Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Cloud Browser"? Adakah "Pelayar Awan" sesuai digunakan? Terima kasih. | Tiada padanan untuk "Cloud Browser" dalam bahasa Melayu. Namun, untuk istilah "Cloud Computerizing" DBP mencadangkan "Pengkomputeran Awan", maka untuk istilah "Cloud Browser" istilah "Pelayar Awan" boleh digunakan. | Istilah | 02.11.2013 |
personalised services online navigation browser hardware | khidmat pelanggan dalam talian pelayaran perkakasan | Lain-lain | 04.07.2007 |
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "auto wrap"? Ia digunakan dalam pelayar (browser) dan merupakan salah satu ciri pelayar tersebut. Terima kasih. | Unhtuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "auto wrap". Sila berikan maksud atau konsep istilah tersebut agar kami dapat memberikan cadangan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 02.11.2013 |
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Flash on demand"? Ia akan digunakan untuk pelayar (browser). Terima kasih. | Untuk makluman, istilah "flash on demand" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Sila berikan konsep atau maksud istilah ini agar kami dapat memberikan cadangan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 04.11.2013 |
Salam dan terima kasih kerana sedia membantu. Dalam konteks teknologi maklumat, apakah padanan yang paling sesuai untuk perkataan "configure", contohnya "configure your browser"? Yang mana lebih sesuai: "menyusun pelayar anda", "mengkonfigurasi pelayar anda" atau padanan lain yang lebih sesuai? Bolehkahkah perkataan "mengkonfigurasi" diterima? Saya nampak perkataan ini sering diguna di internet. | Padanan istilah “configuration” dalam bidang Teknologi Maklumat ialah konfigurasi. Perkataan konfigurasi juga telah terakam dalam Kamus Pelajar dan Kamus Dewan Edisi Keempat. Kata terbitan mengkonfigurasi diterima dalam bahasa Melayu. | Istilah | 04.04.2019 |
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Quick Back"? Adakah "Kembali Segera" sesuai digunakan? "Quick Back" merupakan salah satu tetapan pelayar (browser). Contoh ayat: Enabling Quick Back may cause certain webpage incompatibility problem. Terima kasih. | Untuk makluman puan, istilah "quick back" tidak terdapat dalam data rujukan kami. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan bahasa Melayu bagi istilah "quick back" ialah "kembali pantas". | Istilah | 03.11.2013 |
Assalamualaikum, Boleh saya tahu apakah istilah yang sesuai bagi perkataan 'home' dalam ayat "Navigation bar items can be added to the current set (Home, About, User Home, etc.) that appear at the top of the page." dan istilah plugin bagi ayat "The PDF file you selected should load here if your Web browser has a PDF reader plugin installed (for example, a recent version of Adobe Acrobat Reader.)"? Terima kasih | Dalam data rujukan kami, terdapat istilah homepage yang diberikan padanannya ialah laman utama dan laman. Istilah yang boleh digunakan berdasarkan konteks ayat yang diberikan bagi perkataan home ialah utama dan plugin ialah palam. Puan boleh merujuk http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=homepage&d=69812&#LIHATSINI untuk lebih lanjut. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.04.2019 |