| 1.kenapa bahasa melayu dipilih sebagai bahasa bahasa kebangsaan? 2.apakah fungsi bahasa kebangsaan? 3.konsep bahasa baku? | 1. bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa kebangsaan kerana sejak dari sejarah awal penubuhan kerajaan-kerajaan Melayu di Semenanjung Tanah Melayu seperti Kerajaan Bruas, Kesultanan Melayu Melaka, Johor Riau - Lingga dan lain-lain merupakan kerajaan Melayu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pentadbiran, perdagangan, istitusi pendidikan dan hubungan luar. Pada zaman penjajahan British, Belanda dan Jepun, bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa komunikasi masyarakat, termasuklah juga orang bukan Melayu. Perjuangan politik penduduk Tanah Melayu pada masa penjajahan adalah berlandaskan bahasa Melayu sehinggalah tercapainya kemerdekaan daripada British. Selepas merdeka, Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menyebut bahawa bahasa kebangsaan negara ini adalah bahasa Melayu. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan umum dan bahasa pengantar serta bahasa ilmiah. 1. bahasa baku ialah variasi bahasa yang dipilih dan diterima oleh anggota masayarakat untuk digunakan dalam suasana rasmi. Bahasa ini telah mengalami proses pengekodan. | Makna | 27.03.2008 |