Saya diminta untuk membuat brosur seminar pelbagai kaum.Saya ingin meminta pandangan tuan tentang maklumat yang akan di letak dalam brosur itu | Brosur lazimnya memuatkan maklumat dan keterangan ringkas tentang sesuatu. Dalam hal ini brosur tersebut perlu memuatkan maklumat atau latar belakang seminar termasuklah tujuan diadakan seminar dan siapakan khalayak sasaran seminar. Maklumat lain yang diperlukan seperti tarikh dan tempat seminar diadakan, atur cara, pembentang yang terlibat, bayaran yang dikenakan (jika ada) dan sebagainya. | Lain-lain | 19.05.2011 |
DBKL dalam penyediaan brosur bagi peta laluan bas percuma GOKL. Brosur tersebut akan disediakan dalam dwibahasa, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. DBKL memahami bahawa dalam terjemahan brosur untuk b. Inggeris, kata nama khas dikekalkan, sebagai contoh Jalan Raja Laut akan dikekalkan dalam brosur bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, DBKL ingin mendapatkan pengesahan atau pengesyoran drp DBP mengenai terjemahan kata nama khas yang terdapat gabungan kata nama am. Sebagai contoh, 'Pusat Perniagaan Setiawangsa' dalam brosur b. Melayu perlukah diterjemah menjadi 'Setiawangsa Business Center' untuk brosur bahasa Inggeris? Mohon pandangan. | Untuk makluman, kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Sehubungan dengan itu, kata nama khas yang merujuk nama tempat/bangunan dalam brosur tersebut tidak perlu diterjemahkan kepada bahasa Inggeris dan begitu juga sebaliknya. | Lain-lain | 23.09.2019 |
Saya diminta untuk membuat brosur seminar sastera pelbagai kaum.Saya ingin meminta pandangan tuan tentang maklumat yang akan di letak dalam brosur itu | Brosur lazimnya memuatkan maklumat dan keterangan ringkas tentang sesuatu. Dalam hal ini brosur tersebut perlu memuatkan maklumat atau latar belakang seminar termasuklah tujuan diadakan seminar dan siapakan khalayak sasaran seminar. Maklumat lain yang diperlukan seperti tarikh dan tempat seminar diadakan, atur cara, pembentang yang terlibat, bayaran yang dikenakan (jika ada) dan sebagainya. | Lain-lain | 19.05.2011 |
Saya ingin bertanya apa perbezaan antara brosur, pamplet, fliers dan buku kecil? | Menurut data kami, brosur ialah risalah. Padanan bagi pamphlet dan flyer ialah risalah manakala buku kecil merujuk kepada buku yang kecil saiznya (biasanya berkulit nipis) dan mengandungi keterangan ringkas tentang sesuatu; (Kamus Dewan Edisi Keempat) | Makna | 01.04.2019 |
saya ingin bertanya apakah objektif, ciri-ciri dan kepentingan bahasa dan budaya Melayu...kerana saya ingin membuat satu brosur mengenai kempen bahasa dan budaya Melayu... | Bagi membantu puan menyediakan brosur kempen bahasa dan budaya Melayu, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat - Bab 1 : Sejarah dan Variasi bahasa; juga buku Ensiklopedia Bahasa Melayu oleh Asmah Haji Omar (DBP, 2008); atau rujuk laman sesawang DBP. | Lain-lain | 25.04.2010 |
Mohon penjelasan lebih lanjut: Contoh: Majlis dimulakan dengan sesi suai kenal. Tapi kalau dalam brosur dan digunakan sebagai sub topik: Sesi Suai Kenal Begitu juga dengan Urus Setia/Urus setia Dalam ayat: En. Mazlan yang bertindak sebagai urus setia... Sub topik dalam brosur: Urus Setia Seminar Terima kasih. | Penjelasan yang diberikan oleh puan adalah betul. Sekiranya dalam penulisan ayat, suai kenal ditulis dengan huruf kecil seperti ayat "Majlis dimulakan dengan sesi suai kenal" manakala "Sesi Suai Kenal" boleh digunakan bagi subtopik atau tajuk dalam penulisan. | Tatabahasa | 12.12.2013 |
bolehkah saya mendapatkan perkhidmatan penterjemahan bagi penerbitan brosur, buku, majalah dan terbitan lain institusi saya. Sekiranya boleh, berapa anggaran kos dan masa yang diperlukan. terima kasih. | Sila hubungi Persatuan Penterjemahan Malaysia (PPM) atau Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) untuk mendapatkan khidmat penterjemahan. | Lain-lain | 03.02.2009 |
Mengapakah DBP tidak lagi menganjurkan pertandingan Pidato, Deklamasi Puisi dan sebagainya untuk masyarakat dan pelajar Melayu? Adakah penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat Melayu sudah sampai ke tahap yang diinginkan? Soalan ini saya ajukan berikutan brosur pertandingan yang hanya dikhaskan untuk orang bukan Melayu sahaja. Mohon pencerahan. Terima kasih. | Untuk makluman, brosur pertandingan tersebut berkenaan dengan Festival Bahasa dan Sastera yang akan diadakan pada hujung bulan Ogos. Sasaran peserta festival tersebut ialah masyarakat bukan Melayu. DBP masih menganjurkan pertandingan pidato, deklamasi puisi dan sebagainya mengikut program yang diatur dan sasaran khalayak. Saudara boleh melayari laman web DBP dari semasa ke semasa untuk perkembangan pertandingan yang dianjurkan oleh DBP. Pelbagai program telah diatur sepanjang tahun dan sempena Bulan Bahasa dan Kebangsaan, banyak program kebahasaan dan kesusasteraan telah dirancang. | Lain-lain | 27.07.2013 |
Cara penulisan berkaitan masa di dalam surat, minit mesyuarat, banner,brosur dll | Sistem pemenggalan waktu adalah seperti yang berikut: 1.00 pagi/pg. hingga 11.59 pagi/pg. (pagi) 12.00 tengah hari/tgh. hingga 1.59 tengah hari/tgh. (tengah hari) 2.00 petang/ptg. hingga 6.59 petang/ptg. (petang) 7.00 malam/mlm. hingga 11.59 malam/mlm. (malam) 12.00 tengah malam/tgh. mlm. hingga 12.59 tengah malam/tgh. mlm. (tengah malam) | Lain-lain | 07.02.2015 |
brochure dalam bahasa melayu ape?? | Padanan brochure dalam bahasa Melayu ialah brosur atau risalah. | Makna | 21.08.2009 |