Assalamu alaikum. Mohon bertanya akronim dalam ejaan Jawi: 1. BSN 2. Jakim 3. KLCC 4. SMKBSP (SMK Bandar Seri Putra) | BSN ب .س .ن . Jakim جاکيم KLCC کي۰ ايل ۰ سي ۰ سي۰ SMKBSP س۰م۰ک۰ب۰س۰ڨ | Ejaan | 16.01.2017 |
Assalam & Selamat sejahtera, Tuan/Puan, Saya ingin tahu perkataan “di lebih” / “dilebih” dijarakkan atau rapat? Contoh: 1. Walau di mana jua anda berada, nikmati perkhidmatan tanpa sempadan kami dilebih 4,500 Ejen Bank Berdaftar BSN di seluruh negara. 2. Walau di mana jua anda berada, nikmati perkhidmatan tanpa sempadan kami di lebih 4,500 Ejen Bank Berdaftar BSN di seluruh negara. Mohon tunjuk ajar. Terima kasih. | Untuk makluman tuan "di" boleh berfungsi kata sendi nama dan imbuhan. "Di' sebagai kata sendi nama hadir di hadapan kata nama seperti di Kuala Lumpur dan di rumah serta dieja terpisah. "Di' sebagai imbuhan dieja bersambung seperti dibuat, dimakan dan dilihat. Dalam ayat contoh yang diberikan kedua-dua "di" berfungsi sebagai kata sendi nama dan dieja terpisah. | Tatabahasa | 04.10.2013 |
Mohon bantuan berkenaan penggunaan penukaran atau pertukaran. 1. Sehubungan itu, tuan adalah dinasihatkan untuk hadir di mana-mana cawangan untuk membuat pertukaran buku akaun kepada kad akaun atau 2. Sehubungan itu, tuan adalah dinasihatkan untuk hadir di mana-mana cawangan BSN untuk membuat penukaran buku akaun kepada kad akaun. | Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, (i) pertukaran perbuatan atau hal bertukar; pergantian; perubahan: Pertukaran iklim secara mengejut telah menyebabkan Maslena sakit. (ii)penukaran perbuatan (hal) menukar atau menukarkan: Penukaran permata asli dengan permata palsu itu dibuat secara sulit. Maka ayat yang betul ialah "Sehubungan itu, tuan adalah dinasihatkan untuk hadir di mana-mana cawangan BSN untuk membuat penukaran buku akaun kepada kad akaun." | Tatabahasa | 06.02.2018 |