| Salam. Apakah ejaan Jawi bagi "United Kingdom", "Great Britain" dan "Ireland"? Terima kasih. | Great Britain ݢريت بريتن United Kingdom يونايتد کيڠدم Ireland اءيلند | Ejaan | 22.04.2021 |
| Tuan/Puan, Dengan segala hormatnya, 1. Saya mendapati dari wikipedia bahawa penterjemahan bagi perkataan "United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland" adalah " Kerajaan Bersatu Britania Raya dan Irlandia Utara". 2. Saya tidak pasti sama ada penterjemahan ini adalah betul. 3. Dengan ini, saya ingin memohon jasa baik Tuan/Puan untuk mengesahkan ketepatan penterjemahan ini. Sekian, Terima Kasih. Mandy Lim | Terjemahan bagi United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland ialah "United Kingdom of Great Britain dan Ireland Utara"
| Makna | 09.05.2022 |
| Apakah terjemahan sesuai bagi "List of British monarchs"? Memandangkan "monarchs" terdahulu di Britain ada ratu juga dan bukan sahaja raja. Adakah "pemerintah diraja" boleh dipadankan dengan "monarch"? Apa pula pendapat pihak tuan/puan DBP? | Maksud monarch ialah yang sesuai di sini ialah raja. Merujuk kepada Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud raja pula ialah orang yang mengetuai dan yang memerintah sesebuah negara atau bangsa secara warisan. Maka terjemahan yang sesuai bagi List of British monarchs ialah Senarai Raja British adalah lebih lebih sesuai. | Makna | 05.08.2017 |
| Apakah perbezaan antara tersebut dan terbabit? Selalunya wartawan akan menggunakan perkataan terbabit, sedangkan saya rasa perkataan tersebut lagi halus/lembut. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud terbabit ialah: terlibat, tersangkut (dlm sesuatu perkara), terseret: apabila Britain berperang dengan Jerman, negara-negara lain pun terbabit sama; Terbabit dalam persengketaan orang lain; Tersebut: 1. telah disebut (diceritakan dll), pernah disebut: maka saya pun terimalah rial yg ~ itu dgn beribu-ribu terima kasih; 2. terkatakan, terperikan: maka segala perahu itu pun berlabuh di Tanjung Kerawang itu, maka tiadalah ~ lagi; 3. = kesebutan ark terkenal atau termasyhur (bkn orang dll); ~lah perkataan sl akan diriwayatkan (dikisahkan, diceritakan) halnya;
| Makna | 19.05.2014 |
| Assalamualaikum wb.t, Saya ingin mendapatkan maklumat berkenaan terjemahan bagi perkataan Cider. Sekarang perkataan dalam Bahasa Inggeris adalah Clear Cider carbonated drink. | Menurut istilah bahasa Melayu, maksud cider daripada bidang makanan dan pemakanan bermaksud sider iaitu jus perahan epal yang dijadikan minuman atau digunakan dalam pembuatan cuka. Di Britain, sider selalunya mengandungi alkohol manakala di Amerika Syarikat, sider selalunya tidak mengandungi alkohol. Sider keras ialah sider yang mengandungi alkohol. | Makna | 30.12.2019 |
| apakah penterjemahan bahasa melayu bagi nama-nama negara berikut: Czech Republic Faeroe Islands Federal Republic of Germany Perancis Gibraltar Grand Duchy of Luxembourg Greece Greenland Hungary Ireland Italy Kingdom of Belgium Kingdom of Denmark Kingdom of Norway Kingdom of Spain Kingdom of Sweden Kingdom of the Netherlands People's Republic of China Portuguese Republic Principality of Andorra Principality of Liechtenstein Republic of Austria Republic of Bulgaria Republic of Cyprus Republic of Estonia Republic of Finland Republic of Iceland Republic of Indonesia Republic Of Korea Republic of Latvia Republic of Lithuania Republic of Malta Republic of Poland Republic of San Marino Republic of Singapore Republic of Slovenia Romania Saint Pierre and Miquelon Slovak Republic State of Israel Swiss Confederation Ukraine United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland United States of America dan dimanakah sumber rujukan untuk penterjemahan nama negara yang tepat? | Penterjemahan bahasa Melayu bagi nama negara luar adalah seperti yang disenaraikan dalam Garis Panduan Penentuan Nama Geografi,Edisi Kedua, 2006 yang diterbitkan di Malaysia oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. | Penyemakan dan penterjemahan | 03.12.2014 |
| Salam sejahtera. Mohon pihak tuan beri penjelasan tentang perbezaan penggunaan perkataan "waktu" dan "masa". Terima kasih. -Rahayu- | Merujuk Kamus Dewan,1. masa ialah 1. waktu, ketika: ~ dan tempat perundangan itu harus dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak; bila-bila ~; 2. jangka waktu yg agak lama (ketika sesuatu kejadian dll yg penting berlaku), zaman; ~ Jepun zaman pendudukan Jepun; 3. jangka waktu yg tertentu (ada permulaan serta batasnya); ~ capaian (Komp) masa yg diperlukan utk mendapatkan data yg diproses; ~ kerja waktu yg ditentukan utk sesuatu pekerjaan; separuh ~ pertama (kedua) waktu permainan bola sepak dll dr permulaan hingga pertengahan (dr pertengahan hingga akhir); ~ depan (hadapan, datang) zaman yg akan datang; ~ karbon zaman lapisan karbon terbentuk (dlm tanah); ~ kecil ketika masih kecil (zaman masih budak-budak); ~ kering musim kering; ~ lampau waktu yg telah lalu (lepas); ~ lapang (lega) waktu senggang; ~ peralihan masa berlaku perubahan atau pergantian (drpd suatu keadaan kpd keadaan lain); ~ Permian (Geo) zaman selepas zaman karbon; ~ rehat waktu utk berehat; dr se~ ke se~ dr satu waktu ke waktu lain; 2. waktu ialah 1. rangkaian atau rentetan saat (yg telah berlalu dan yg akan datang), masa: secara rohaniah manusia itu bebas, bebas utk bergerak, baik dlm ruang mahupun dlm ~; 2. ukuran masa yg tertentu, jangka masa: dlm ~ dua jam lagi, dia akan sampai; 3. saat (masa) tertentu utk melakukan sesuatu atau sesuatu yg telah ditetapkan, spt sembahyang dll: ~ tidur hendaklah berkelambu; jangan kau tinggalkan sembahyang lima ~; 4. saat, kala, ketika: pd ~ itu dia tiada di rumah; 5. masa yg memberikan kesempatan utk (berbuat sesuatu, berehat, dll), kesempatan, peluang, tempoh: ~ lapangnya dihabiskannya dgn menulis; 6. keadaan hari dll, suasana: tubuhnya panas tiap-tiap petang dan berpeluh pd ~ malam; W ~ Min Greenwich waktu piawai di Great Britain yg digunakan sbg asas pengiraan waktu di tempat-tempat lain di dunia; ~ pejabat waktu urusan sesebuah organisasi (kementerian, jabatan atau pejabat) dijalankan, biasanya antara 8.00 pagi hingga 5.00 petang; ~ perdana waktu penyiaran yg mempunyai jumlah penonton yg paling ramai, yg dikesan melalui penyelidikan khalayak dan biasanya antara pukul 8.00 hingga 10.30 malam; ~ puncak waktu lalu lintas yg paling sibuk, penggunaan tenaga elektrik yg paling tinggi, dll; ~ tempatan waktu di sesebuah wilayah atau negara dibandingkan dgn waktu di tempat lain; ~ utama waktu perdana; habis ~ kerana bang prb terlalu lanjut membicarakan sesuatu yg tidak perlu sehingga yg perlu tertinggal; | Lain-lain | 01.09.2010 |