; life is ~, hidup ini tdk /lama, kekal/; 2. momentary, sejenak, sekejap, sebentar, sepintas lalu: he took a ~ look at his watch, dia memandang jam tangannya sejenak; 3. concise, ringkas, pendek, singkat: she made a ~ statement, dia membuat kenyataan ringkas; 4. curt, ringkas; (of person) tdk banyak /kata, cakap/: a cold and ~ welcome, sambutan yg dingin dan ringkas; he was ~ with me this morning, dia tdk banyak kata dgn saya pagi tadi; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata brief


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Untuk buku mata pelajaran Reka bentuk Teknologi tingkatan tiga, terdapat istilah "PROJEK BRIEF" yang digunakan secara berulang kali. Apakah ejaan yang tepat untuk projek brief dari segi: -Italic -Huruf besar/kecil -Ejaan bahasa melayu atau inggeris terima kasih. urgentEjaan yang tepat seperti yang berikut: Projek Brief (perkataan Brief dicondongkan kerana dalam bahasa Inggeris)Ejaan12.01.2018
Perkataan "otherwise" dalam perjanjian membawa maksud apa? Contoh 1, '...the borrower may become liable to the lender any where on banking account or accounts current or otherwise or in any manner whatsoever....' Contoh 2, '....any buildings, fixture or plants or in defending, prosecuting or otherwise howsoever taking part in or attending at (whether on a watching brief as observer or otherwise howsoever)...'

Puan Farhanah terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Otherwise dalam ayat pertama boleh membawa maksud sebaliknya, manakala dalam ayat kedua pula  boleh membawa makna dalam apa cara sekalipun. Walau bagaimanapun kadang kala ia boleh juga membawa makna dalam hal yang lain. Terima kasih.

Tatabahasa13.11.2009
Salam..Mohon dipanjatkan kepada Ketua Pengarah DBP Saya mengikuti perkembangan DBP dan peranannya dalam memertabatkan bahasa melayu ke arah yang lebih global. Jadi di sini saya ingin memberi beberapa cadangan berkaitan: a) Di ruangan carian kata perlu diletakkan bersama "rakaman sebutan perkataan" ..Ini penting dalam memartabatkan bahasa melayu ke peringkat lebih global ( sediakan web "dual language." Ini memudahkan orang luar yang berminat mempelajari bahasa dan sebutan b.melayu. *cth yang patut di paparkan untuk laman web adalah Menu utama menerangkan bla..bla. (Main language here brief you a detail...) Berdasarkan pengamatan saya, belum ada lagi terjumpa carian kata bahasa melayu dengan sebutan... b) Perlu lebih banyak mempromosikan bahasa melayu bermula di peringkat tadika lagi untuk semua kaum di Malaysia.. sekian ps/-sedih apabila mendengar wakil rakyat bukan melayu bercakap melayu silap sebutan di Parlimen walhal B.melayu adalah bahasa kebangsaan...

Assalamualaikum

Terlebih dahulu kami mengucapkan terima kasih atas cadangan saudara. Telah banyak usaha DBP memartabatkan Bahasa Melayu melalui ICT (Lihat laman sesawang DBP). DBP juga sedang berusaha memantapkan lagi laman sesawang untuk tujuan memartabatkan bahasa Melayu di era teknologi ini. Cadangan saudara ini juga akan kami ambilkira.

 Sekian

Lain-lain17.07.2010

Kembali ke atas