| Apakah padanan yang sesuai untuk istilah "syndication" yang merujuk kepada "broadcast syndication". Broadcasting syndication is the license to broadcast television programs and radio programs by multiple television stations and radio stations, without going through a broadcast network. Terima kasih | Padanan untuk perkataan syndication dalam bahasa Melayu ialah sindiket. Salah satu definisi sindiket mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, sindiket ialah kumpulan ahli atau syarikat perniagaan (institusi kewangan dan lain-lain) yang bersatu untuk melaksanakan sesuatu projek dan sebagainya secara bersama. Broadcast syndication = Sindiket Penyiaran Terima kasih. | Makna | 12.10.2017 |
| Encik, 1. Adakah ayat berikut betul? "Prestasi Ali dalam bidang sukan amat menggalakkan." Apakah jenis kata bagi perkataan "menggalakkan" dalam ayat di atas? Adakah kata kerja transitif ataupun kata adjektif? Sila berikan penjelasan. 2. Apakah nama panggillan bagi "Interact Club" dan "Broadcasting Club" dalam bahasa Malaysia? Terima kasih. | 1. Perkataan "menggalakkan" dalam ayat yang dinyatakan ialah ayat adjektif kerana disertai kata penguat amat di depannya. 2. "Interact Club" dikekalkan penggunaannya dalam bahasa Melayu manakala "Broadcasting Club" boleh diberikan padanan sebagai Kelab Penyiaran | Tatabahasa | 01.04.2009 |